Assalamualaikum
dan selamat datang buat pengunjung-pengunjung baru laman Penterjemah
Faqih.Alhamdulillah,setelah seminggu menikmati cuti mid sei,minggu ni merupakan
minggu ke 8 pengajian.Minggu-minggu pengajian yang berbaki selepas cuti mid sem
ni merupakan minggu-mingu genting buat students sebab banyak kerja dan tugasan
yang diperlu disubmit.Dan kebanyakan dateline utk tugasan kami adalah selepas
cuti mid sem.
Untuk pengsisan
kali ini,tajuk kuliah kami pada minggu ini ialah Menterjemah Fungsi Ayat.Antara
pengisisan kuliah kali ini ialah,sebelum melakukan kerja penterjemahan,kita
mestilah terlebih dahulu mengenal pasti fungsi ayat tersebut sama ada ayat
tersebut berbentuk arahan,maklumat atau perasaa.Perkara ini sangat penting
untuk diteliti terlebih dahulu kerana kesilapan dalam menetukan fungsi ayat
boleh menjejaskan proses penterjemahan dan menyebabkan tidak seperti maksud
asal seperti di dalam teks.Hal ini juga disebabkan fungsi ayat itu ditentukan
oleh makna ayat.
Di sini saya
datangkan beberapa penerangan berkenaan fungsi ayat.
1)Ayat Maklumat
-fungsi utama ayat maklumat
adalah untuk memberitahu sesuatu.Ayat yang paling senang untuk diterjemahkan
adalah ayat maklumat.
-ayat maklumat terdiri daripada
beberapa bentuk antaranya ayat pengisytiharan,pernyataan,takrifan dan banyak
lagi.
2)Ayat Arahan
-ayat arahan merupakan satu
bentuk ayat yang mempunyai cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat
oleh pendengar kepada penutur.
-sebagai contoj,ayat dalam Bahasa
Inggeris “Can you open the door,John’?.Ayat ini pada zahirnya Nampak seperti
pertanyaan atau arahan tetapi ayat ini ialah ayat berbentuk soalan.
-Oleh itu,terjemahan yang tepat
ialah “Tolong bukakan pintu itu,John”.Bukannya “Bolehkah awak buka pintu
itu,John”.
3)Ayat Perasaan
-ayat perasaan merupakan satu
bentuk ayat yang sukar untuk diterjemahkan.Antara sebabnya ialah setiap bahasa
mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri.
-ayat perasaan ialah suatu ayat
yang menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang dan ayat ini tidak
mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan
sesuatu.
-ciri utama perasaan ialah nada
atau intonasi suara yang mengiringi penngucapan ayat-ayat itu.
Sekian dahulu untuk perkongsian
kali ini.Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment