PADANAN TERJEMAHAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga baik-baik sahaja ya!
Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan tentang
padanan terjemahan. Konsep penterjemahan ialah kerja mencari padanan yang
paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber
agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.
Menurut nida (1964) memperkenalkan 2
jenis padanan, iaitu padanan formal dan padanan dinamis.
Padanan formal merupakan penterjemah
berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal
dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Penterjemah
akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa,
keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks
bahasa dan sumber.
Padanan dinamis pula mementingkan
reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Penterjemah tidak akan terikat dengan
bentuk teks asal. Hasil terjemahan mempunyai bentuk yang tersendri dan lebih
cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
Terima kerana sudi membaca serba
sedikit perkongsian saya. Semoga bermanfaat!
disediakan oleh : Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta (A171740)
No comments:
Post a Comment