Monday, April 15, 2019

M5 K7 MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA BAHASA ARAB (AMIR NAJMI)

Assalamualaikum .. saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai cara menterjemah frasa dan peribahasa.


MENTERJEMAH FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)
Contoh Frasa

Dalam bahasa Arab frasa dipanggil al-`ibarahataupun al-tarkib terbahagi kepada enam iaitu: 

1) Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi.
🔰Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab. Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus (Yu'il Yusuf ،Aziz et. al 1981: 43;

🔰Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
›Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan makna جَرَى وهَرَبَ (lari / melarikan diri).
›Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
›Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه dengan makna كُلِّه وجَميعه (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)  

🔰Contoh lain: frasa رَغِبَ عَنْ (tidak sukatidak gemarbenci) dan  رَغِبَ فِي  (gemarsuka).
Tidak boleh diterjemahkan secara katawi. Ia akan memberikan satu bentuk terjemahan yang bukan sahaja janggal pada pendengaran orang Melayu, bahkan tidak boleh diterima sama sekali. Makna umum عن ialah dari dan daripada, manakala makna في  ialah didi dalamdalam dan padaJika diterjemahkan secara katawi, akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam. Terjemahan ini janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.

🔰 Contoh lain: أخذَ بِيَد (فلانdengan makna أعانه وساعَده (membantu dan menolongnya), (فلانطويل اللسان dengan makna بذيء وفاحش في القول (kasar dan buruk kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ (mengabaikannya). 



2)Tarkib Idafi.
🔰 Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.
وعي المسلمين
kesedaran umat Islam
مراجعة النفس
muhasabah diri
استعمال الكلمة
penggunaan perkataan



3)Tarkib wasfi (Sifah wa Mawsuf)
Contoh 1: السلطان التقليدي 
Terjemahan: kekuasaan tradisional

Contoh 2: البيت الكبير 
Terjemahan: rumah (yang) besar

Contoh 3: اللغة العربية 
Terjemahan: Bahasa Arab

Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.

🔰 Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. Sebagai contoh:
Contoh 4: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya: sistem etika yang bersih

Contoh 5: النظريات السياسية المختلفة
Terjemahannya: teori politik yang pelbagai

Contoh 6المجتمعات الإسلامية العادلة
Terjemahannya: masyarakat Islam yang adil

🔰Contoh-contoh tadi mewakili na`at hakiki, manakala na`at sababi pula boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:

Contoh 1: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya: Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang

Contoh 2: رأيت هندا الثاقب فكرها
Terjemahannya: Saya melihat Hindun yang berfikiran cerdas / cerdas fikirannya.



4)Taukid.
🔰 Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan  عامة.
🔰 Kata نفس وعين diterjemahkan kepada sendiriكل diterjemahkan kepada masing-masingجميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya / kesemuanya. Lihat contoh:  
Contoh 1: ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.

Contoh 2: الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
Terjemahannya: Umat Islam seluruhnya bersatu hati.

Contoh 3: كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.



5)Badal wa Mubdal minhu.
🔰 Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal. Cara menterjemahkan badal boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:
Contoh 1: سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة
Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.

Contoh 2: طبع الكتاب جزؤه الأول
Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)

Contoh 3: سرّني الشارع نظافته
Terjemahannya: Kebersihan jalan itu membuatku gembira.



6)`Ataf wa Ma`tuf Alayh
🔰 žFrasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti danatautetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini. 
Lihat contoh 1:  هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية والاستعمارية
Terjemahannya: Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme. 

Contoh 2: فرّ العدوّ حتى القائد
Terjemahan: Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.

Contoh 3: نقل الخبر محمد أو علي
Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu

Contoh 4: جاء المستعمرون ثم المستشرقون
Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.

🔰 Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja. Lihat contoh:

Contoh 1: وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر
Terjemahannya: Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.

Contoh 2:  ستحدث في جزيرة العرب الثورة القومية أو المحلية أو المحلية الخاصة
Terjemahan: Revolusi Nasional, revolusi dalaman atau revolusi dalaman khusus akan berlaku di Semenanjung Tanah Arab.

Contoh 3: ي يومنا الآن من المهم أن نفهم الكثير من الأفكار الفلسفية والاجتماعية والسياسية

Terjemahan: Pada masa sekarang, kita perlu memahami pelbagai pemikiran; falsafah, sosial dan politik. 

MENTERJEMAH PERIBAHASA

Peribahasa Arab

🔰 Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah: kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu.

Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas. 

3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka. 

Peribahasa Melayu

🔰 Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).

1) Perumpamaan:
🔰 perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan.

contoh:
Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).
Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)

2) Simpulan bahasa:
🔰 ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut. 

Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.

3) Bidalan: 
🔰 peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. 

Contohnya:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

4) Pepatah/perbilangan:
🔰 ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu. 

Contohnya:
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).

Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seperti dalam bahasa sasaran.

Contoh:
 جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
 قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.

Contoh:
 ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.

Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية 

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:
 هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

Langkah seterusnya

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
Gunakan kamus

Kamus yang boleh membantu:
عبد المجيد عابدين . 1956؟. الأمثال في النثر العربي القديم . القاهرة: دار مصر للطباعة .
محمد علي أبو حمادة . 1404/1984. الأمثال العامية الفلسطينية . د.م : مكتبة المحتسب .
الشيخ أبراهيم بن السيد علي الأحدب الطرابلوسي الحنفي . د. ت.  فرائد اللاعال في مجمع الأمثال. د. م : د . ن .
علي أكبر دخدا . 1363هـ . امثال حكم . نـ 1-4 . طهران : شافخانا يي سيفهر .

SEKIAN TERIMA KASIH...

Penulis: Amir Najmi bin Ahmad Noh (A171808)






Sunday, April 14, 2019

M6 MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA (HASANUDDIN)



MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA




Assalamualaikum semua! Bersambung kita pada minggu ni. Minggu ni saya akan berkongsi sedikit cara bagaimana menterjemah frasa dan peribahasa. Haa, semua sedia maklum, peribahasa ni selalunya guna bahasa yang bombastic kan? Jadi kita kena lah tahu maksud yang nak disampakan tu. Meh nak kongsi serba sedikit yang saya dapat masa Dr. Maheram ajar.
.
.
Apa itu frasa? Menurut Nik Safiah, 1996: Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.  Frasa atau tarkib ada banyak jenis, iaitu:
1. TARKIB WASFI (SIFAT WA MAUSUF) – iaitu menerangkan sifat kata nama.  Sebagai contoh, (اللغة العربية). Maksudnya, bahasa arab. Frasa ini ingin menerangkan terhadap “bahasa” apa? Bahasa Arab.
2. TARKIB IDOFI (MUDOF WA MODHOF ILAYH) – cara terjemahnya boleh mengikut susunan bahasa arab iaiatu dari bahasa arab ke bahasa melayu tanpa perbuhan kedudukan perkataan. Contohnya, (مراجعة النفس) bermaksud, muhasabah diri.
3. `ATAF DAN MA`TUF `ALAYH – ia berfungsi sebagai kata hubung antara 2 ayat. Sebagai contoh,
(نقل الخبر محمد أو علي ) maksudnya, Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu.
4. BADAL WA MUBDAL MINH – sebagai contoh, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.
5. TAUKID – iaitu kata yang digunakan untuk menguatkan lagi maksud. Ada 5 perkataan yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.  Sebagai contoh, (الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد) yang bermaksud, Umat Islam seluruhnya bersatu hati.
6. AL-`IBARAH AL-ISTILAHIYYAH -  iaitu, frasa idiomatik. Dari segi binaan, terdapat tiga iaitu, frasa kata kerja, nama dan sendi.
.
.
Seterusnya, Peribahasa Arab pula terbahagi kepada 3, iaitu,
 1. AL-MATHAL AL-MUJAZ – iaitu, peribahasa ringkas.
2. AL-MATHAL AL-QIYASIY - iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
3. AL-MATHAL AL-KHURAFIY - iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.
.
.
Peribahasa melayu pula, menurut Ab. Rahman, 2000: Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.
Haa, banyak tak saya kongsi? Semoga bermanfaat ya!

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

Sunday, April 7, 2019

KULIAH (2/4/2019 / 5/4/2019 ) : MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA & KATA NAMA KHAS (Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah (A171710)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melayari blog ini. 😁 Alhamdunillah, di malam yang indah ditemani bintang-bintang dan bulan diberikesempatan oleh-Nya untuk saya menulis blog pada malam ini. Saya doakan kita semua sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang dikonsikan oleh Dr. Maheram Ahmad menterjemah dan frasa pribahasa dan kata nama khas. 

DEFINISI FRASA: 
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)


Contoh Frasa: Burung merpati terbang melayang, Anak kecil itu sedang bermain & Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu.


Dalam Bahasa Arab dipanggil Al-'Ibarah @ Al-Tarkib. Al-Tarkib ini terbahagi kepada enam:
1. Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi  2.Tarkib Idafi, 3.Tarkib wasfi, 4.Taukid, 5.Badal wa Mubdal minhu & 6.`Ataf wa Ma`tuf Alayh.

Tarkib Wasfi (Sifat wa Mausuf)

Tarkib wasfi ini memberi maksud setiap benda di ikuti dengan sifatnya. contohnya, البيت الكبير (rumah yang besar). Rumah itu subjet dan besar itu adalah sifatnya. Kaedah terjemahan sama ada tambah perkataan "yang" atau gugurkan.

Dan sekiranya terdapat sifatnya lebih boleh ditambahkan perkataan "dan" atau "lagi". Contohnya, عدل كامل شامل (keadilan yang sempurna dan / lagi menyeluruh) dan الله الملك الحق (Allah yang Maha Berkuasa lagi / dan Maha Benar).

Kata "dan" atau "lagi" tidak perlu ditambah, sekiranya kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan dengan benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. Sebagai contoh: المجتمعات الإسلامية العادلة (masyarakat Islam yang adil).

Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh)


Kaedah Penterjemahan: Boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun. 
contohnya, مراجعة النفس (Muhasabah diri) @ وعي المسلمي (kesedaran umat Islam). 

Badal wa Mubdal minhu

Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.

