LARAS BAHASA
TAKRIF
Takrif Bahasa: Satu sistem lambang pertuturan yang
arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung.
Takrif Laras: Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa
yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.
Takrif Laras Bahasa: Kajian yang dibuat oleh ahli
linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep
dan takrif laras bahasa. Kesimpulannya, laras bahasa ialah ciri-ciri khusus
dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa,
sama ada secara lisan atau tulisan.
PERBEZAAN LARAS
Boleh dibezakan melalui ciri-ciri:
1) CIRI-CIRI LINGUISTIK
2) CIRI-CIRI KEPERIHALAN PERISTIWA BAHASA
LARAS BAHASA MELALUI CIRI-CIRI:
1) CIRI-CIRI LINGUISTIK:
a) Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek
bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.
b) Aspek bunyi – nada suara (drama, ucapan dll).
c) Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang,
unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman.
d) Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang
pendek.
2) CIRI-CIRI KEPERIHALAN PERISTIWA BAHASA:
a) Terbahagi kepada dua jenis: Situasi luaran dan situasi
persekitaran.
b) Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa.
c) Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat
dalam penggunaan bahasa. Empat faktor yang ketara ialah:
1) Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dll).
2) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa.
3)
Bahan yang diperkatakan.
4)
Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi).
FORMAT LARAS
Laras yang mempunyai format tersendiri adalah seperti yang
berikut:
a) Laras undang-undang (akta).
b) Laras ucapan.
c) Laras iklan (tender).
d) Laras laporan berita dalam
akhbar.
JENIS LARAS BAHASA
1) Laras bahasa biasa.
- Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus.
- Tiada istilah teknikal dan struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat.
- Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Contohnya: Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.
- Laras bahasa biasa tidak formal. menggunakan ciri-ciri bahasa basahan. Contohnya: Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal? Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekarang ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.
2) Laras bahasa perniagaan/iklan.
- - Berbentuk pemberitahuan fakta.
- - Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.
- - Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata adjektif.
- - Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.
- - Iklan dihasilkan dengan beberapa cara:
- i) Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan.
- ii) Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual.
- iii) Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene
- Iv) Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona.
- v) Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu kunjungan anda.
- vi) Mesra – TV9 dekat di hati.
- vii) Bandingan – Feb lebih bersih dan harum
- viii) Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini
- viiii) Pertanyaan – menghadapi masalah perut buncit? Slim World!
3) Laras bahasa sains.
- - Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal serta tidak menggunakan bahasa basahan.
- - Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.
- - Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.
- - Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal
4) Laras bahasa media massa.
- Bahasa yang paling mudah diterima.
- Bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan.
- Ringkas, tepat dan padat.
- Tidak mementingkan kata hubung dan tatabahasa.
- Tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus.
- Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
- Mengandungi judul dan teks.
5) Laras Bahasa Rencana.
- Bersifat umum.
- Digunakan untuk menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu.
- Mudah difahami.
- Gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana.
- Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci.
6) Laras bahasa undang-undang.
- Teks yang berkaitan dengan perundangan.
- Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
- Menggunakan istilah undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
- Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi.
7) Laras bahasa agama.
- Membincangkan isu agama.
- Menggunakan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab.
- Terdapat petikan al-Quran dan al-Hadith.
- Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat Arab.
- Terdapat tamsil ibarat (kias ibarat) yang bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai.
8) Laras bahasa sukan.
- Maklumat berkait dengan kegiatan sukan.
- Bahasanya ringkas, bersahaja dan jelas.
- Menggunakan istilah sukan dan bahasa/kosa kata yang mudah difahami.
9) Laras bahasa sastera.
- Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan.
- Bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan).
- Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah khusus yang berkait dengan sastera.
10) Laras bahasa ekonomi.
- Berbentuk ilmiah.
- Istilah-istilah teknikal.
- Tidak mementingkan struktur ayat.
- Bersifat formal.
- Mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit .
- Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.
11) Laras bahasa akademik.
- Digunakan dalam bidang ilmiah.
- Bersifat formal dan objektif.
- Gaya bahasa – matang dan keintelektualan (hujah, tepat dan berkesan).
- Bersifat khusus dan sukar difahami.
- Mementingkan kesempurnaan.
KESIMPULAN
1.
Laras penting dan perlu
diberikan perhatian.
2.
Membantu menghasilkan
penulisan dan penterjemahan yang boleh difahami oleh khlayak pembaca.
3.
لكل
مقام مقال
No comments:
Post a Comment