Sunday, March 10, 2019

M1 PENGENALAN DIRI (HASANUDDIN)


PENGENALAN DIRI



Assalamualaikum w.r.b.t. Ismi Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta. Eceh, mentang-mentang subjek terjemahan arab-melayu –arab terus nak cakap arab kan. Hahaha. Nak kenalkan diri ni, nama aku Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta. Korang boleh panggil Hasan sebab kalau panggil Din ramai sangat pulak kan. Umurku sudah 22 tahun. Muda lagi kan… lahir masa tahun 1997 dulu. Budak-budak tahun 90-an lah katakan. Aku tinggal di Kajang, Selangor tapi lahir di Terengganu. Haa, macam mana tu? Nak cakap budak ganu, terlalu fasih sangat cakap tu. Hahaha.

Masa kecik-kecik dulu, aku belajar dekat tadika dekat dengan rumah. Tak ingat nama apa. Selepas tu, dah besar sikit, masuklah sekolah rendah. Sekolah pagi dengan petang. Fuhh, memang penat ah. Tapi, kalau nak nama budak, memang tak rasa lah penat tu. Hehehe. Ok sambung balik, nama sekolah tu SK Desa Putra dengan SRA Desa Putra. Sebelah-sebelah je sekolah tu. Sekolah sampailah darjah 6 kat situ. Masa tu ada 2 exam besar, UPSR dengan PSRA. Alhamdulillah boleh tahan gempak jugak lah result time tu. Hahaha


Selepas tu, masuk pulak sekolah menengah. Sekolah dekat-dekat je. sekolah dekat SAM Sungai Merab Luar dari form 1 sampai Form 3. Masa form 3, ada pulak exam PMR, boleh tahan jugak lah result time tu. Hahaha. Lepas abis PMR tiba-tiba ayah kena pindah kerja ke Sarawak. Pening jugak lah masa tu, nak ikut ke tanak kan. Last2, ikut juga. Sambung dekat SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Fuhhh, panjang betul nama sekolah ni kan? Sekolah ni orang salu panggil SHOAW je. hehe. Belajar kat sini dari form 4 sampailah SPM.

Lepastu sambung pulak dekat Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dekat Kuching. Amik diploma kat situ. 3 tahun jugak lah kat situ. Hehe. Lepastu, sambung UKM sampai lah sekarang. Sekarang baru tahun 1 kat sini. Junior lagi. Apapun, Selamat Berkenalan !

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

No comments:

Post a Comment