Taukid 

Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة

Contoh: الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد (Umat Islam seluruhnya bersatu hati).

Frasa Idiomatik 

Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus. 

Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan makna جَرَى وهَرَبَ  (lari / melarikan diri).
Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه    dengan makna كُلِّه وجَميعه  (semua sekali).

Makna umum عن ialah dari dan daripada, manakala makna في ialah di, di dalam, dalam dan pada. Jika diterjemahkan secara katawi , akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalamTerjemahan ini janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.
contoh : frasa  رَغِبَ عَنْ   (tidak suka, tidak gemar, benci) dan  رَغِبَ فِي   (gemar, suka).

Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.

Contoh: جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba. قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.
2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:
ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.
3. Teknik memperjelas makna.
Contoh: Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggil شركة خطوط جوّية/هوائية .
4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh: هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hatiحيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.
Cara lain:
Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
3.Gunakan kamus.

DIHARAPKAN DENGAN PERKONGSIAN SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU.


Tuesday, April 2, 2019

Kem Askar Bahasa Arab(Muaskar Lughawi)

Sebenarnya bila dengar pasai kem ja diri ni ada ja masa nak mengelat ... pasai dok pikiaq macam 2 ...nak cari alasan apa bagi x mau p kem...biasa la kan...budak nakal ada ja otak nak pikiaq nak lari dari program... perasaan tu jadi takut bila dr suhailah ada habaq yang kat kem nanti yang handle kem tu bukan pensyarah atau senior-senior dari tahun 2 atau tahun 3.. tapi kem ni para pejuang di barisan ustaz atau ustazah tentera atau namanya(KAGAT) yang mengawal kem ni...  bukan apa yang tak mau p program salah satu sebab dok nak bayaq dah keqing ... nak jadi apa x tau la.. mungkin kena dera macam leftenan zanariah dalam drama..

Pahtu bila ustazah bagi tau yang sapa x p kem ni dia kena repeat kem ni masa budak taun satu depan masuk.. kiranya kami dah taun dua masa tu dan join depa sebab x p taun ni.. masa tu la hati bolak balik nak p ka x mau.. pahtu ada sahabat saya teguq redah ja halangan kem... so masa ni mental dan fizikal pon dan2 sedia nak p...Dalam masa ustazah suhailah bagi taklimat.. ustazah dah bagi kumpulan masing-masing ikut warna.. saya dapat kala hitam.. tau la saya ni gelap pon....  kem berjalan selama 3 hari 2 malam..

Kami bertolak p kem hari jumaat betui-betui 30 minit lepas mayang jumaat selesai dalam suasana hujan renyai-renyai..kem buat di port dickson di institut kefahaman islam ..bila sampai di kem..
kami kumpui di dewan utama depan padang kawad ... malam tu baru mula program.. iaitu kalam irtigali..atau fushah kalam irtijali(super spontan) di masjid sampai masuk isyak.. lpas pak tentera buat taaruf dalam bahasa arab.. walaupun ada antara mereka yang guna lahjah ammi pelbagai negara..sebab ada antara bapak2 kagat tadi depa mengaji kat timur tengah macam mesir jordan saudi indonesia uia dan lain-lain lagi.. bila ada pak kagat cakap ammi arab.. membuatkan saya teringat kat mesir dulu...

Hari sabtu pagi kami lepas subuh kena buat streching pemanas badan sebelum latihan ketenteraan diberikan oleh bapak-bapak kagat sebanyak 5 cara senaman askar dengan langkah-langkah seterusnya..disamping kami buat cara tadi saya melihat salah seorang bapak kagat tadi membuat senaman komando atau dikenali rest comando ..membuatku teringat cerita paskal .selepas senaman tadi kami diberikan permainan namanya explorace dan bermain sambil bertutur dalam bahasa arab.
di samping itu banyak ilmu yang saya dapat dengan explorace.

Di sebelah petang sebelum asar kami diarahkan bergerak ke sebuah masjid sekitar perkampungan ilmi tersebut bagi membantu pokcik makcik mengemaskan masjid dengan menaik trak 10 tan .acara gotong royong masjid bermula selepas asar dan selesai pukul 6.30 petang dan diberi minum petang ..sebelah malam selepas isyak kami diberi taklimat tentatif esok hari dan membuat rehearsal lakonan berkaitan kartun arab.


Ahad Pagi lepas subuh kena kumpul semula macam hari sebelum tu(sabtu) dan senaman ditambah dengan 7 cara senaman. pahtu kami kena lari ikut askar pelatih sambil menyanyikan lagu kesatria .
kat dalam hutan dekat kawasan kampung tu kami kena buat senaman rest comando , pumping dan dan putar alam.. balik kem ja kami kena lawan lari ngan pakcik2 komando .. pukul 10 kami diberi pilihan bersiap untuk lakonan dan selesai lakonan pada pukul 12.30 dan di sambung majlis penutup yang dirasmikan oleh leftenal kolonel dan kami pon bergambar bersama. Sebelah petang kami pun pulang ke Ukm dalam perasaan seronok kerana program tersebut memberi 1001 makna yang tak dapat dilupakan.