Wednesday, May 29, 2019

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA


MENTERJEMAH DAN FRASA PERIBAHASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

CONTOH FRASA

-BURUNG MERPATI TERBANG MELAYANG
-ANAK KECIL ITU SEDANG BERMAIN
-DI DALAM GUA ITU TERSIMPAN HARTA KARUN

JENIS FRASA

1-FRASA IDIOMATIK
2-TARKIB IDAFI
3-TARKIB WASFI
4-TAUKID
5-BADAL WA MUBDAL MINHU
6-‘ATAF WA MA’TUF ALAYH

1.      TARKIB WASFI
·         Contoh 1: السلطان التقليدي
Terjemahan: kekuasaan tradisional
·         Contoh 2: البيت الكبير
Terjemahan: rumah (yang) besar
·         Contoh 3: اللغة العربية
Terjemahan: Bahasa Arab
Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja
2.      TARKIB IDAFI
وعي المسلمين
kesedaran umat Islam
مراجعة النفس
muhasabah diri
استعمال الكلمة
penggunaan perkataan
Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.

3.      TAUKID
-Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk kepada sendiri,    كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya/kesemuanya. Lmenguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.
-Kata  نفس وعينditerjemahkan ihat contoh: 
ž  Contoh 1:ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
ž  Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.
ž  Contoh 2:الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
ž  Terjemahannya:Umat Islam seluruhnya bersatu hati.
ž  Contoh 3:كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
ž  Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.

4.      FRASA IDIOMATIK
-Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab.
-Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus

PERIBAHASA ARAB
´  Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:
´  قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة.
(kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu
PERIBAHASA MELAYU
´  Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.
´  Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan
SIMPULAN BAHASA
ž  Simpulan bahasa: ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.
Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.
BIDALAN
ž  Bidalan: peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.
ž  Contohnya:
ž  Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
ž  Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya.

TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA

´  1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
´  Contoh:
´   جزاه جَزَاءَ سِنِمَّارditerjemahkan kepada susu dibalas tuba.
´   قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.
´  2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
´  Contoh:
´   ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
´   عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
´  3. Teknik memperjelas makna.
´  Contoh:
´  Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة



No comments:

Post a Comment