PADANAN TERJEMAHAN
KONSEP PADANAN
Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.
ISTILAH PADANAN TERJEMAHAN
Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi. Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistik aspect of translation.
Terdapat 2 tokoh yang menghuraikan istilah ini:
1) NIDA (1964):
- PADANAN FORMAL - Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
- PADANAN DINAMIS - Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal. Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri. Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
- PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT - Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.
- Juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu: 1) satu lawan satu, 2) satu lawan banyak, 3) banyak lawan satu 4) satu lawan tiada.
2) Ainon Mohd (1987)
- Padanan terjemahan berkemungkinan: 1) Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice. 2) Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).
- Terdekat yang sejadi – lawyer dipadankan dengan peguam.
STRATEGI MENCARI PADANAN
- Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan: 1) Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep drp bsum kp bsas dan setelah konsep berpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari. 2) Label linguistik yg dipilih sbg padanan dlm bsas mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg sama dlm bsum. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.
KESIMPULAN
Oleh sebab terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.
Sekian .. Terima Kasih.
Disediakan oleh: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)
No comments:
Post a Comment