Tuesday, June 11, 2019

KULIAH KE-8(muhammad hafizuddin b aminudin)


Asalamualaikum kepada pembaca, topik episode kita kali berkenaan Menterjemah Fungsi Ayat.

Teori Penting adalah: Teori Fungsi Ayat manakala Ayat ada dua fungsi: Bentuk dan Fungsi
Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?

1.Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan       2. Fungsi: Suruhan

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu 1. ayat maklumat (informatif),2. ayat perasaan (emotif) dan 3. ayat arahan (imperatif).
1.Ayat Maklumat
a. Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. 
b. Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat.
c. Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.

Jenis ayat maklumat terdiri daripada:

·         Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan. Contohnya:
Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.
·         Ayat pernyataan. Contohnya: Ada virus dalam komputer.
·         Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan. Contoh: Angin ialah udara yang bergerak.
·         Ayat Tegasan. Contohnya:Benar bahawa manusia mempunyai roh!.
·         Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan. Contohnya: Baiklah, awak boleh pergi sekarang.
·         Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.Contohnya: Saya tidak pernah berkata begitu atau saya tidak setuju.
·         Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka. Contoh: Benarkan semua bangau putih?
·         Ayat tanyaan termasuk soalan. Contoh:Apa khabar ayah awaka atau Ada berapa inci dalam satu kaki?
·         Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa. Contoh: Perbuatan mencuri adalah berdosa.


2. Ayat arahan

a) ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia.
b) Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).

Jenis ayat arahan terdiri daripada:

·         Ayat perintah.contoh:Serang!/Hapuskan mereka !
·         Ayat suruhan.Contoh :Ambilkan secawan kopi./Hantarkan kereta sekarang juga.
·         Ayat larangan termasuk tegahan.Contoh: Jangan pijak rumput di laman itu/Jangan hisap rokok.
·         Ayat panduan.Contoh: Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
·         Ayat amaran termasuk ancaman. Contoh: Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.
·         Ayat undangan. Contoh: Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.
·         Ayat silaan. Contoh: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.
·         Ayat ajakan. Contoh: Marilah kita melabur untuk masa depan.
·         Ayat gesaan. Contoh: Cepatlah bawa budak itu ke hospital.
·         Ayat tawaran.Contoh: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.
·         Ayat peraturan. Contoh: Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C.

3. Ayat perasaan

a. Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
b. Wajib disalin semula dalam terjemahan.
c. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri.
d. menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
e. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu.
f. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu

Jenis ayat perasaan terdiri daripada:

ü  Ayat marah.contoh: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.
ü  Ayat gembira.contoh: Alamak! Seronoknya dapat hadiah.
ü  Ayat sanjungan.contoh: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.
ü  Ayat ejekan.contoh: Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
ü  Ayat dukaan.contoh: Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong.
ü  Ayat sindiran.contoh: Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.

Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana dua faktor:

1. Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.
2. Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.

Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. Sebagai contoh, ungkapan 

My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi enam bentuk:
i-Ibuku kuat.   ii-Ibuku perempuan yang gagah.    iii-Emak saya wanita yang kuat.
iv-Ibu saya perempuan yang kuat.      v-Ibu saya teguh pendiriannya.     vi-Mak saya gagah.

Ayat Bahasa Arab
Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat:

1.Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur
-apa yang dimaksudkan oleh penutur? Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu?
-Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi (al-tasnif al-nafsi).

2. Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat.
-Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks dan Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?.
-Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

3. Pembahagian berdasarkan permulaan ayat.
-Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat? atau Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama?
-Pembahagian jenis ini dipanggil al-tasnif al-awwali.

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:
Ayat maklumat (jumlah ikhbariyah), iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:

 سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
 أقدرك وأحترمك (perasaan )
 من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
  لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian ).

No comments:

Post a Comment