Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pengunjunng setia laman
Terjemahan Faqih.Alhamdulillah minggu ni merupakan minggu ke 2 kuliah dan
pengisian kuliah TAMA untuk minggu ni
berlainan dengan minggu 1 sebab takde penerangan slide macam sebelum
ni.Kami dimaklumkan,kuliah TAMA minggu ni akan digantikan dengan taklimat
program Muaskar Lughowi yang akan diadakan hujung minggu ni.Program ni boleh
dikatakan program wajib bagi semua pelajar Nahdah la sebab kalau ada student
yang tahun-tahun atas yang tak dapat join masa tahun diorang,mereka perlu ikut
sekali dengan pelajar junior.Kiranya macam tkde peluang la kalau tak nak join
sebab perlu join jugak.
Semua pelajar
disusun mengikut kumpulan masing-masing.Juah di sudut hati ni,program yang
macam nilah aku paling tak suka.Bagilah program apa pun aku akan join tapi
dengan syarat program yang takde perempuan.Kriteria program ni mungkin takkan
saya dapat sampai mati kot.
Bayda’ nama
kumpulan kami.Terdiri daripada 3 orang putera dan 7 orang puteri.Macam biasa
lah,kalau duk sekali ngan perempuan,mulut ni automatik terkunci rapat,tak tahu
nak cakap apa.Saya bukan over tapi inilah hakikat sebenar yang perlu dilalui
seorang lelaki yang telah diasingkan dengan perempuan selama 7 tahun.Sebab kat
sekolah dulu mana ada perempuan.Sampai lah satu masa pembahagian tugasan bagi
setiap kumpulan.Disebakan bilangan perempuan mengatasi kami,kuasa bercakap
mereka memang tidak boleh dinafikan dan mereka sendiri yang
cakap”takpe,makna-makna untuk perkataan ni kiteorang yang akan carikan”.
Geng laki
ni,bilalah dah dengar macam tu,terus ok la.Maklumlah lelaki ni banyak benda
lagi yang perlu difikirkan.Masa nilah tiba-tiba timbul di benak fikiran,mungkin
dah sampai masanya aku perlu adapt dengan situasi macam ni dan tukar mind set
aku.Dan hasilnya Alhamdulillah,walaupun ada lah jugak tempoh ambil masa nak
sesuaikan diri,tapi impak program Muaskar Lughowi ni memang hebat.Serious
cakap.Bukan sahaja pada kemampuan untuk menggunakan kalimah arab dalam
perbualan bahkan dapat merubah peribadi seseorang.Salah seorang nya saya lah
dan member laki yang lain ramai dah yang lebih bersemangat selepas program
ni.Jumpa semangat semasa program katanya.Sambil-sambil menyelam mimum airlah
katakan.
Cukup lah
disini dulu perkongsian untuk minggu ke 2 kite orang.Saya harap tulisan aku
untuk entry kali ni tidak memboringkan.Assalamualaikum jumpa lagi minggu depan.
No comments:
Post a Comment