Asalamualaikum,selamat
kembali dan bersua kembali kita dalam segmen terjemahan
arab-melayu-melayu-arab.
Episod kita
kali adalah berkaitan dengan Alat bantu terjemahan.Seperti kita maklum,untuk
menerjemah sesuatu Bahasa sumber kepada Bahasa sasaran kita memerlukan rujukan
yang dinamakan sebagai kamus.
Kamus dari segi definisi adalah sejenis
buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para
pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi)
sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya
terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna. Kamus diperlukan
kerana ia membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
Penterjemah biasanya menghadapi dua masalah
iaitu bila ada perkataan yang berkait dengan linguistik dan perkataan yang
berkait dengan adat resam
Kamus ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu
-Kamus ekabahasa
Menggunakan satu bahasa (kata-kata entri
dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama) dan penyusunan dibuat
berasaskan pembuktian data korpus(takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang
diberikan dalam contoh ayat). Cth: Kamus Dewan, Qamus al-wasit.
-Kamus Dwibahasa
Menggunakan dua bahasa (kata masukan diberi
padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain). Contoh: Kamus
Besar Arab-Melayu Dewan
-Kamus Aneka
Bahasa / Multi Bahasa
Sekurang-kurangnya menggunakan tiga Bahasa Misalnya: Kamus Melayu-Cina-Inggeris
Kamus buleh didapati dalam pelbagai saiz antaranya mini,
kecil dan besar. kamus mini Dikenali juga dengan nama kamus saku, dan tebalnya
kurang daripada 2 sm manakala kamus kecil ia bersaiz kecil dan biasa ditemui
serta mudah dibawa.Contoh: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu,
Melayu-Inggeris). Dan kamus besar ianya bersaiz besar, tidak sesuai untuk
dibawa ke sana sini. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam
satu-satu bahasa. Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.
No comments:
Post a Comment