Monday, May 20, 2019

M12 PENTERJAMAHAN AL-QURAN (HASANUDDIN)



PENTERJAMAHAN AL-QURAN



Assalamualaikum semua! Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang perterjemahan al-Quran. Saya akan serba sedikit tentang penterjamahan al-Quran dan adakah di Malaysia melakukan terjemahan al-Quran.

            Penterjemahan al-quran merupakan perkara yang penting kerana ia berkait rapat dengan al-Quran. Perkara ini pertama dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama’ Turki yang diketuai oleh Mustafa Sabri dan ianya mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama’ seperti ulama’ Mesir.

            Di Malaysia, menterjemah al-Quran dilakukan sehingga kini. terjemahan ini penting kerana terdapat segelintir umat Islam tidak mengetahui bahasa arab. selain itu, ia diguna sebagai alat bantu untuk memahami isi-isi al-Quran. Ia juga merupakan cara berdakwah yang efektif dan sangat menyumbang kepada perkembangan Islam.

            Hukum menterjemah al-Quran, terdapat khilaf dari kalangan ulama’, iaitu ada yang mengatakan harus dan ada juga yang mengharamkannya. Hal ini kerana ingin memelihara al-Quran daripada sebarang penyelewangan.

            Ulama’ mengharuskan untuk terjemah al-Quran adalah kerana al-Quran merupakan sumber rujukan. Selain itu, dengan adanya terjemahan, aqidah umat Islam boleh dijaga dan di selamatkan. Antara ulama’ yang mengharuskan ialah al-Zarqani, al-Shatibi dan al-Zamakhshari.

            Seterusnya, ulama’ yang mengharamkan untuk menterjemah al-Quran adalah Manna’ Qattan dan Rashid Rida. Mereka mengharamkan kerana al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain selain bahasa Arab. selain itu, al-Quran dan susunannya merupakan mu’jiz. Akhir sekali, terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam.

            Sebelum berakhir, kaedah terjemahan terbahagi kepada 2, iaitu harfiyah dan tafsiriyah.

Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta (A171740)

No comments:

Post a Comment