ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.
Pagi sabtu yang barakah ini, diberi kekuatan illahi untuk yang berkongsi ilmu berkaitan penterjermahan. Terima kasih kepada Dr. Maheram Bt. Ahmad. Semoga di Rahmati oleh Allah SWT.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang "Menterjermah Unsur Budaya". Bahasa sumber dan bahasa sasaran adalah dua bahasa yang berbeza dari segi bahasa dan melibatkan budaya bahasa sumber dan sasaran. Budaya berasal dari bahasa sanskrit iaitu "Buddhayyah" dan culture yang berasal dari bahasa latin "Colere"bermaksud berkerja atau bertani. Menurut kamus dewan, budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi). Kebudayaan, pula adalah keseluruhan cara hidup (yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus
Dewan 1992: 65) .
Kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain
yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat (Edward B. Tylor 1974). Budaya dipelajari oleh anggota masyarakt ia tidak boleh terima oleh baka atau warisan kerana ia dipratik secara bersama oleh anggota masyarakat. Fungsi budaya adalah menjaga
dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat, meneruskan
peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar dan perangsang
kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya (Abdul Rahman Nawas dll,
1995).
Apakah kaitan budaya dengan penterjermahan iaitu:
1. Bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan.
2. Perterjermahan tidak dapat dipisahkan dengan budaya.
3. Memberi
kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.
Hal ini kerana, pemilihan
teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan
diterjemahkan untuk
menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir
mungkin dengan pembaca teks asal.
Dua aspek yang perlu diperterjermahkan secara berbeza iaitu bahasa dan budaya.
2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.
budaya dibahagikan kepada 4:
1. Budaya Ekologi 2. Budaya Sosial 3. Budaya Ideologi 4. Material
Budaya Ekologi ialah berkaitan suasana persekitaran di sesuatu tempat itu atau geografi. Contohnya, suhu, muka bumi dan makanan asasi dan lain-lain. Hal ini, menterjermah akan melibatkan perkara tersebut. Contohnya permukaan bumi antara negara Arab yang kering dan berpadang pasir manakala Malaysia hutan tropika dan taburan hujan yang tinggi.
Budaya Sosial ialah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan. Lauk pauk, kenderaan, buah-buahan, sayur-sayuran pakaian dan lain-lain namanya digunakan berbeza dalam masyarakat. Contohnya masyarakat melayu "Pulut Kuning" dan orang Arab "Syawarma".
Budaya Ideolgi juga berkait
dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik akan tetapi ia agak rumit kerana ia melibatkan emosi.
Kaedah untuk menterjermah unsur budaya iaitu, sama ia dikekalkan contohnya "Pulut Kuning" yang ingin diterjermah ke arab. Selain itu, unsur budaya itu disesuaikan semula atau dihilangkan. Akhir sekali, budaya
asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan
maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.
Kesimpulannya, bagi menterjermah unsur bahasa dari bahasa sumber ke sasaran perlu mengikut kesesuaian mengikut teks itu sama ada ingin diterjermahkan kepada kanak-kanak atau golongan dewasa. Ia perlu meneliti kepada peringkat umur mereka yang ingin membaca penterjermahan tersebut. Sekian Terima Kasih.
K
H
No comments:
Post a Comment