Sebenarnya bila dengar pasai kem ja diri ni ada ja masa nak mengelat ... pasai dok pikiaq macam 2 ...nak cari alasan apa bagi x mau p kem...biasa la kan...budak nakal ada ja otak nak pikiaq nak lari dari program... perasaan tu jadi takut bila dr suhailah ada habaq yang kat kem nanti yang handle kem tu bukan pensyarah atau senior-senior dari tahun 2 atau tahun 3.. tapi kem ni para pejuang di barisan ustaz atau ustazah tentera atau namanya(KAGAT) yang mengawal kem ni... bukan apa yang tak mau p program salah satu sebab dok nak bayaq dah keqing ... nak jadi apa x tau la.. mungkin kena dera macam leftenan zanariah dalam drama..
Pahtu bila ustazah bagi tau yang sapa x p kem ni dia kena repeat kem ni masa budak taun satu depan masuk.. kiranya kami dah taun dua masa tu dan join depa sebab x p taun ni.. masa tu la hati bolak balik nak p ka x mau.. pahtu ada sahabat saya teguq redah ja halangan kem... so masa ni mental dan fizikal pon dan2 sedia nak p...Dalam masa ustazah suhailah bagi taklimat.. ustazah dah bagi kumpulan masing-masing ikut warna.. saya dapat kala hitam.. tau la saya ni gelap pon.... kem berjalan selama 3 hari 2 malam..
Kami bertolak p kem hari jumaat betui-betui 30 minit lepas mayang jumaat selesai dalam suasana hujan renyai-renyai..kem buat di port dickson di institut kefahaman islam ..bila sampai di kem..
kami kumpui di dewan utama depan padang kawad ... malam tu baru mula program.. iaitu kalam irtigali..atau fushah kalam irtijali(super spontan) di masjid sampai masuk isyak.. lpas pak tentera buat taaruf dalam bahasa arab.. walaupun ada antara mereka yang guna lahjah ammi pelbagai negara..sebab ada antara bapak2 kagat tadi depa mengaji kat timur tengah macam mesir jordan saudi indonesia uia dan lain-lain lagi.. bila ada pak kagat cakap ammi arab.. membuatkan saya teringat kat mesir dulu...
Hari sabtu pagi kami lepas subuh kena buat streching pemanas badan sebelum latihan ketenteraan diberikan oleh bapak-bapak kagat sebanyak 5 cara senaman askar dengan langkah-langkah seterusnya..disamping kami buat cara tadi saya melihat salah seorang bapak kagat tadi membuat senaman komando atau dikenali rest comando ..membuatku teringat cerita paskal .selepas senaman tadi kami diberikan permainan namanya explorace dan bermain sambil bertutur dalam bahasa arab.
di samping itu banyak ilmu yang saya dapat dengan explorace.
Di sebelah petang sebelum asar kami diarahkan bergerak ke sebuah masjid sekitar perkampungan ilmi tersebut bagi membantu pokcik makcik mengemaskan masjid dengan menaik trak 10 tan .acara gotong royong masjid bermula selepas asar dan selesai pukul 6.30 petang dan diberi minum petang ..sebelah malam selepas isyak kami diberi taklimat tentatif esok hari dan membuat rehearsal lakonan berkaitan kartun arab.
Di sebelah petang sebelum asar kami diarahkan bergerak ke sebuah masjid sekitar perkampungan ilmi tersebut bagi membantu pokcik makcik mengemaskan masjid dengan menaik trak 10 tan .acara gotong royong masjid bermula selepas asar dan selesai pukul 6.30 petang dan diberi minum petang ..sebelah malam selepas isyak kami diberi taklimat tentatif esok hari dan membuat rehearsal lakonan berkaitan kartun arab.
Ahad Pagi lepas subuh kena kumpul semula macam hari sebelum tu(sabtu) dan senaman ditambah dengan 7 cara senaman. pahtu kami kena lari ikut askar pelatih sambil menyanyikan lagu kesatria .
kat dalam hutan dekat kawasan kampung tu kami kena buat senaman rest comando , pumping dan dan putar alam.. balik kem ja kami kena lawan lari ngan pakcik2 komando .. pukul 10 kami diberi pilihan bersiap untuk lakonan dan selesai lakonan pada pukul 12.30 dan di sambung majlis penutup yang dirasmikan oleh leftenal kolonel dan kami pon bergambar bersama. Sebelah petang kami pun pulang ke Ukm dalam perasaan seronok kerana program tersebut memberi 1001 makna yang tak dapat dilupakan.

No comments:
Post a Comment