Tuesday, June 11, 2019

Kuliah ke 7(Muhammad Hafizuddin B Aminudin)


MENTERJEMAH FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)

Contoh Frasa:

Burung Merpati terbang melayang
Anak kecil itu sedang bermain
Fatimah mengahwini anak Pak Haji Husin
Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu

Dalam bahasa Arab frasa dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib terbahagi kepada enam iaitu:

1) Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi.

Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab. Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus (Yu'il Yusuf ،Aziz et. al 1981: 43;)

Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

  1. Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan makna جَرَى وهَرَبَ (lari / melarikan diri).
  2. Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
  3. Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه dengan makna كُلِّه وجَميعه (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط) 


Contoh lain: frasa رَغِبَ عَنْ (tidak suka, tidak gemar, benci) dan  رَغِبَ فِي  (gemar, suka).

Tidak boleh diterjemahkan secara katawi. Ia akan memberikan satu bentuk terjemahan yang bukan sahaja janggal pada pendengaran orang Melayu, bahkan tidak boleh diterima sama sekali. Makna umum عن ialah dari dan daripada, manakala makna في  ialah di, di dalam, dalam dan pada. Jika diterjemahkan secara katawi, akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam. Terjemahan ini janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.

 Contoh lain: أخذَ بِيَد (فلان) dengan makna أعانه وساعَده (membantu dan menolongnya), (فلان) طويل اللسان dengan makna بذيء وفاحش في القول (kasar dan buruk kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ (mengabaikannya).


2)Tarkib Idafi.

Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.
وعي المسلمين
kesedaran umat Islam
مراجعة النفس
muhasabah diri
استعمال الكلمة
penggunaan perkataan



3)Tarkib wasfi (Sifah wa Mawsuf)

Contoh 1: السلطان التقليدي
Terjemahan: kekuasaan tradisional

Contoh 2: البيت الكبير
Terjemahan: rumah (yang) besar

Contoh 3: اللغة العربية
Terjemahan: Bahasa Arab

Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.

 Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. 

Sebagai contoh:

Contoh 4: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya: sistem etika yang bersih

Contoh 5: النظريات السياسية المختلفة
Terjemahannya: teori politik yang pelbagai

Contoh 6: المجتمعات الإسلامية العادلة
Terjemahannya: masyarakat Islam yang adil

Contoh-contoh tadi mewakili na`at hakiki, manakala na`at sababi pula boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:

Contoh 1: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya: Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang

Contoh 2: رأيت هندا الثاقب فكرها
Terjemahannya: Saya melihat Hindun yang berfikiran cerdas / cerdas fikirannya.



4)Taukid.
Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan  عامة.

 Kata نفس وعين diterjemahkan kepada sendiri, كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya / kesemuanya. Lihat contoh: 
Contoh 1: ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.

Contoh 2: الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
Terjemahannya: Umat Islam seluruhnya bersatu hati.

Contoh 3: كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.



5)Badal wa Mubdal minhu.

 Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal. Cara menterjemahkan badal boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:

Contoh 1: سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة
Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.

Contoh 2: طبع الكتاب جزؤه الأول
Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)

Contoh 3: سرّني الشارع نظافته
Terjemahannya: Kebersihan jalan itu membuatku gembira.



6)`Ataf wa Ma`tuf Alayh

Frasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini.

Lihat contoh 1:  هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية والاستعمارية
Terjemahannya: Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme.

Contoh 2: فرّ العدوّ حتى القائد
Terjemahan: Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.

Contoh 3: نقل الخبر محمد أو علي
Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu

Contoh 4: جاء المستعمرون ثم المستشرقون
Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.

Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja. Lihat contoh:

Contoh 1: وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر
Terjemahannya: Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.

Contoh 2:  ستحدث في جزيرة العرب الثورة القومية أو المحلية أو المحلية الخاصة
Terjemahan: Revolusi Nasional, revolusi dalaman atau revolusi dalaman khusus akan berlaku di Semenanjung Tanah Arab.

Contoh 3: ي يومنا الآن من المهم أن نفهم الكثير من الأفكار الفلسفية والاجتماعية والسياسية

Terjemahan: Pada masa sekarang, kita perlu memahami pelbagai pemikiran; falsafah, sosial dan politik.

MENTERJEMAH PERIBAHASA

Peribahasa Arab

 Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah: kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu.

Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.

3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).

1) Perumpamaan:
perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan.
contoh:

Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).
Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)

2) Simpulan bahasa:
 ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.

Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.

3) Bidalan:
 peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Contohnya:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

4) Pepatah/perbilangan:
ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.

