Tuesday, June 11, 2019

kuliah ke-14(muhammad hafizuddin b aminudin)

Asalamualaikum, episode kita kali berkaitan Terjemahan Teks Puisi.

Sebelum kita pergi lebih mendalam mari kita kenali maksud definisi puisi itu.  Apa itu puisi?

Definisi Puisi ialah Setiap teks bahasa yang menggunakan dengan gaya penulisan yang kreatif melalui cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. 

 Contoh teks puisi ialah, syair, pantun, gurindam dan prosa seperti cerpen dan novel.

Qudamat ibn Ja،far mendefinisikan al-syi،r sebagai: قول مَوْزون مُقَفَّى يدل على معنى  iaitu Kata-kata yang berwazan, berqafiyah, dan menunjukkan kepada makna.

Disamping itu puisi ada ciri-cirinya,antaranya adalah:

1.       Puisi mengungkapkan tentang suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat.
2.       Kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dipilih dengan betul dan teliti. Sekiranya topik yang dibicarakan menyangkut tema ghazal (cinta), maka perkataan yang dipilih seharusnya lembut, halus dan sesuai dengan tema tersebut. Ciri pertama dan kedua ciri ini dipersetujui sebulat suara.
3.       Puisi disusun mengikut susunan muzik atau bunyi yang khusus, yang diungkapkan melalui wazan/rima.
4.       Puisi Arab terikat dengan qafiyah, terutamanya puisi klasik.
5.       Puisi lirik (terutamanya dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Pashto) yang umumnya bertemakan cinta dan arak, biasanya mengandungi lima hingga dua belas bait yang kesemua rimanya sama.

Penterjemahan Puisi,

Mereka yang ingin menterjemah puisi perlu melengkapkan diri dengan kelayakan yang sepatutnya iaitu:
a) Mahir dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran, mengetahui teori terjemahan, sasaran pembaca dan lain-lain.
b) Seterusnya mempunyai bakat penyairan yang tinggi dan mantap.
c) penterjemah tahu menikmati dan menghayati puisi – karya sastera disamping dia sangat meminati puisi.
e) Lebih baik bagi penterjemah adalah penterjemah tersebut seorang penyair.


Kaedah Terjemahan Puisi

Andre Lafevere yang mengemukakan 7 cara untuk menterjemahkan puisi, iaitu

1-Terjemahan fonemik adalah cuba mencipta kembali bunyi yang terdapat dalam teks asal ke dalam teks sasaran, dan pada masa yang sama cuba menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima.
2-Terjemahan literal. Secara kata demi kata yang mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik, malah isi dan sintaksis asal juga turut terpesong.
3-Terjemahan metrikal. Mencipta semula metre puisi asal dalam puisi terjemahan.
4-Menterjemahkan puisi ke bentuk prosa. Berlaku sedikit pemesongan dari segi makna terjemahan akan tetapi tidak seteruk literal dan metrikal.
5-Terjemahan berima. Apabila kaedah ini digunakan, penterjemah akan terjebak dalam metre dan rima.
6-Terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima. Menterjemahkan teks asal ke bentuk rangkap tanpa rima. Menjadi masalah untuk mencari atau memilih struktur yang sesuai.
7-Interpretasi

Manakala Safa’ Khalusi telah mengemukakan kaedah terjemahan kepada 3 iaitu

1.Terjemahan tafsiriyyah (parafrasa).

 Iaitu dengan menterjemah teks asal ke prosa. Menggunakan bahasa yang mudah untuk dijelaskan kepada pembaca. Menterjemah ayat demi ayat bukannya perkataan demi perkataan. Penterjamah boleh menggugurkan apa perkara yang tidak perlu supaya pertejemah dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pembaca. Jika perkataan dalam puisi tersebut mudah difahami maka ia boleh dikekalkan dan ayat yang panjang boleh dipotong menjadi ayat pendek agar pembaca dapat faham.

2. Terjemahan talkhisiyyah.

iaitu terjemahan yang menjaga isi teks asal dengan mengekalkan ungkapan dan ayat-ayat inti/penting. Baca teks asal dengan cepat untuk mengetahui isi kandungannya kemudian membaca 2 atau 3 kali secara pelahan-lahan untuk mendapat kefahaman yang jelas. Tulis point-point yang penting simpan dalam ingatan. Kemudian penterjemah menulis semula puisi tadi dengan kefahaman beliau (terjermah). Ringkasan boleh dibuat dengan menggunakan kata ganti nama ketiga. Tetapi perlu menjaga ringkasan terjermah agar maknanya tidak lari jauh.

3.       Terjemahan wazaniyyah (metrikal).

iaitu kaedah terjemahan yang dilakukan berdasarkan wazan teks asal. Maknanya, penterjemah akan menterjemahkan teks asal (misalnya puisi Arab) ke bentuk puisi juga dalam bahasa sasaran dengan cuba memakaikan wazan teks asal itu kepada teks sasaran.

No comments:

Post a Comment