Perbincangan kita pada episod kali berkaitan
tajuk PADANAN TERJEMAHAN
1.1. KONSEP PENTERJEMAHAN
konsep penterjemahan sebenarnya ialah kerja
mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi
kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada
pembaca teks sasaran menurut Catford (1965),
Nida (1964) dan Newmark (1981).
1.2. KONSEP PADANAN
1.Mencari
padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil
untuk direalisasikan.
2.Mencari
padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.
3.Setiap
hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam
proses penterjemahan.
Pernah dibincangkan oleh Nida
(1964), Catford (1996), Wills (1982), Bassnett-McGuire (1991) bahawa untuk
menerangkan konsep ini, pelbagai istilah digunakan – menunjukkan tiada
persepakatan dan persetujuan antara mereka.
1.3. ISTILAH PADANAN
TERJEMAHAN
diterima pakai dalam ilmu sains
penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills
1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih
berotonomi.
Nida (1964) memperkenalkan jenis
padanan kepada 2 iaitu padanan formal dan dinamis
Padanan Formal
·
- Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.
- Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal, tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota kaki utk lebih difahami.
- · Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.
- · Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.
Padanan Dinamis
- · Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
- · Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
- · Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
- · Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
- · Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
- Padanan Sejadi Yang Terdekat
·
Nida (1964) menyarankan
padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
·
Beliau menggariskan bahawa
padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat
yang serupa.
·
Terpaksa melakukan
penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
·
Gaya masih dikekalkan –
gaya puisi cthnya.
Selain itu beliau juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam
penterjemahan, iaitu:
- · satu lawan satu
- · satu lawan banyak
- · banyak lawan satu
- · satu lawan tiada
1.4. STRATEGI MENCARI PADANAN
·
Mashudi Kader & Low Bee
Eng (1991) mengutarakan bahawa mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan
konsep drp Bahasa sumber kepad Bahasa sasaran dan setelah konsep berpindah,
maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.
·
Label linguistik yg dipilih
sbg padanan dlm Bahasa sasaran mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg
sama dlm Bahasa sumber. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan
satu.
Sekian episode kita kali ni… jumpa lagi di episode akan datang.
Asalamualaikum
No comments:
Post a Comment