Monday, May 27, 2019

Persatuan Penterjemahan Malaysia (Fauzul Azim)




PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA.


      Penterjemah Malaysia atau  Malaysian Translators Association ialah sebuah badan profesional yang ditubuhkan dibawah dan naungan Dewan Bahasa Dan Pustaka, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan diamanahkan untuk bertindak sebagai nadi pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan. Persatuan Penterjermah Malaysia merupakan ahli pemerhati pertubuhan Persatuan Penterjemah Dunia (International Federation of Translators) iaitu gabungan persatuan-persatuan penterjermahan antarabangsa lebih 50 negara diserata dunia sejak tahun 2008.
Persatuan Penterjemah Malaysia ditubuhkan pada 19 Oktober 1979 dan telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjermahan secara kolektif dikalangan penterjermah dan editor profesional di Malaysia. Pengasas kepada Persatuan Peterjemah Malaysia ialah Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, iaitu pada tahun 1979 dan sebelum itu Pesatuan ini dikenali sebagai Kumpulan Penterjemah Malaysia. Sehingga kini, Persatuan Penterjermah Malaysia mempunyai seramai lebih daripada 1200 orang penterjemah dan editor profesional dari pelbagai bidang. Persatuan profesional ini diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. 
Visi dan misi Persatuan Penterjermahan Malaysia, peningkatan terjemahan oleh penterjemah yang berwibawa serta profesional agar hasil karya mereka mematuhi serta mencapai tahap piawaian dan amalan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa. Misi ialah untuk menghasilkan karya terjemahan yang bermutu tinggi yang tepat padanannya dari segi makna dalam teks asal, untuk memajukan dan memperjuangkan kepentingan penterjemah dari segi moral dan material, untuk menyokong dan memajukankan pengiktirafan penterjemahan sebagai suatu kerjaya, dan meningkatkan status penterjemah dalam kalangan masyarakat, mengendalikan dan mentadbir khidmat menterjemah secara profesional, jitu serta berwibawa.
Tujuan penubuhan persatuan ini ialah, mempercepat dan memperkukuhkan kerjasama diantara para penterjermah demi memperbaiki dan meningkatkan mutu para penterjermahan di seluruh Malaysia. Selain itu, memberi sumbangan positif terhadap usaha memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu dan berusaha ke arah memperkaya, membina dan mengembangkan Bahasa Melayu melalui terjemahan. Selepas itu, mempertahan dan memperjuangkan hak dan kepentingan sah para penterjermah. Di samping itu, berusaha memajukan bakat penterjemah dan berusaha menjadikan penterjemahan sebagai satu profesion yang dapat dibanggakan. Akhir sekali, menimbulkan minat pembacaan karya terjermahan dikalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment