PENTERJEMAHAN
AL-QURAN
DEFINISI
TERJEMAHAN
Mengungkapkan
makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam
bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat
dalam teks pertama.
MENTERJEMAH
AL-QUR’AN
Merupakan
satu topik yg penting kerana mempunyai hubungan
dgn al-Qur’an al-Karim. Pertama
kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai
oleh Mustafa Sabri. Mendpt
perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, cthnya di Mesir.
MENTERJEMAH
AL-QUR’AN DI MALAYSIA
Terus
dilaksanakan hingga ke hari ini. Penting
kepada umat Islam yg tidak tahu berbahasa Arab. Digunakan
sebagai alat bantu untuk memahami makna-makna al-Qur’an. Cara
berdakwah yang efektif. Menyumbang
kepada perkembangan Islam.
HUKUM
MENTERJEMAH AL-QUR’AN
Berlaku
khilaf dalam kalangan ulama Islam.
Memelihara al-Qur’an drp sebarang perubahan
& penyelewengan merupakan kewajipan seluruh umat Islam, terutamanya para ulama. Menyampai dan menyebarkan ajaran al-Qur’an
dengan menggunakan bahasa yg boleh difahami oleh semua bangsa yang ada di dunia
ini juga merupakan kewajipan yg tidak boleh diabaikan.
Antara
ulama yg mengharuskan ialah al-Zarqani, al-Shatibi, dan al-Zamakhshari.
Dalil
dan hujah mereka ialah Al-Qur’an merupakan
sumber rujukan – perlu diterjemahkan agar boleh difahami oleh bangsa lain.
Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Qur’an,
akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.
Antara
ulama yang mengharamkan terjemahan al-Qur’an ialah Manna` Qattan dan Rashid
Rida.
Hujah
mereka ialah Al-Qur’an
tidak boleh dibaca dalam bahasa lain
melainkan bahasa Arab. Al-Qur’an dan
susunannya adalah mu’jiz. Jadi, sudah tentu ia tidak boleh diterjemahkan ke
bahasa lain. Terjemahan secara
harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka
akan menganggap terjemahan itu adalah al-Qur’an.
Rasulullah
dan para sahabat ketika menyeru bangsa lain agar menganut Islam tidak pernah
menterjemahkan al-Qur’an.
SYARAT PENTERJEMAH
Mememuhi
syarat umum penterjemah.
Setia
dan jujur pada makna dan maksud yang dibawa oleh teks sumber.
Teks
terjemahan dianggap satu karya baru
KAEDAH TERJEMAHAN
PENTERJEMAHAN
HARFIAH
Memindahkan
perkataan
daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa
kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu
dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan.
PENTERJEMAHAN
TAFSIRIYAH
Terjemahan
yang
tidak menjaga keserupaan/kesamaan (dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan
perkataan) dengan teks asal.
Yang dipentingkan
ialah makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal itu dapat disampaikan dengan
jelas dan lengkap. Ada yang memanggil terjemahan ini sebagai terjemahan
ma`nawiyyah kerana ia bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal
itu dengan menggunakan bahasa lain, demi memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.
Syarat
penterjemahan harfiah: Ulama
meletakkan dua syarat, iaitu
1) Adanya perkataan
/kosa kata dalam bahasa kedua yang menyamai perkataan/kosa kata bahasa asal/sumber.
2) Dua bahasa itu hendaklah serupa/sama dari
segi kata ganti nama (damir) dan kata hubung (al-rawabit) yang menghubungkan
antara kosa kata itu.
SALAH
TAFSIR AL-QUR’AN
Salah
tafsir al-Qur’an boleh berlaku disebabkan oleh
1) Kekeliruan terhadap ayat mutashabihat.
2) Tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Qur’an.
3) Tidak menguasai bahasa Arab.
4) Mentafsir al-Qur’an secara ikut-ikutan.
5) Tidak memiliki anugerah kebijaksanaan.
6) Adanya sikap prejudis dan motif yang
tersembunyi.
KESIMPULAN
Tugas
menterjemah al-Qur’an tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan
penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar
terjemahan/tafsiran yang dihasilkan tidak menyeleweng daripada ajaran dan isi
kandungan al-Qur’an.
SEKIAN .. TERIMA KASIH.
DISEDIAKAN OLEH: AMIR NAJMI BIN AHMAD NOH (A171808)
No comments:
Post a Comment