Thursday, March 28, 2019

KULIAH 4 JENIS TERJEMAHAN (AMIR NAJMI)

Assalamualaikum ,, kali ini kami berlajar tentang jenis terjemahan. secara umumnya terjemahan terbahagi kepada dua iaitu secara tulisan dan lisan. Secara tulisan bermaksud dilakukan secara bertulis dan penterjemah masih berkesempatan untuk membaiki kesilapan tetapi yang dimaksudkan dengan jenis terjemahan secara lisan ialah diterjemahkan secara langsung dan memerlukan kefasihan bahasa sasaran dan bahasa sumber.

Terdapat pelbagai jenis terjemahan berbeza mengikut definisi seseorang sebagai contoh tokoh-tokoh dibawah ini:


1) ROBERT LADO (1961:33)
- Faktual : Terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta.
- Sastera : Dilakukan utk kepentingan kesenian & kesusasteraan.


2) ROMAN JACOBSON (DLM NIDA, 1964:3)
- Intralingual : Dilakukan di dalam & berkenaan dgn satu bahasa tertentu shj, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yg tdp dlm bahasa itu.
- Interlingual : Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.
- Intersemiotik : Drp suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.


3) J. C. CATFORD (A LINGUISTIC THEORY OF TRANSLATION)
- Terjemahan penuh : Keseluruhan teks sumber diterjemahkan  ke dalam bahasa sasaran.
- Terjemahan sebahagian : Ada bahagian tertentu tidak diterjemahkan, malah digabungkan begitu sahaja dengan teks sasaran.
- Terjemahan tuntas : Terjemahan yg memindahkan semua unsur kebahasaan, yakni penggantian unsur tatabahasa dan kosakata bahasa sumber dengan padanan terjemah tatabahasa dan kosakata bahasa sasaran, disertai dengan penggantian unsur-unsusr fonologi dan grafologi bahasa sumber oleh fonologi dan grafologi bahasa sasaran.
- Terjemahan terbatas : Yang digantikan hanyalah salah satu unsur yang terdapat dalam teks sumber dengan padannya dalam bahasa sasaran. 
- Terjemahan terikat : Terjemahan kata demi kata (word for word translation) termasuk dalam kategori terjemahan terikat.
- Terjemahan bebas : Terjemahan tuntas yang tidak dibatasi oleh keterikatan pada penterjemahan suatu tataran tertentu.


4) PETER NEWMARK
- Komunikatif : Menghasilkan pada pembaca kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yg dialami oleh pembaca teks asal.
- Semantik : Mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.

Semua tokoh berbeza pendapat mengenai jenis terjemahan tapi apa yang nak disampaikannya lebih kurang saja. Harap kita semua boleh terima sekian terima kasih.


Penulis: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)




Monday, March 25, 2019

M5 JENIS-JENIS TERJEMAHAN MENURUT TOKOH PENTERJEMAH (HASANUDDIN)


JENIS-JENIS TERJEMAHAN MENURUT TOKOH PENTERJEMAH


Assalamualaikum semua! Apa khabar? semoga kalian sihat-sihat belaka. Minggu ni merupakan minggu yang memenatkan. Kenapa? Sebab, minggu ni sudah bermulanya Kejohanan Piala Dekan 2019 (KPD). Fuhh. Agak-agak sapa yang menang ye tahun ni ye? Semoga Nahdah menjuarai. Hashtag #NahdahBangkit. Hehe. Oh ya, mari kita sambung apa yang saya perolehi semasa dalam kelas. Minggu ni Dr. ajar tentang jenis-jenis terjemahan mengikut pendapat tokoh-tokoh penterjemah.

1. ROBERT LADO
Beliau mengatakan terjemahan ini ada 2 sahaja. Yang pertama terjemahan factual dan yang kedua terjemahan sastera.

2. ROMAN JACOBSON
Beliau berpendapat bahawa terjemahan ini ada 3, iaitu, Intralingual, Interlingual dan Intersemiotik.

3. J.C CATFORD
Menurut Catford, pembahagian terjemah didasarkan kepada beberapa perkara. Pertama, keluasan bahan yang akan diterjemahkan, iaitu, terjemahan secara penuh atau terjemah secara sebahagian sahaja. Kedua, unsur linguistis, iaitu, terjemah tuntas dan terjemah terbatas. Terjemah terbatas terbahagi kepada empat, iaitu, terjemahan fonologi, grafologi, tatabahasa dan kosakata. Ketiga, tataran linguistik. Terbahagi kepada dua, iaitu, terikat dan bebas.