Contohnya:

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).

Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seperti dalam bahasa sasaran.

Contoh:

  •  جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
  •  قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.


2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.

Contoh:
  •  ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
  •  عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
  •  شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
  • حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
  • دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.


3. Teknik memperjelas makna.

Contoh:
  • Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
  • Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية


4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:

  •  هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  •   حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

Langkah seterusnya

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
Gunakan kamus

Kamus yang boleh membantu:

عبد المجيد عابدين . 1956؟. الأمثال في النثر العربي القديم . القاهرة: دار مصر للطباعة .
محمد علي أبو حمادة . 1404/1984. الأمثال العامية الفلسطينية . د.م : مكتبة المحتسب .
الشيخ أبراهيم بن السيد علي الأحدب الطرابلوسي الحنفي . د. ت.  فرائد اللاعال في مجمع الأمثال. د. م : د . ن .
علي أكبر دخدا . 1363هـ . امثال حكم . نـ 1-4 . طهران : شافخانا يي سيفهر

Terima kasih kerana sudi membaca dan saya mendoakan kalian di berkati allah sentiasa dan dimudahkan allah dalam setiap urusan kalian

Kuliah ke 10(Muhammad Hafizuddin B Aminudin)


LARAS BAHASA

TAKRIF

Takrif Bahasa: Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung.

Takrif Laras: Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.

Takrif Laras Bahasa: Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Kesimpulannya, laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

PERBEZAAN LARAS

Boleh dibezakan melalui ciri-ciri:
1) CIRI-CIRI LINGUISTIK
2) CIRI-CIRI KEPERIHALAN PERISTIWA BAHASA

LARAS BAHASA MELALUI CIRI-CIRI:

1) CIRI-CIRI LINGUISTIK:

a) Bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.
b) Aspek bunyi – nada suara (drama, ucapan dll).
c) Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman.
d) Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.

2) CIRI-CIRI KEPERIHALAN PERISTIWA BAHASA:

a) Terbahagi kepada dua jenis: Situasi luaran dan situasi persekitaran.
b) Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
c) Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Empat faktor yang ketara ialah:

1) Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dll).
2) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa.
                3) Bahan yang diperkatakan.
                4) Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi).

FORMAT LARAS

Laras yang mempunyai format tersendiri adalah seperti yang berikut:
a) Laras undang-undang (akta).
b) Laras ucapan.
c) Laras iklan (tender).
d) Laras laporan berita dalam akhbar.

JENIS LARAS BAHASA

1) Laras bahasa biasa.
  1.  Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus.
  2.  Tiada istilah teknikal dan struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat.
  3.  Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Contohnya: Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.
  4.  Laras bahasa biasa tidak formal. menggunakan ciri-ciri bahasa basahan. Contohnya: Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal? Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekarang ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.


2) Laras bahasa perniagaan/iklan.
  • - Berbentuk pemberitahuan fakta.
  • - Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.
  • - Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata adjektif.
  • - Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.
  • - Iklan dihasilkan dengan beberapa cara:
    •   i) Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan.
    • ii) Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual.
    • iii) Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene
    •   Iv) Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona.
    •   v) Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu kunjungan anda.
    •   vi) Mesra – TV9 dekat di hati.
    • vii) Bandingan – Feb lebih bersih dan harum
    •   viii) Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini
    • viiii) Pertanyaan – menghadapi masalah perut buncit? Slim World!


3) Laras bahasa sains.
  1. - Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal serta tidak menggunakan bahasa basahan.
  2. - Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta.
  3. - Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.
  4. - Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal


4) Laras bahasa media massa.
  •  Bahasa yang paling mudah diterima.
  •  Bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan.
  •  Ringkas, tepat dan padat.
  •  Tidak mementingkan kata hubung dan tatabahasa.
  •  Tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus.
  •  Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
  •  Mengandungi judul dan teks.


5) Laras Bahasa Rencana.

  •  Bersifat umum.
  •  Digunakan untuk menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu.
  •  Mudah difahami.
  •  Gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana.
  •  Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci.


6) Laras bahasa undang-undang.
  •  Teks yang berkaitan dengan perundangan.
  •  Mengandungi prinsip undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
  •  Menggunakan istilah undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
  •  Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi.

7) Laras bahasa agama.

  •  Membincangkan isu agama.
  •  Menggunakan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab.
  •  Terdapat petikan al-Quran dan al-Hadith.
  •  Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat Arab.
  •  Terdapat tamsil ibarat (kias ibarat) yang bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai.


8) Laras bahasa sukan.

