MAKNA DALAM TERJERMAHAN
Makna terjermahan dipengaruhi kepada 3:
1. Posisinya dalam ayat
2. Bidang ilmu
3. Situasi pemakaian dan budaya penutur
Contohnya "Chair" :
He sat on the chair. > Dia duduk di atas kerusi.
He has the chair of philosophy at the university. > Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
He will chair the meeting. > Dia akan mempengerusikan mesyuarat itu.
Jenis-jenis Makna 8:
1. Makna Rujukan = Tiap perkataan terdapat lebih daripada satu makna. Contohnya Rumah, Maknanya mungkin (Rumah banglo, rumah teres, rumah dua tingkat, & rumah kampung)
"MINUTE"
# It took them thirty minutes to get the thing done. >Mereka mengambil masa 30 minit untuk
menyempurnakan kerja itu (minute: kiraan masa).
# The secretary read out the minutes of the last meeting. > Setiausaha membaca minit/catatan
mesyuarat yang lepas.
# I will see you in a minute. > Saya akan jumpa kamu sebentar lagi.
Makna sebenar dalam perkataa boleh ditanda dengan 2 cara:
1. Sintaksis
* Itu binatang (makna binatang sebenar)
* Dia binatang (bukan maksud bintang tetapi manusia)
* Dia perempuan Gila (makna Perempuan)
* Dia Gila perempuan (makna lelaki yang suka main kayu tiga)
2. Semotaksis (makna perkataan itu dipengaruhi oleh jumlah ayat itu)
* Dia mengambil Sikat rambut.
* Dia mengambil 2 Sikat pisang.
* Rambutnya belum diSikat.
2. Makna Leksikal
Makna unsur-unsur bahasa sebagai lamban, peristiwa dan lain-lain. Juga terdapat dalam kamus.
Maknanya tidak dapat difahami sekiranya tidak dimasukan dengan perkataan lain.
3. Makna Gramatikal.
Juga
disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang
dilihat dari
fungsi tatabahasanya.
4. Makna Konteks
Makna ini melibatkan situasi ketika makna itu diungkapkan contohnya dalam keadaan marah,
gembira dan sedih. Contohnya Ayat " Selamat Pagi" ungkapan yang di ucapkan oleh Bos kepada
perkerja yang selalu datang lewat sama ada memberi makna Pecat Atau Memerli.
Babi = Dari segi fahaman Melayu Bukan Islam (boleh dimakan)
Dari segi fahaman Melayu Islam (Satu kata hina, haram, dan najis berat)
5. Makna Emosi
6. Makna Figuratif
Berkait dengan simpulan bahasa, kiasan dan peribahasa. Ahli terjermah mesti ingat perkataan ini.
Maknanya selalu akan lari daripada makna asal. Contohnya:
Kaki = Kaki Ayam
Tidur = Tidur Ayam-ayam
Kuih = Cakar Ayam
Bunga = Tahi Ayam
Makna ini diambil dalam satu perkataan atau beberapa unsur perkataan itu terdiri rupa
bentuknya,
sifat psikologinya, hubungan jaraknya, bahagian anggotanya atau
persamaan fungsinya dan sifat yang
paling menonjol pada sesuatu benda itu.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment