Wednesday, May 1, 2019

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA


Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua pengunjung yang baru mahupun yang telah lama mengikuti update blog kami.Kepada pelawat baru blog kami,selamat datang saya ucapkan dan jadikanlah laman Penterjemah Faqih ini sebagai laman yang wajib untuk anda singgah.

Minggu ini Dr Maheram telah melakukan sedikit kelainan dalam kuliah dengan ditampilkan 6 orang pembentang untuk membentangkan tajuk kali ini.3 orang dari kalangan lelaki dan 3 orang dipilih daripaada perempuan.Alhamdulillah cara ini agak menarik dan kami dapat memahami isi pembelajaran dengan baik.

Pada minggu ke 9 ini,tajuk kuliah kami ialah Menterjemah Unsur Budaya.Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘buddahyah’.Budaya juga disebut sebagai ‘culture’ yang mana berasala daripada Latin.Menurut Kamus Dewan  pula,budaya membawa maksud ‘tamadun’,’peradaban’,atau ‘cara berkelakuan’.Kebudayaan juga boleh didefinisikan sebagai keseluruhan yang kompleks,yang mana dalamnya terkandung pengetahuan,kepercayaan,dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati padaseseorang sebagai anggota masyarakat.

Antara sifat budaya ialah sesuatu budaya itu akan dipelajari oleh anggota masyarakat.Selain itu,ia juga tidak boleh diterima melalui baka atau warisan dan juga budaya ini mestilah dipraktikkan secara bersama oleh masyarakat untuk memastikan kelangsungannya daripada generasi ke generasi.

Fungsi kebudayaan antarnya ialah mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam mayarkat.Di samping itu,kebudayaan juga berfungsi sebagai perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya.

Terdapat kaitan yang sangat signifikan antara budaya dan penterjemahan.Hal ini kerana,bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya dan kerja-kerja penterjemahan turut melibatkan budaya.Terdapat 2 aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza. 
                                               
1)Terjemahan Bahasa
2)Terjemahan Budaya

Terdapat 4 pembahagian budaya

1)Budaya Ekologi
2)Budaya Sosial
3)Budaya Ideologi
4)Budaya Material

Budaya ekologi bermaksud ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu.

Budaya ekologi pula ialah perbezaan muka bumi yang dapat dilihat secara jelas.Sebagai contoh antara budaya Arab dan budaya Melayu.Kawasan muka bumi di Negara Arab lebih banyak berbatu batan dan kering manakala di kawasan Malaysia pula lebih kepada pemandangan yang menghijau dan terdapat hutan tropika.

Budaya sosial ialah budaya yang berkait dengan adat resam dan kepercayan sesuatu masyarakat itu.Contohnya,nama bagi pakaian,kenderaan,lauk paukyang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat Melayu dan begitulah juga sebaliknya.

Budaya ideologi pula bermaksud sesuatu yang berkait dengan agama,kepercayaan,adat resam dan politik.Kebiasaannya hal-hal sebegini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ketika menterjemahkan unsure budaya ialah unsur  udaya itu hendaklah dikekalkan dan disesuaikan semula dengan isi teks terjemahan.Selain itu,budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini.Semoga apa yang telah dikongsi dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan diaplikasikan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment