Friday, March 15, 2019

M4 JENIS TERJEMAHAN (HASANUDDIN)


JENIS TERJEMAHAN



            Assalamualaikum semua, hai! bertemu lagi kita dalam ni. Hehe. Harini kita nak cerita pasal jenis terjemahan. Haa, siapa tahu ada berapa jenis terjemahan yang ada? Jawapannya adalah ada 2, iaitu terjemahan lisan dan terjemahan tulisan. ini secara umum je tau. Ok, kita pergi kepada terjemahan lisan. Bila kita sebut pasal lisan, automatik kita akan berfikir ni mesti bercakap ni. Ya! Tepat sekali. Selalunya digunakan semasa menjadi penterjemah anatara dua bahasa. Masa ceramah yang berlainan bahasa pun digunakan jenis ni tau. Selepas itu, kita kena tahu apa ciri-cirinya antara ciri-cirinya adalah:

1) Menggunakan lisan. Seperti yang saya katakan sebentar tadi.

2) Dilakukan secara langsung, cepat & tepat. Haa, orang yang terjemah bahasa ni kena cepat tau sebab dia dilakukan secara Live. Tak sempat nak baiki-baiki lagi dah.

3) Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya. Macam yang saya cakap tadi, tak sempat nak baiki-baiki dah. Kalau rasa apa kita cakap tu, teruskan dengan penuh keyakinan.

4) Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam bahasa Sumber dan bahasa Sasaran. Orang yang terjemah ni mestilah pandai bercakap, cakap laju tak gagap sebutan pun jelas.

Lepastu, kita pergi kepada terjemahan secara tulisan pula. Terjemah ni boleh kita nak baiki lagi sebab kita tak buat secara langsung. Mari tengok ciri-ciri terjemahan ini:
1) Dilakukan secara bertulis. Terjemahan ini hanya melibatkan tulisan je tau.

2) Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan. Penterjemah masaih boleh merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang bahasa untuk menyemak penulisan dia.

3) Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak. Penterjemah guna tulisan tak perlu petah bercakap pun sebab dia hanya perlu menulis sahaja.



Ini merupakan serba sedikit perkongsian yang saya dalam semasa kuliah. Semoga bermanfaat!

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta (A171740)

No comments:

Post a Comment