Sunday, March 17, 2019

KULIAH 2 KELAYAKAN PENTERJEMAH (AMIR NAJMI)



Assalamualaikum ,, sebelum kita jadi pemterjemah apakah dia syarat atau kelayakan penterjemah. Adakah kita sudah layak digelar penterjemah jika hanya kuasai dua bahasa sahaja. Bagaimana pula jika hanya menggunakan "google translate" adakah sudah dianggap sebagai penterjemah? Mari kita bahas bersama di bawah.



SYARAT UTAMA:

1) MENGETAHUI BAHASA SUMBER
  • Menguasai bahasa sumber dengan mendalam.
  • Menguasai selok belok keganjilan dan keistimewaan bahasa sumber.
  • Boleh membezakan makna.
  • Boleh mentafsir maksud dengan tepat.
2) MENGETAHUI BAHASA SASARAN
  • Bahasa penerima.
  • Lebih baik ataupun sama baik dengan bahasa sumber.
3)MENGETAHUI BIDANG ATAU SUBJEK
  • Boleh menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
  • Penting dalam penterjemah teks-teks khusus dan teks-teks sastera.
4)MENGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
  • Ada teori dan kaedah ilmiah sendiri.
  • Pindahkan idea, maklumat dan gaya perkataan.
  • Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
5) MENGETAHUI SASARAN PEMBACA
  • Sesuai dengan sasaran pembaca.
  • selaraskan bahasa.
Terdapat banyak lagi syarat tambahan atau syarat lain untuk jadi penterjemah yang boleh kita kaji. Banyak juga faktor yang mempengaruhi penterjemah. Kesimpulannya, penterjemah bukanlah pekerjaan yang mudah tetapi penterjemah perlulah bersiap sedia dengan pelbagai kelayakan untuk menjadi penterjemah.

Sekian, terima kasih...

Penulis: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)

No comments:

Post a Comment