Dalam
kuliah kali ke-6 yang diterangkan oleh Dr Maheram dapat kita bincang kan dalam episode
kali ini iaitu berkenaan Kata Ganti Kata Nama.
DEFINISI:
Kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk
menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu.
Kata ganti
nama dalam Bahasa arab ada dua bahagian iaitu Bariz (Nyata) dan Mustatir.
I-Bariz (Nyata) ada dua pecahan
iaitu
i.Munfasil (Terpisah) dan
ii.Mutassil(Bersambung)
II-Mustatir (Tersembunyi) pun ada
dua pecahan juga iaitu
i.Wajib istitar dan ii.Jaiz istitar
Kata Ganti nama dalam Bahasa Arab
ada dua jenis iaitu Muzakkar(lelaki) dan Muannath(perempuan)
Kata ganti yang digunakan untuk
muzakkar iaitu أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم
Kata ganti yang digunakan untuk
muannath iaitu أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ
Manakala Kata Ganti Nama dalam
Bahasa melayu ada dua bahagian iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama
tunjuk
Bagi Kata ganti nama diri dia ada
dua pecahan iaitu
i.kata ganti nama diri tanya dan
ii.kata ganti nama diri orang.
Dalam kata ganti nama diri orang ada
3 pihak iaitu pihak pertama, pihak kedua dan pihak ketiga
Menterjemah kata ganti Bahasa arab
kepada Bahasa melayu dan kegunaan ganti nama tersebut
أنا أحترم الكبير
Padanan أنا: saya, aku, beta, patik,
hamba
Terjemahannya:
Saya (lelaki / perempuan)
menghormati orang tua.
Aku (lelaki / perempuan) menghormati
orang tua.
Beta (lelaki / perempuan)
menghormati orang tua.
Patik (lelaki / perempuan) menghormati
orang tua.
Hamba (lelaki / perempuan)
menghormati orang tua.
نحن نحترم الكبير
Kami (lelaki / perempuan)
menghormati orang tua.
Kita (lelaki / perempuan)
menghormati orang tua.
أنتَ تحترم الكبير
Awak / kamu / anda / engkau (lelaki)
menghormati orang tua.
أنتما تحترمان الكبير.
Awak / kamu/ anda / engkau (berdua
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua
. أنتم تحترمون الكبير .
Awak / kamu / engkau / anda (ramai /
lelaki) menghormati orang tua.
أنتِ تحترمين الكبير
Awak / kamu / anda / engkau (perempuan)
menghormati orang tua.
أنتما تحترمان الكبير.
Awak / kamu/ anda / engkau (berdua
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua
أنتنَّ تحترمن الكبير
.
Awak / kamu / engkau / anda (ramai /
perempuan) menghormati orang tua.
هو يحترم الكبير.
Dia (lelaki) menghormati orang tua.
هما يحترمان الكبير.
Mereka (berdua – lelaki) menghormati
orang tua.
هم يحترمون الكبير.
Mereka (ramai - lelaki) menghormati
orang tua.
هي تحترم الكبير
Dia (perempuan) menghormati orang
tua.
هما تحترمان الكبير.
Mereka (berdua - perempuan)
menghormati orang tua.
هنَّ يحترمن الكبير
Mereka (ramai - perempuan)
menghormati orang tua.
No comments:
Post a Comment