Sunday, February 24, 2019

Objektif Blog

Assalamualaikum ,, 

Kenapa ye kami buat blog nie? mesti tertanya-tanya kan... Memestilahh sbb assigment kalau tak takk ade nye kami nak buat blog nie. kahkah tak de lahh wehh gurau jerr kami buat blog nie dengan ikhlas walaupun pensyarah suruh tapi kami memang bercita cita untuk mewujudkan sebuah blog dan akhirnya impian itu tercapai. Terima kasih kepada Dr. Maheram.


Ini adalah Dr. Maheram. Beliau lah yg mengajar kami subjek PPPJ1213 Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1. Maaf  Dr. Maheram sebab gambar nie kami curi dari Google. 

OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG:

1)  Ilmu adalah untuk di kongsi bersama. Jadi kami sepakat ingin sebarkan ilmu yang kami dapat dalam kelas kepada orang ramai sekurang-kurangya ada juga orang akan dapat manfaatnya in sha Allah.

2) Kami ingin memanfaatkan blog ke arah kebaikan. selaras dgn perkembangan zaman yg semakin canggih nie jadi kami tidak mahu terus ketinggalan dan kami tak nak blog menjadi punca kerosakan akhlak remaja jadi kami amik langkah dengan menjadikan blog sebagai medium penyebaran ilmu.

3) Sebagai mencari pengalaman dan menjadikan penulisan blog sebagai soft skill yang boleh menjadikan kami seorang pelajar yang mampu bersaing selaras dengan perkembangan era intelektual ini. Penulisan blog ini juga merupakan satu ilmu yang bermanfaat yg boleh kita gunakan untyk menyebarkan ilmu.

Jadi ini adalah serba sedikit objektif kami...  
Terima kasih kepada Dr. Maheram kerana memberi kami peluang untuk menulis blog. Sekian ,, terima kasih.

Oleh: Amir Najmi bin Ahmad Noh A171808

No comments:

Post a Comment