Wednesday, April 17, 2019

Kuliah 8 (16/4/2019) MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah (A171710)


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Assalammualaikum... tengah hari tadi baru jer selesai satu kuliah bersama Dr.Maheram. Alhamdunillah banyak ilmu yang bermanfaat yang di kongsi oleh beliau. Hari ini kami belajar tentang "Menterjemah Fungsi Ayat". Mari aku kongsikan apa yang aku dapat masa kuliah tadi.


Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang
sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT DALAM BAHASA

MELAYU  .


Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Sudut makna ayat terbahagi kepada 3 jenis: 

Ayat maklumat (informatif)
Ayat perasaan (emotif) 
Ayat arahan (imperatif)


       - Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah.
        - Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun   tulisan.
        - Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu atau sebagai menghantar maklumat. 


Ayat maklumat ini terdiri daripada 14 jenis:
1Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
    Contoh ayatDengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi                               selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air                               yang secukupnya.
2. Ayat pernyataan.
   Contoh ayat: Ada virus dalam komputer.

3. Ayat takrifan termasuk penerangan, definisi dan penjelasan.
    Contoh ayat: Angin ialah udara yang bergerak. 

4. Ayat tegasan. Contoh Ayat: Benar manusia mempunyai roh. Tidak syak lagi zaid yang                    mencuri.

5. Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
    Contohnya: Baiklah, kamu boleh beredar sekarang. 

6. Ayat penafian, bangkangan, bantahan dan tentangan.
    Contohnya: Saya tidak pernah berkata begitu. Ini tidak adil! Saya tidak makan makanan            kamu.

7. Ayat sangsian termasuk prangsangka @ keraguan. Contohnya: Betulkah, kamu pergi ke kelas?        Benarkah semua bangau itu berwarna putih?

8. Ayat tanyaan termasuk soalan. Contoh: Apa Khabar emak kamu? Berapakah harga sekilo              beras?

9. Ayat menilai. Contoh: Perbuatan zina merosakan keturunan. 

10. Ayat Syarat. Contoh: Belikan kereta BMW kepada saya baru saya akan kahwin dengan                awak.

11. Ayat cerita termasuk pemerian. Contoh: Pada cuti pertengahan semester, saya tidak pulang ke        kampung kerana terdapat banyak tugasan yang belum disiapkan.


13. Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
      Contoh: Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil                          peperiksaan.

14. Ayat sudut pandangan. Contoh: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah                    membawa faedah besar pada pengguna.


  • Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.
  • Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John? Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.
  • Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?
  • Ayat arahan adalah ayat kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. 
Ayat arahan mempunyai beberapa jenis antaranya:

1. Ayat Perintah. Contoh > "Serang! Hapuskan Hassan."

2. Ayat Suruhan. Contohnya, "Amir, tolong amikkan saya secawan kopi."

3. Ayat larangan termasuk tegahan. Contohnya, "Jangan hisap rokok. Jangan main judi."

4. Ayat Panduan. Contohnya, "Pertama panaskan kuali, kemudia letak minyak."

5. Ayat amaran Atau Ancaman. Contohnya, " Kalau kamu turun lambat lagi, aku tinggalkan kamu."

6. Ayat Undangan Atau Jemputan. Contohnya, " Jemputan ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Kami pada 30.07.2022."

7. Ayat Silaan. Contohnya, "Jemput masuk. Saya berada didalam rumah. Makanan sudah disediakan atas meja. Sila jemput makan. Selamat menjamu selera." 

8. Ayat Ajakan. Contohnya, "Mari kita menunaikan solat secara berjemaah".

9. Ayat Gesaan. Contohnya, "Cepat bawa saya ke hospital!"

10. Ayat Tawaran. Contohnya, "Esok pagi kalau awak tidak ada kenderaan untuk pergi kerja, Marilah tumpang kereta saya pergi kerja bersama-sama."

11. Ayat Peraturan. Contohnya, " Pelajar lelaki diminta makan di meja B manakala pelajar wanita makan meja A."

> Ayat yang memgambarkan perasaan seseorang itu sama ada SEDIH, GEMBIRA, & MARAH.
> Ayat yang tidak mempunyai maklumat & tidak ada suruhan.
> Cirinya ialah, nada dan intonasinya suara mengiringi pengucapan ayat ini.

1. Ayat Marah.  Contohnya, "Kalau ikutkan hati, Sekarang juga saya bunuh kamu". 

2. Ayat Sedih.  Contohnya, "biarlah aku bersendirian tanpa cinta. Dari menyaksikan sebuah kepuraan...".

3. Ayat Sindiran.  Contohnya, "Sedangkan binatang sayangkan anak, manakan manusia yang diberi akal fikiran."

4. Ayat Ejekkan.  Contohnya, "Wah! Ular lidi nak jadi naga."

5. Ayat Dukaan.  Contohnya, "Saya tidak sanggup hidup kalau mata saya buta sebegini."

6. Ayat Cacian.  Contohnya, "Dasar orang miskin! Ada hati nak kahwin dengan aku. Cermin diri kau dahulu."

7. Ayat Kutukan.  Contohnya, "Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai."

8. Ayat Cabaran. Contohnya, " Aku mencabar orang kampung untuk membunuhku."

9. Ayat Kejutan. Contohnya, "Subahanaallah, Cantiknya kamu wahai isteriku pada malam ini."

10. Ayat Sesalan. Contohnya, "Ya Tuhanku! Ampunkan dosa-dosaku."

11. Ayat Sumpahan. Contohnya, "Aku sumpahkau jadi cantik".

12. Ayat Bujukan. Contohnya, "Sabar wahai anakku. Ramai yang lagi susah daripada kita."



MENTERJEMAH FUNGSI AYAT DALAM BAHASA ARAB.


# (Al-Tasnif Al-Nafsi ).
Pembahagian ayat dalam b. Arab ada dua iaitu TUJUAN DAN MASUK penutur.

Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu? Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi 

(Al-Tasnif Al-Tarkibi.)
Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks 
Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat 
pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?. Pembahagian berdasarkan perkara ini 
boleh dipanggil 
(Al-Tasnif al-Awwali.)
Pembahagian berdasarkan permulaan ayat. Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat?Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama? Pembahagian jenis ini dipanggil 

Ayat maklumat ( Jumlah Ikhbariyah )
 Iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:
سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
أقدرك وأحترمك (perasaan )
من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian )

Ayat Jumlah Istifhamiyah
Iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
 من فعل هدا ؟ ( individu )
 متى جاء ؟( masa )
أين وجدته ؟  ( tempat )
بما قطعته ؟ ( alat )
لماذا تأخرت ؟ ( sebab )

كيف أجاب ؟ ( keadaan )

Ayat Takjub 
iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:
ما أجمل هذه الشجرة ؟
Ayat suruhan atau permintaan 
iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح الباب 

نم مبكرا 


SAMBUNGAN


Sekian, sampai disini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada semua. 😉😉











No comments:

Post a Comment