Wednesday, May 1, 2019

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.Pertama kali,terima kasih kerana sudi singgah di blog kami  walaupun kami masih lagi di peringkat permulaan untuk belajar mengendalikan laman maya ini.Segala kritikan,komen dan maklum balas amatlah kami hargai dan akan berusaha untuk memajukan lagi usaha kami dari masa ke semasa.
Alhamdulillah, minggu lepas merupakan minggu pertama pembelajaran bagi semester 2 untuk sesi 18/19 setelah sebulan kami menikamti hari-hari yang indah di kampung halaman masing-masing.Minggu lepas juga merupakan hari pertama kuliah bagi mata pelajaran Terjemahan Arab-Melayu-Arab yang merupakan subjek wajib fakulti bagi pelajar jurusan Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Tamadun Islam.

Pertama kali melihat rupa paras pensyarah yang mengajar kami,memberi tanggapan awal kepada kami mungkin beliau seorang yang tegas.Namun,5 minit awal setelah kelas bermula telah menunjukkan yang sangkaan  kami jauh terpesong.Bercerita mengenai nama beliau yang ada kesalahan ejaan semasa didaftarkan ,Dr Maheram Binti Ahmad merupakan pensyarah keluaran UKM.Memulakan pengajiannnya daripada peringkat Sarjana Muda sehinggalah beliau menamatkan pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah.

Setelah mendengar serba sedikit latar belakang,ibu kepada seorang cahaya mata ini bukanlah seorang yang bukan beshe beshe bossku.Boleh dikatakan seorang yang super woman kerana perlu menguruskan urusan hantar dan ambil usia ananknya ke sekolah seorang diri dalam keadaan lesen keretanya belum lagi melebihi 3 tahun.

Timbul rasa minat yang amat untuk mendalami subjek ini setelah mendengar penerangan peluang yang terbuka luas bagi seseorang yang ada kemahiran untuk menterjemah.Hakikatnya kami sedar yang manis itu ,tidak dapat tidak mestilah merasa kepahitan dahulu.Bak kata pepatah,berakit-rakit ke hulu ,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu ,bersenang-senang kemudian.Rugi rasanya kalau kami mensia-siakan peluang untuk menadah ilmu hasil curahan ilmu pensyarah yang sempat beberapa tahun menimba ilmu di Kuwait ini.

Mungkin ini adalah penutup untuk perkongsian kali ini dan Insya Allah kami akan sentiasa update perjalanan kelas kami ini untuk setiap minggu.Assalamualaikum .

                

No comments:

Post a Comment