Terjemahan Teks Puisi
Sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita kenali maksud
definisi puisi itu.
Definisi Puisi ialah: Setiap teks bahasa yang menggunakan
dengan gaya penulisan yang kreatif melalui cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat
estetik. Contoh teks puisi ialah, syair, pantun, gurindam dan prosa seperti cerpen dan novel.
Qudamat
ibn Ja،far mendefinisikan al-syi،r sebagai: قول مَوْزون مُقَفَّى يدل على معنى iaitu Kata-kata yang
berwazan, berqafiyah, dan menunjukkan makna.
Ciri-ciri puisi:
1.
Puisi mengungkapkan tentang suatu perkara dengan
emosi dan perasaan yang kuat.
2.
Kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dipilih
dengan betul dan teliti. Sekiranya topik yang dibicarakan menyangkut tema
ghazal (cinta), maka perkataan yang dipilih seharusnya lembut, halus dan sesuai
dengan tema tersebut. Ciri pertama dan kedua ciri ini dipersetujui sebulat
suara.
3.
Puisi disusun mengikut susunan muzik atau bunyi
yang khusus, yang diungkapkan melalui wazan/rima.
4.
Puisi Arab terikat dengan qafiyah, terutamanya puisi klasik.
5.
Puisi lirik (terutamanya dalam bahasa Arab, Parsi,
Turki, Urdu dan Pashto) yang umumnya bertemakan cinta dan arak, biasanya
mengandungi lima hingga dua belas bait yang kesemua rimanya sama.
Penterjemahan Puisi:
Mereka yang ingin
menterjemah puisi perlu melengkapkan diri dengan kelayakan yang sepatutnya:
1.
Mahir dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran, mengetahui
teori terjemahan, sasaran pembaca dan lain-lain.
2.
Mempunyai bakat penyairan yang tinggi dan mantap.
3.
Tahu menikmati dan menghayati puisi – karya
sastera.
4.
Sangat meminati puisi.
5.
Lebih baik jikalau beliau seorang penyair.
Kaedah Terjemahan
Puisi:
Andre Lafevere
yang mengemukakan 7 cara untuk menterjemahkan puisi, iaitu
1.
Terjemahan fonemik. Cuba mencipta kembali bunyi
yang terdapat dalam teks asal ke dalam teks sasaran, dan pada masa yang sama
cuba menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima.
2.
Terjemahan literal. Secara kata demi kata yang
mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik,
malah isi dan sintaksis asal juga turut terpesong.
3.
Terjemahan metrikal. Mencipta semula metre puisi
asal dalam puisi terjemahan.
4.
Menterjemahkan puisi ke bentuk prosa. Berlaku sedikit
pemesongan dari segi makna terjemahan akan tetapi tidak seteruk literal dan
metrikal.
5.
Terjemahan berima. Apabila kaedah ini digunakan,
penterjemah akan terjebak dalam metre dan rima.
6.
Terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima. Menterjemahkan
teks asal ke bentuk rangkap tanpa rima. Menjadi masalah untuk mencari atau
memilih struktur yang sesuai.
7.
Interpretasi
Safa’ Khalusi mengemukakan 3 kaedah, iaitu
1.
Terjemahan tafsiriyyah (parafrasa). Dengan menterjemah
teks asal ke prosa. Menggunakan bahasa yang mudah untuk dijelaskan kepada
pembaca. Menterjemah ayat demi ayat bukannya perkataan demi perkataan. Penterjamah
boleh menggugurkan apa perkara yang tidak perlu supaya pertejemah dapat memberi
kefahaman yang maksimum kepada pembaca. Jika perkataan dalam puisi tersebut
mudah difahami maka ia boleh dikekalkan dan ayat yang panjang boleh dipotong
menjadi ayat pendek agar pembaca dapat faham.
2.
Terjemahan talkhisiyyah. Merupakan
terjemahan yang menjaga isi teks asal dengan mengekalkan ungkapan dan ayat-ayat
inti/penting. Baca teks asal dengan cepat untuk mengetahui isi kandungannya
kemudian membaca 2 atau 3 kali secara pelahan-lahan untuk mendapat kefahaman
yang jelas. Tulis point-point yang penting simpan dalam ingatan. Kemudian penterjemah
menulis semula puisi tadi dengan kefahaman beliau (terjermah). Ringkasan boleh
dibuat dengan menggunakan kata ganti nama ketiga. Tetapi perlu menjaga
ringkasan terjermah agar maknanya tidak lari jauh.
3.
Terjemahan wazaniyyah (metrikal). Merupakan
terjemahan yang dilakukan berdasarkan wazan teks asal. Maknanya, penterjemah
akan menterjemahkan teks asal (misalnya puisi
Arab) ke bentuk puisi juga dalam
bahasa sasaran dengan cuba memakaikan wazan teks asal itu kepada teks sasaran.
No comments:
Post a Comment