Wednesday, April 17, 2019

K8 MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (AMIR NAJMI)

MENTERJEMAH 
FUNGSI AYAT

AYAT BAHASA MELAYU

Setiap ayat mempunyai fungsi ia yang tersendiri. Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi

Contoh 1: Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ? 
Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
Fungsi: Suruhan
Contoh 2: Siapa kata saya penakut ? 
Bentuk: Tanya
Fungsi: Cabaran

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. 
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. 

Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. 
Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ).

1) AYAT MAKLUMAT

Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu. 

Ayat maklumat terdiri daripada:

1) Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
Contoh: Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.

2) Ayat pernyataan.
Contoh: Ada virus dalam komputer.

3) Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan.
Contoh: Angin ialah udara yang bergerak.

4) Ayat Tegasan
Contoh: Benar bahawa manusia mempunyai roh.

5) Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
Contoh: Baiklah, awak boleh pergi sekarang.

6) Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
Contoh: Saya tidak pernah berkata begitu.

7) Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
Contoh: Benarkan semua bangau putih?

8) Ayat tanyaan termasuk soalan.
Contoh: Apa khabar ayah awak?

9) Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
Contoh: Perbuatan mencuri adalah berdosa.

10) Ayat sudut pandangan.
Contoh: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.

11) Ayat syarataan.
Contoh: Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.

12) Ayat cerita termasuk pemerian.
Contoh: Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana datang lambat.

13) Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
Contoh: Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.

2) AYAT ARAHAN

Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah. Sebagai contoh, dalam BI bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John? Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.  Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?

Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. 
Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya). 

Jenis Ayat Arahan:

1) Ayat perintah
Contoh: Serang! Hapuskan mereka !

2) Ayat suruhan
Contoh: Ambilkan secawan kopi.

3) Ayat larangan termasuk tegahan.
Contoh: Jangan pijak rumput di laman itu.

4) Ayat panduan.
Contoh: Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.

5) Ayat amaran termasuk ancaman.
Contoh: Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.

6) Ayat undangan.
Contoh: Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.

7) Ayat silaan.
Contoh: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.

8) Ayat ajakan.
Contoh: Marilah kita melabur untuk masa depan.

9) Ayat gesaan.
Contoh: Cepatlah bawa budak itu ke hospital.

10) Ayat tawaran.
Contoh: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.

11) Ayat peraturan.
Contoh: Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C

3) AYAT PERASAAN

Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan. Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. 

Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu

Contoh ayat perasaan:

1) Ayat marah.
Contoh: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.

2) Ayat gembira.
Contoh: Alamak! Seronoknya dapat hadiah.

3) Ayat sanjungan.
Contoh: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.

4) Ayat ejekan.
Contoh: Hai! Ular lidi hendak jadi naga?

5) Ayat dukaan.
Contoh: Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong.

6) Ayat sindiran.
Contoh: Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.

7) Ayat cacian.
Contoh: Kucing kurap tak sedar diri! Ada hati nak meminang anak kita.

8) Ayat kutukan.
Contoh: Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai.

9) Ayat cabaran.
Contoh: Kalau berani, mari kita bertumbuk sekarang.

10) Ayat kejutan.
Contoh: Masya Allah, apa yang dibuatnya dengan duit sebanyak itu?

11) Ayat sesalan.
Contoh: Oh! Tuhan, ampunkanlah dosaku selama ini.

12) Ayat sumpahan.
Contoh: Aku sumpah kau jadi batu.

13) Ayat pujukan.
Contoh: Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

PERASAAN

Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana dua faktor: 
1) Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.
2) Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.

Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. 
Sebagai contoh, ungkapan My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi lima bentuk:
Ibuku kuat.
Ibuku perempuan yang gagah.
Emak saya wanita yang kuat.
Ibu saya perempuan yang kuat.
Ibu saya teguh pendiriannya.
Mak saya gagah.

AYAT BAHASA ARAB


Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur: apa yang dimaksudkan oleh penutur? Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu? Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi ( al-tasnif al-nafsi ).

Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks? Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?. Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:

1) Ayat Maklumat (Jumlah Ikhbariyah)

Ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:
 سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
 أقدرك وأحترمك (perasaan )
 من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
  لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian ).

2) Ayat Jumlah Istifhamiyah

Ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
 من فعل هدا ؟ ( individu )
  متى جاء ؟( masa )
 أين وجدته ؟  ( tempat )
 بما قطعته ؟ ( alat )
لماذا تأخرت ؟ ( sebab )
كيف أجاب ؟ ( keadaan )

3) Ayat Takjub

Ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:
ما أجمل هذه الشجرة ؟

4) Ayat Suruhan / Permintaan

Ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح الباب .
نم مبكرا .


PENGECUALIAN

Ayat-ayat BA tidak boleh semata-mata dibahagikan kepada jenis-jenis itu sahaja, bahkan ada kalanya ayat Tanya/soalan mengandungi fungsi lain, seperti menyatakan atau memberitahu sesuatu. Ada kalanya ayat Tanya mengandungi fungsi suruhan, ayat takjub mengandungi maksud menyatakan juga. Lihat contoh-contoh yang berikut:

لماذا تأخر الطبيب ؟ Di sini ada soalan mengenai sebab kelewatannya, tetapi pada masa yang sama ayat ini mengkhabarkan kepada pendengar bahawa tabib itu lewat . ( istifham + ikhbar ).

ألا يمكن أن تفتح النافذة ؟ 
Di sini ada istifham, tetapi pada masa yang sama ayat ini juga mengandungi permintaan secara beradab. ( istifham + talab )

ما أجمل السيارة ! 
Kagum dan menceritakan kerata itu cantik
   ( ta`ajjub + ikhbar )


KESIMPULAN

Semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Bentuk ayat ada kalanya berubah, walapun seboleh mungkin, bentuk juga perlu dikekalkan dalam  terjemahan.

SEKIAN .. TERIMA KASIH...

Penulis: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)



No comments:

Post a Comment