MAKNA DALAM
TERJEMAHAN
Makna terjermahan dipengaruhi kepada
1) Posisinya dalam ayat
2) Bidang ilmu
3)Situasi pemakaian dan budaya penutur
Contohnya "Chair" :
He sat on the chair. > Dia duduk di atas kerusi.
He has the chair of philosophy at the university. > Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
He will chair the meeting. > Dia akan mempengerusikan mesyuarat itu.
JENIS-JENIS
MAKNA
1) Makna rujukan
Makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. Contoh: Rumah → rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang, rumah kampung dsbnya
Contoh lain:
۱- عَيْنُ
الطِفْلِ تُؤَلِّمُهُ . mata penglihatan
۲- في الجبلِ عينٌ
جارية . (mata air (air mata air
۳- هذا عينُ
للعدوِّ . pengintip
۴- العينُ
الساحرةُ وسيلةٌ لمعرفة الطَّارق . lubang cermin yang dipasang di pintu
۵- ذلك الرجل عينٌ
من الأعيان . ketua kaum
2) Makna leksikal
Ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya.
Juga disebut makna kata seperti yang terdapat dalam kamus.
Misalnya, perkataan bad membawa makna jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap, busuk.
3) Makna gramatikal
Juga disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya.
Contoh: can → dapat, tin, mengetinkan.
1. They can the fish (berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja (mengetinkan).
2. He kicked the can hard (berfungsi sebagai objek ayat).
4) Makna konteks
Ialah makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa.
Contoh: selamat pagi! (Boleh diterjemahkan kepada keluar! Apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat).
5) Makna sosio-kultural
Makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa.
Contoh: marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik.
Terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu.
Jadi, tidak perlu diterjemahkan. Tinggalkan sahaja dan buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya.
6) Makna konotasi
Makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan.
Contoh:
Babi → membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu-bukan Islam dengan Melayu-Islam.
Perempuan, wanita, betina → makna konotasinya adalah berbeza.
Isteri saya, bini saya, orang dapur saya, orang rumah saya, perempuan saya → membawa konotasi berbeza dan melibatkan emosi.
7) Makna emosi
Emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan.
Contoh:
Madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang → mendatang emosi yang pelbagai.
Ada kalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut → makna pantangan.
Contoh:
Buaya → sang bedal
Harimau → pak belang
Jamban → bilik air / tandas
8) Makna figuratif
Simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile → ungkapan bersifat figuratif.
Makna figuratif mesti diingat dan disimpan dalam ingatan.
Contoh:
kaki manusia dalam kaki ayam
orang dalam ibu ayam, ayam tambatan.
penyakit dalam rabun ayam.
tidur dalam tidur-tidur ayam.
kuih dalam cakar ayam.
bunga dalam tahi ayam.
sikap dalam resmi ayam.
makanan dalam nasi ayam
Sekian ,, Terima kasih.
Disediakan Oleh: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)
No comments:
Post a Comment