Wednesday, May 8, 2019

Laras Bahasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.Untuk perkongsian kali ini,tajuk kuliah kami ialah Laras Bahasa.
Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.Sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasaa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.Setiap kelainan boleh dilihat daripada pelbagai sudut seperti berdasarkan kawasan (dialek) atau situasi sosial.
Ada kata-kata yang menentukan taraf penutur seperti perkataan beradu,santap,bersiram,murka,ada kaitan dengan sultan dan istana.Perkataan kuliah,semester,gugur dan tambah kursus itu ada kaitan dengan mahasiswa dan unversiti.
Laras bahasa boleh dibezakan dengan
Ungkapan/perbendaharaan kata & bunyi
      Dua perkara yang perlu diberi perhatian apabila ingin mengkaji laras, iaitu:
      Ciri-ciri linguistik.
      Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa.
      Dimensi ciri-ciri linguistik:
      Faktor sosial, tajuk & sifat bahasa itu sendiri.
       Dua perkara yang membezakan laras dari segi linguistik, iaitu tatabahasa & perbendaharaan kata.



No comments:

Post a Comment