Monday, May 20, 2019

M10 LARAS BAHASA (HASANUDDIN)



LARAS BAHASA



Assalamualaikum semua! Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang laras bahasa. Secara umumnya, laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan untuk sesuatukonteks adalah berlainan. Sebagai contoh, bahasa yang digunakan dalam sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza dan bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang kenderaan.

Perbezaan laras dapat dibezakan melalui ciri-ciri, iaitu ungkapan atau perbendaharaan kata. Tedapat 2 perkara yang perlu diberi perhatian apabila ingin mengkaji laras, iaitu:

1.ciri-ciri linguistik
2. ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa

Ciri-ciri linguistik bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu dari segi bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya. Dari segi bunyi, iaitu nada suara, manakala perkataan pula perkataan khusus berdasarkan bidang dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa pula terbahagi kepada 2, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. Situasi persekitaran pula ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Terdapat 4 faktor ketara, iaitu, cara penyampaian, hubungan sosial, bahan yang dipergunakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

Sekian sahaja serba sedikit perkongsian daripada saya pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

No comments:

Post a Comment