Wednesday, May 15, 2019

KULIAH 7/5/2019: PADANAN TERJERMAHAN (FAUZUL AZIM)

PADANAN TERJERMAHAN.

Konsep penterjermahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981)
telah disimpulkan ialah merupakan kerja mencari padanan makna yang paling tepat dan sesuai dengan bahasa sumber untuk ditukarkan atau dipadankan dengan makna atau maksud bahasa sasaran agar maksud yang diterjermah berjaya disampaikan dalam bahasa sasaran. Maka dengan itu kita perlu mengetahui kaedah terbaik untuk mencari padanan makna bagi bahasa sasaran dan bahasa sumber.

Apa masalah Padanan dengan Terjermahan?
1. Untuk mencari padanan yang betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu perkara mustahil untuk direalisasikan dan menjadi masalah UTAMA para penterjermah.

Tokoh-tokoh ini telah memperkenalkan jenis-jenis padanan:

Nida (1964) : 2 jenis padanan iaitu Padanan Formal & Padanan Dinamis 

Padanan Formal: Penterjemah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna seperimana yang diniatkan oleh penulis asal. Hal ini penterjermah telah mengekalkan elemen-elemen tatabahasa dalam teks bahasa Sumber. Contohnya:

- kata nama diterjermah ke kata nama begitu juga kata kerja ke kata kerja
kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan agar terjermahan sasaran tidak lari dari makna asal.
- memelihara semua petunjuk formal seperti koma, titik, pembahagian perenggan dan penanda puisi.

Hasil dari penterjermahan agak janggal maka penterjermah hendaklah meletakan nota kaki setiap ayat atau perkataan yang janggal agar pembaca sasaran dapat memahami dan mengetahui adat bahasa sumber.

Padanan Dinamis: Tidak terlalu mementingkan dengan bentuk teks asal dan mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur ayat sasaran agar hasil terjermahan menjadi bentuk yang tersendiri. Tujuannya supaya tidak memasak pembaca sasaran untuk memahami budaya sumber akan tetapi memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penterjermah. 

Untuk menghasilkan padanan terjermahan dinamis perlu:
- mengubah suai dalam aspek tatabahasa seperti mengubah susunan ayat contohnya menukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja.
Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.
- Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Nida (1964) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya. Ia diterjermah seolah-olah dalam bahasa sasaran bukan terikat dengan bahasa sumber bahkan terdapat unsur-unsur pembaharuan dalam unsur klasik.
Beliau menggariskan:
Padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan makna maklumat yang sama.
Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
Gaya masih dikekalkan – Gaya Pusisi.
4 jenis padanan penterjermahan menurut Nida.
- Satu Lawan Satu Contoh: Makna  satu perkataan sumber sama makna satu perkataan Sasaran
- Satu lawan Banyak Contoh: Satu Makna Sumber banyak makna dalam Sasaran
- Banyak lawan Satu Contoh: Satu sumber yang banyak makna tetapi satu makna dalam bahasan sasaran
- Satu lawan Tiada: Perkataan dari sumber tidak ada makna dalam makna sasaran contohnya: Pulut Kuning kerana ia melibatkan budaya.

Ainon Mohd (1987)
Padanan terjemahan berkemungkinan:
Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.
Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu. Bomoh).
Terdekat yang sejadi – lawyer dipadankan dengan peguam.

STRATEGI MENCARI PADANAN 
Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan:
Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dan setelah konsepberpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.
Label linguistik yg dipilih sebagai padanan dalam bahda sasaran mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sumber. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.

SEKIAN TERIMA KASIH :)


c

1 comment:

  1. Assalamualaikum, nak tanya ni under citra Terjemahan ker?

    ReplyDelete