4. PETER NEWMARK
Peter berpendapat bahawa terjemahan ini mempunyai dua, iaitu, komunikatif dan semantik.

Banyakkan pendapat mereka tentang terjemahan ini. Setiap tokoh pasti ada sebab kenapa mereka mengatakan pendapat sebegitu rupa. Jangan lupa baca tau!

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

Tuesday, March 19, 2019

Kuliah 19/03/2019 :Dr. Maheram Ahamd (Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah.)


Kuliah 19/03/2019
Dr. Maheram Ahamd
Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah.

                Assalammualaikum. Selamat malam aku ucapkan. Harapnya semua yang baca blog ni dalam keadaan sihat dan gembira di sisi orang tersayang. Bagi tidak membuang masa saya dan kamu semua, kita sambung perbincangan kuliah minggu lepas.

Minggu ini, Dr. Maheram membincangkan tentang padangan para tokoh terjemahan dan pembahagiannya :

1. Rober Lado (1961:33):
Terjemahan terbahagi kapada 2:



Ciri-ciri FAKTUAL
*Terjemahan yang memindahkan maklumat berbentuk fakta. Cth: surat khabar, surat rasmi, ubat ubatan dan lain-lain.
*Terjemahan yang ringkas, padat dan tidak mengelirukan.
*Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan pembaca bahkan memudaratkan. Contoh sekiranya seseorang itu tersalah dalam menterjemah bilangan ubat yang perlu dimakan oleh seseorang .

Ciri-ciri SASTERA
*Diterjemahkan untuk kesenian dan kesusasteraan. Contohnya, prosa, puisi, drama, cerita-cerita bergambar dan lain-lain.
*Amat setia dgn isi teks asal, bentuk pengungkapannya, & kesan yg ditimbulkan oleh teks tersebut dan mampu merasai nuansa & getar rasa yg terkandung dlm teks asal. 

* Sangat mementingkan keindahan dan ketajaman bahasa sumber dan sekiranya terdpat kesalahan ianya tidak menjadi maslah yang besar dan tidak mengelirukan pembaca akan tetapi sebaiknya di elakan.









  

INTRALINGUAL:
Dilakukan di dalam & berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu.
Contoh: Dialek ke dialek yg lain dan dialek ke bahasa baku atau sebaliknya dan bahasa kasar ke bahasa halus.
INTERLINGUAL:
Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.Contoh: Terjemahan drp bahasa Melayu ke bahasa Arab.
INTERSEMIOTIK
Daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.
Contoh:
# Pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata.
# Terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa.
# Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu.
# Bahasa isyarat dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.


 

KOMUNIKATIF:
Ciri-cinya:
ž  Menghasilkan pada pembaca kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yg dialami oleh pembaca teks asal.
ž  Lebih memberi perhatian kepada pembaca kedua.
ž  Mementingkan budaya bahasa sasran.
ž  Mementingkan fungsi.
ž  Masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu.
ž  Terjemahan lebih lancar, lebih mudah, lebih jelas, lebih langsung, lebih biasa/sejadi, akur pada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah (lebih cenderung untuk kurang menterjemah - menggunakan istilah yang lebih umum & menyeluruh dalam petikan-petikan yang sukar/sulit).
ž  Menulis menggunakan bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal.
ž  Boleh membaiki & membetulkan logik.
ž  Menggantikan bahasa kasar dgn bahasa halus, atau dgn struktur sintaksis.
ž  Struktur sintaksis ini hendaklah boleh menghilangkan kesamaran, mengurangkan ulangan & mengenepikan tafsiran ketaksaan.
ž  Meminda & mengikhtisarkan istilah umum yg longgar kp komponan yg lebih jelas.
ž  Membakukan keganjilan idiolek (bahasa yang bersimpang-siur).
ž  Berhak membetulkan kesilapan fakta dan sesuatu yg tertinggal.
ž  Mencatatkan apa yang perlu dilakukan dalam nota kaki.
ž  Lebih bersifat khusus.
ž  Pembaca teks sasaran mengandaikan diri mereka sama dengan pembaca teks sumber.
SEMANTIK:



ž  Mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.
ž  Banyak berkisar dalam budaya asal. Menolong pembaca hanya pada konotasi. Lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan. Mementingkan makna. Mementingkan bahasa sumber. Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam dan lebih menelusur proses fikiran penyampai daripada tujuannya. Mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak.