Kuliah:
12.3.2019 (Selasa). Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah.
Malam
yang indah di temani dengan nyayian para penghuni Kolej Pendeta Za’ba. Syukur kepada
Illahi dengan izin-Nya selesai sudah kuliah pada hari ini. Kuliah yang
mengambil masa selama hampir 2 jam itu di isi dengan pelbagai ilmu yang
bermanfaat yang disampaikan oleh Dr. Maheram dengan izin Allah SWT.
Hari
ini, kuliah kami membincangkan tajuk “Proses Menterjemah” menurut pendapat
Nida dan Taber iaitu, proses analisis,
proses pemindahan, proses menstruktur semula, proses memeriksa, menyemak, dan
menyunting. Proses analisis melibatkan baca dan faham iaitu melibatkan
pencarian makna perkataan, ayat, wacana (teks lisan) dan idiom (peribahasa). Contohnya,
kereta sombong bermaksud kereta api dan pegar dan pagar dalam peribahsa melayu “
harapkan pagar, pagar makan mati” iaitu pagar disini bukan
pekataan sebenar dan membawa maksud yang salah. Maksud yang tepat ialah Pegar
iaitu seekor burung yang memakan padi.
Proses
seterusnya ialah pemindahan. Mencari makna sumber yang seerti dengan makna
sasaran. Dalam satu ayat terdapat banyak maksud iaitu maksud hakiki dan majazi.
Contoh ibu ayam. Makna hakiki ialah seekor ibu ayam yang bertelur dan memiliki
anak manakala makna majazinya ialah seorang wanita yang menguruskan perempuan
pelacur. Menjadi seorang penterjemah perlu selalu berdamping dengan kamus dan
menjadi ulat buku.
Selain
itu, proses menstrukturkan semula dengan ayat sasaran. Dr. Maheram kata “tanda
baca amat penting kalau silap letak tanda baca maksud dia akan berubah”. Seterusnya,
proses memeriksa iaitu penterjermah boleh berjumpa dengan orang yang lebih
pakar atau mengupah sesiapa untuk memeriksa semula hasil terjemahannya atau dia
memeriksa sendiri. Proses berikutnya dengan menyemak iaitu dia boleh melantik
orang lain untuk menyunting hasil karyanya.
Seseorang
penterjemah perlu berkawan atau bersahabat baik dengan kamus. Hal kerana, kamus
merupakan bahan alat bantu terjemahan. Jenis-jenis kamus ada tiga iaitu, kamus
ekabahasa (satu bahasa iaitu kata-kata seerti contoh Kamus Dewan atau Qamus
al-Wasit), kamus dwibahasa (menggunakan dua bahasa contoh arab-melayu atau
inggeris-arab) dan kamus multi bahasa (menggunakan tiga bahasa).
Akhir
sekali, membincangkan tentang jenis dan kaedah terjemahan. Terbahagi kepada
jenis terjemahan secara lisan dan tulisan. Terjamhan lisan mesti melibatkan
secara langsung, cepat dan tepat. Manakala tulisan, dilakukan secara bertulis,
boleh mengulangkaji perkara yang tidak ketahui dan masih berpeluang memperbaiki
hasil terjemahnya.
Sampai
disitu sahaja, dan akan disambung kuliah seterusnya dengan izin Allah SWT.



No comments:
Post a Comment