Sunday, April 28, 2019

M8 MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (HASANUDDIN)


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT 



Asssalamualaikum semua ! pada kuliah kali ini, dr. Maheram ajar tentang fungsi ayat. Haa, ayat pun ada fungsi tau apatah lagi kita,berfungsi ataupun tidak. Hehe. Gurau-gurau. Baiklah, mari kita mulakan perkongsian kita pada minggu ini.
                Ayat ada 2 fungsi, iaitu bentuk dengan fungsi. Sebagai contoh, “Siapa kata saya penakut?” di sini kita dapat lihat bentuknya adalah pertanyaan dan fungsinya adalah cabaran.
.
Ayat ada beberapa jenis:
1. AYAT MAKLUMAT – tujuan ayat maklumat adalah untuk memberitahu sesuatu dan ianya paling penting dalam fungsi bahasa.
2. AYAT ARAHAN – terdapat cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu sama ada suruhan atau perintah. Ayat jenis ini yang kedua terbanyak diterbitkan oleh manusia.
3. AYAT PERASAAN – dalam kajian makna, perasaan bermaksud sejenis makna. Ayat ini sejenis yang sukar untuk diterjemahkan. Hal ini kerana, setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif tersendiri.
.
Kemudian, Ayat dalam bahasa Arab dibahagikan beberapa jenis:
1. JUMLAH IKHBARIYAH – iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya.
2. JUMLAH ISTIFHAMIYAH – iaitu ayat yang digunakan untu bertanya atau menyoal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa, dan sebagainya.
3. AYAT TA’JUB – iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kajum atau teruja terhadapa sesuatu.
4. AYAT SURUHAN – iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
.
Oleh itu, semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian agar makna yag dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

No comments:

Post a Comment