MENTERJAMAH UNSUR BUDAYA
Assalamualaikum! kuliah minggu
kita belajar menterjemah unsur budaya. Haa, apa yang menariknya minggu ni bukan
dr Maheram yang ajar tapi pelajar yang mengajar tau dan sayalah salah seorangnya.
Haha. Tidak mengapa, kita sama- sama belajar.
.
Perkataan budaya
berasal dari perkataan Sanskrit iaitu, ‘buddhayah’. Menurut kamus dewan pula,
budaya bermaksud tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya),
kemajuan (akal budi), kebudyaan, manakala kebudayaan pula adalah keseluruhan
cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta
segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain.
.
Budaya terbahagi kepada beberapa
bahagian:
1. BUDAYA EKOLOGI – iaitu mengkaji
makhluk hidup di habitatnya. Menurut Saberi Othman (1986), mengatakan bahawa
ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang
menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu.
2. BUDAYA SOSIAL – iaitu berkait
dengan adat resam dan kepercayaan sesuatu masyarakat. nama pakaian, kenderaan,
lauk-pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat arab
adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat melayu dan sebaliknya. Sebagai
contoh, makanan, nasi lemak, di arab tiada nasi lemak di sana.
3. BUDAYA IDEOLOGI – iaitu
ia berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Kebiasaannya,
hal-hal ini lebih sukar untuk diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.
.
Oleh untuk
menterjemah sesuatu unsur budaya, perlulah bergaul dan bertanyakan kepada
masyarakat di sana berkaitan dengan budaya mereka atau menggunakan kamu. Akan tetapi,
tidak semua kamus menterjemah dengan maksud yang lengkap. Itu sahaja. Semoga bermanfaat
!
Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)
No comments:
Post a Comment