Tuesday, March 5, 2019

BIODATA FAUZUL AZIM.

ASSALAMULAIKUM. 

Alhamdunillah, syukur kita kepada Allah Swt dengan izin-Nya telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan diri ku yang tidak seberapa ini yang hanya meminta belas kasih dari-Nya. 


Nama diberi Muhammad Fauzul Azim bin Abdillah, berasal dari Alor Setar Kedah dan berumur 23 tahun. Lahir pada 30. Julai. 1996 M/ 14 Rabiuawal 1417 pada hari Selasa waktu 7 pagi. Saya memiliki 10 adik beradik di mana saya adalah anak yang ke-7. Saya memiliki 3 orang abang, 4 orang kakak dan 3 orang adik perempuan. Maaf boleh tak aku membahasakan diri "aku"? Mestilah boleh, ni blog aku. hahaha. ok sambung. Makanan ke sukaan aku semua jenis buah dan sayur kecuali petola sebab rasa dia... hahaha malas nak bincang dekat sini. Selepas itu, aku adalah peminat kucing. Sehari tak tengok video tentang kucing tak boleh duduk.

Aku mempunyai seorang hero dan seorang heroin. Hero aku bernama Abdillah bin Saad tidak pernah mengeluh dalam mendidik dan mencari rezeki kepada kami. Sampai satu ketika, dia tidak memikirkan tentang keperluan dirinya. Kalau nak sambung lagi, boleh menangis aku seorang diri di sini. Manakala "Heroin" aku mesti lah bonda pujaan hati anakanda Haslina bt Hashim. Asal usul aku dekat dunia ini dari rahim dia. Syurga aku dan restu Allah dekat aku juga melalui dia. Beliau hanya suri rumah tangga sepenuhnya. Masakan dia memang tip top. 


Selanjutnya, latar belakang pendidikan aku. Aku bertadika di Tadika Kemas ketika berumur 6 tahun selepas itu, aku melanjutkan pelajaran aku ke SK Taman Rakyat 7-12 tahun. Ketika peringkat menengah aku belajar di SMA Al- Maahad Addini Sultan Abdul Halim dari tingkatan 1 hingga 5. Selepas SPM aku sambung STPM di sekolah daerah Klang Selangor. Selepas tamat tingkatan enam aku isi upu dan alhamdunillah dapat sambung juga belajar di UKM, Bangi Selangor. 




No comments:

Post a Comment