  1.  Maklumat berkait dengan kegiatan sukan.
  2.  Bahasanya ringkas, bersahaja dan jelas.
  3.  Menggunakan istilah sukan dan bahasa/kosa kata yang mudah difahami.


9) Laras bahasa sastera.

  •  Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan.
  •  Bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan).
  •  Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah khusus yang berkait dengan sastera.


10) Laras bahasa ekonomi.

  •  Berbentuk ilmiah.
  •  Istilah-istilah teknikal.
  •  Tidak mementingkan struktur ayat.
  •  Bersifat formal.
  •  Mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit .
  •  Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.


11) Laras bahasa akademik.

  1.  Digunakan dalam bidang ilmiah.
  2.  Bersifat formal dan objektif.
  3.  Gaya bahasa – matang dan keintelektualan (hujah, tepat dan berkesan).
  4.  Bersifat khusus dan sukar difahami.
  5.  Mementingkan kesempurnaan.


KESIMPULAN

1.       Laras penting dan perlu diberikan perhatian.
2.       Membantu menghasilkan penulisan dan penterjemahan yang boleh difahami oleh khlayak pembaca.
3.       لكل مقام مقال

Kuliah Ke-9(Muhammad Hafizuddin Aminudin)


Menterjemah Unsur Budaya

DEFINISI BUDAYA:

  1. berasal drp bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’.
  2.  Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) .


SIFAT KEBUDAYAAN:

  1. Dipelajari oleh anggota masyarakat.
  2. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
  3.  Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.


FUNGSI KEBUDAYAAN:

1.       Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.
2.       Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.


HUBUNGKAIT BUDAYA DAN PENTERJEMAHAN:

  •           Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya,
  •           Penterjemahan turut melibatkan budaya.
  •           Memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan. Pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks asal.


ASPEK TERJEMAHAN:

  1. - Terjemahan Bahasa = Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.
  2. - Terjemahan Budaya = Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.


PEMBAHAGIAN BUDAYA:

1) Budaya Ekologi - ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu (Saberi Othman 1986: 1).
Contoh: persekitaran Tanah Arab kering dan berpadang pasir tetapi budaya di Tanah Melayu hutan tropika dan taburan hujan yang tinggi.
2) Budaya Sosial - Berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu. Nama bagi pakaian, kenderaan, lauk-pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat Melayu. Begitu jugalah sebaliknya.
Contoh: pulut kuning dalam masyarakat Melayu.
3) Budaya Ideologi - Berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.

KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA:.

1.Unsur budaya dikekalkan.
2. Unsur budaya disesuaikan semula.
3. Unsur budaya dihilangkan.
4. Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir

KESIMPULAN:
  •  Perbezaan budaya antara dua masyarakat ini membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu dan ada kalanya tidak ada padanan langsung. Jadi, penyelesaian terbaik ialah dengan menyesuaikan atau menggantikan budaya asal itu dengan budaya sasaran  atau mengekalkan budaya sumber itu dengan cara menerangkan konsep budaya itu secara lebih jelas. Ada baiknya juga kalau diterangkan dalam catatan bawah / nota kaki.


Kuliah 5(Muhammad Hafizuddin B Aminudin)


Menterjermah Kata Nama Khas

DEFINISI:

Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.

KLAFIKASI:

Dalam BM, KNK dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1.       KNK hidup (manusia dan binatang)
2.       KNK tak hidup (Nik Safiah Karim 2004).

Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.

  • Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:
  • Mempunyai makna yang tersendiri.
  • Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
  • Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya. Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).


NEWMARK (1988): Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.

Penterjemahan Knk – Nama Orang/Objek

Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.

Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.
Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:

  1.       Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
  2. .    Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.


Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

Contohnya:
الإسكندر الأكبر     (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);
داود  (BA) - David (BI) dan Daud (BM)


Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.

Contoh:
  •  Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
  • Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI)
    Pasir Puteh (BM) menjadi
  • Pasir Puteh (BM) menjadi باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI)


Nama Negara, Bandar, Tempat

Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan) dan Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.

Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.

  • Middle East: Asia Barat
  • Silk Route: Laluan Sutera
  • Atlantik Sea: Laut Atlantik
  • Guantanamo Bay: Teluk Guantanamo
  • Swat Valley: Lembah Swat


Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.

Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.

Contoh:
  •  al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
  • al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM). 


Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada. Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.

Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.

Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.

Nama Jawatan/Gelaran

·         Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah. Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.


Nama Judul/Peristiwa

Lazimnya akan dikekalkan. Bagi nama peristiwa/acara:
  1. Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
  2. Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.


Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK, iaitu:

  1.    Mengekalkan kata nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN).
  2.    Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN DLL).
  3.  Menggugurkan terus kata nama itu.