Assalamualaikum ,sebelum kita jadi seorang penterjemah apakah
syarat atau kelayakan sebagai penterjemah. Adakah kita sudah layak dipanggil
penterjemah jika hanya mampu kuasai dua bahasa sahaja. Macam mana pula jika dengan
hanya menggunakan pakcik “google” atau"google translate" adakah kita sudah
layak dianggap sebagai penterjemah?Jom kita bahas bersama di bawah.
SYARAT UTAMA NAK JADI PENTERJERMAH :
1) MENGETAHUI BAHASA SUMBER
- a)Dapat menguasai bahasa sumber secara mendalam.
- b)Boleh menguasai selok belok keganjilan dan keistimewaan bahasa
- c)Boleh membezakan makna.
- d)Boleh mentafsir maksud dengan tepat.
2) MENGETAHUI BAHASA SASARAN
- a)Bahasa sasaran Iaitu bahasa penerima.
- b)Lebih baik daripada bahasa sumber ataupun sama baik dengan bahasa sumber.
3)MENGETAHUI BIDANG ATAU SUBJEK
- a)Kita boleh menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
- b)Penting untuk penterjemah teks-teks khusus dan teks-teks sastera.
- a)ada teori dan kaedah ilmiah sendiri.
- b)Pindahkan idea, maklumat dan gaya perkataan.
- c)Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
5)MENGETAHUI SASARAN PEMBACA
- a)Sesuai dengan sasaran pembaca
- b)Selaraskan bahasa sumber dengan bahasa sasaran.
Selain itut, terdapat banyak lagi syarat lain untuk jadi penterjemah yang boleh kita nilai dan kaji. Banyak juga faktor yang mempengaruhi
penterjemah. Kesimpulannya, penterjemah bukanlah pekerjaan yang mudah tetapi
penterjemah perlulah bersiap sedia dengan pelbagai kelayakan untuk menjadi
penterjemah yang profesional.
No comments:
Post a Comment