Tuesday, June 11, 2019

Kuliah Ke-9(Muhammad Hafizuddin Aminudin)


Menterjemah Unsur Budaya

DEFINISI BUDAYA:

  1. berasal drp bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’.
  2.  Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) .


SIFAT KEBUDAYAAN:

  1. Dipelajari oleh anggota masyarakat.
  2. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
  3.  Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.


FUNGSI KEBUDAYAAN:

1.       Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.
2.       Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.


HUBUNGKAIT BUDAYA DAN PENTERJEMAHAN:

  •           Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya,
  •           Penterjemahan turut melibatkan budaya.
  •           Memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan. Pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks asal.


ASPEK TERJEMAHAN:

  1. - Terjemahan Bahasa = Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.
  2. - Terjemahan Budaya = Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.


PEMBAHAGIAN BUDAYA:

1) Budaya Ekologi - ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu (Saberi Othman 1986: 1).
Contoh: persekitaran Tanah Arab kering dan berpadang pasir tetapi budaya di Tanah Melayu hutan tropika dan taburan hujan yang tinggi.
2) Budaya Sosial - Berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu. Nama bagi pakaian, kenderaan, lauk-pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat Melayu. Begitu jugalah sebaliknya.
Contoh: pulut kuning dalam masyarakat Melayu.
3) Budaya Ideologi - Berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.

KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA:.

1.Unsur budaya dikekalkan.
2. Unsur budaya disesuaikan semula.
3. Unsur budaya dihilangkan.
4. Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir

KESIMPULAN:
  •  Perbezaan budaya antara dua masyarakat ini membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu dan ada kalanya tidak ada padanan langsung. Jadi, penyelesaian terbaik ialah dengan menyesuaikan atau menggantikan budaya asal itu dengan budaya sasaran  atau mengekalkan budaya sumber itu dengan cara menerangkan konsep budaya itu secara lebih jelas. Ada baiknya juga kalau diterangkan dalam catatan bawah / nota kaki.


No comments:

Post a Comment