Tuesday, June 11, 2019

Kuliah ke-4(MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AMINUDIN)


Asalamualaikum kepada semua pembaca yang setia. Episod kali ini kita akan menceritakan berkaitan jenis terjemahan mengikut pandangan para tokoh terjemahan dan pembahagiannya:

1.Pandangan Robert Loredo(1963:33):
Menurut beliau terjemahan kepada dua iaitu

ciri-ciri faktual
a) terjemahan yang memindahkan maklumat berbentuk fakta. Contohnya surat khabar,surat rasmi,ubat-ubatan dan lain-lain.
b) terjemahan yang ringkas,padat dan tidak mengelirukan.Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja buleh menyesatkan pembaca bahkan memudaratkan. Contohnya sekiranya seseorang itu tersalah dalam menterjemah bilangan ubat yang perlu dimakan oleh seseorang pesakit.

ciri-ciri sastera
a) diterjemahkan untuk kesenian dan kesusateraan contohnya prosa, puisi, drama, cerita bergambar dan lain-lain.
b) amat setia denga nisi teks asal,bentuk pengungkapnya dan kesan yang ditimbulkan oleh teks tersebut dan mampu merasai nuansa dan getar rasa yang terkandung dalam teks asal.

c) sangat mementingkan keindahan dan ketajaman Bahasa sumber dan sekirang terdapat kesalahan ianya tidak menjadi masalah yang besar dan tidak mengelirukan pembaca akan tetapi sebaiknya dielakkan.

2.Pandangan Jacobson(Dalam Nida 1963:4):
Menurut beliau terjemahan kepada 3 iaitu

Intralingual
Dilakukan di dalam & berkenaan dgn satu bahasa tertentu shj, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yg tdp dlm bahasa itu.Contoh:Dialek ke dialek yg lain dan dialek ke bahasa baku atau sebaliknya seterusnya Bahasa kasar ke bahasa halus dsbnya.

Interlingual
Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.Contoh:Terjemahan drp bahasa Melayu ke bahasa Arab.

intersemiotik
Daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.Contohnya pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata,terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa,dan Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu dan contoh terakhir ialah Bahasa isyarat dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.

3.Pandangan Peter Newmark

Menurut beliau terjemahan kepada 2 iaitu


TERJEMAHAN KOMUNIKATIF

1.Menghasilkan pada pembaca kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yg dialami oleh pembaca teks asal.
2.Lebih memberi perhatian kepada pembaca kedua.
3.Mementingkan budaya bahasa sasran.
4.Mementingkan fungsi.
5.Masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu
6.Terjemahan lebih lancar, lebih mudah, lebih jelas, lebih langsung, lebih biasa/sejadi, akur pada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah (lebih cenderung untuk kurang menterjemah - menggunakan istilah yang lebih umum & menyeluruh dalam petikan-petikan yang sukar/sulit).
7.Menulis menggunakan bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal.

No comments:

Post a Comment