Friday, March 15, 2019

M4 JENIS TERJEMAHAN (HASANUDDIN)


JENIS TERJEMAHAN



            Assalamualaikum semua, hai! bertemu lagi kita dalam ni. Hehe. Harini kita nak cerita pasal jenis terjemahan. Haa, siapa tahu ada berapa jenis terjemahan yang ada? Jawapannya adalah ada 2, iaitu terjemahan lisan dan terjemahan tulisan. ini secara umum je tau. Ok, kita pergi kepada terjemahan lisan. Bila kita sebut pasal lisan, automatik kita akan berfikir ni mesti bercakap ni. Ya! Tepat sekali. Selalunya digunakan semasa menjadi penterjemah anatara dua bahasa. Masa ceramah yang berlainan bahasa pun digunakan jenis ni tau. Selepas itu, kita kena tahu apa ciri-cirinya antara ciri-cirinya adalah:

1) Menggunakan lisan. Seperti yang saya katakan sebentar tadi.

2) Dilakukan secara langsung, cepat & tepat. Haa, orang yang terjemah bahasa ni kena cepat tau sebab dia dilakukan secara Live. Tak sempat nak baiki-baiki lagi dah.

3) Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya. Macam yang saya cakap tadi, tak sempat nak baiki-baiki dah. Kalau rasa apa kita cakap tu, teruskan dengan penuh keyakinan.

4) Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam bahasa Sumber dan bahasa Sasaran. Orang yang terjemah ni mestilah pandai bercakap, cakap laju tak gagap sebutan pun jelas.

Lepastu, kita pergi kepada terjemahan secara tulisan pula. Terjemah ni boleh kita nak baiki lagi sebab kita tak buat secara langsung. Mari tengok ciri-ciri terjemahan ini:
1) Dilakukan secara bertulis. Terjemahan ini hanya melibatkan tulisan je tau.

2) Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan. Penterjemah masaih boleh merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang bahasa untuk menyemak penulisan dia.

3) Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak. Penterjemah guna tulisan tak perlu petah bercakap pun sebab dia hanya perlu menulis sahaja.



Ini merupakan serba sedikit perkongsian yang saya dalam semasa kuliah. Semoga bermanfaat!

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta (A171740)

Tuesday, March 12, 2019

Kuliah: 12.3.2019 (Selasa). Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah.


Kuliah: 12.3.2019 (Selasa). Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah.

Malam yang indah di temani dengan nyayian para penghuni Kolej Pendeta Za’ba. Syukur kepada Illahi dengan izin-Nya selesai sudah kuliah pada hari ini. Kuliah yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu di isi dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat yang disampaikan oleh Dr. Maheram dengan izin Allah SWT.



Hari ini, kuliah kami membincangkan tajuk “Proses Menterjemah” menurut pendapat Nida  dan Taber iaitu, proses analisis, proses pemindahan, proses menstruktur semula, proses memeriksa, menyemak, dan menyunting. Proses analisis melibatkan baca dan faham iaitu melibatkan pencarian makna perkataan, ayat, wacana (teks lisan) dan idiom (peribahasa). Contohnya, kereta sombong bermaksud kereta api dan pegar dan pagar dalam peribahsa melayu “ harapkan pagar, pagar makan mati” iaitu pagar disini bukan pekataan sebenar dan membawa maksud yang salah. Maksud yang tepat ialah Pegar iaitu seekor burung yang memakan padi.




Proses seterusnya ialah pemindahan. Mencari makna sumber yang seerti dengan makna sasaran. Dalam satu ayat terdapat banyak maksud iaitu maksud hakiki dan majazi. Contoh ibu ayam. Makna hakiki ialah seekor ibu ayam yang bertelur dan memiliki anak manakala makna majazinya ialah seorang wanita yang menguruskan perempuan pelacur. Menjadi seorang penterjemah perlu selalu berdamping dengan kamus dan menjadi ulat buku.

Selain itu, proses menstrukturkan semula dengan ayat sasaran. Dr. Maheram kata “tanda baca amat penting kalau silap letak tanda baca maksud dia akan berubah”. Seterusnya, proses memeriksa iaitu penterjermah boleh berjumpa dengan orang yang lebih pakar atau mengupah sesiapa untuk memeriksa semula hasil terjemahannya atau dia memeriksa sendiri. Proses berikutnya dengan menyemak iaitu dia boleh melantik orang lain untuk menyunting hasil karyanya.

Seseorang penterjemah perlu berkawan atau bersahabat baik dengan kamus. Hal kerana, kamus merupakan bahan alat bantu terjemahan. Jenis-jenis kamus ada tiga iaitu, kamus ekabahasa (satu bahasa iaitu kata-kata seerti contoh Kamus Dewan atau Qamus al-Wasit), kamus dwibahasa (menggunakan dua bahasa contoh arab-melayu atau inggeris-arab) dan kamus multi bahasa (menggunakan tiga bahasa).



Akhir sekali, membincangkan tentang jenis dan kaedah terjemahan. Terbahagi kepada jenis terjemahan secara lisan dan tulisan. Terjamhan lisan mesti melibatkan secara langsung, cepat dan tepat. Manakala tulisan, dilakukan secara bertulis, boleh mengulangkaji perkara yang tidak ketahui dan masih berpeluang memperbaiki hasil terjemahnya.


Sampai disitu sahaja, dan akan disambung kuliah seterusnya dengan izin Allah SWT.





Sunday, March 10, 2019

M3 KELAYAKAN PENTERJEMAH (HASANUDDIN)


KELAYAKAN PENTERJEMAH




Minggu ni merupakan minggu ke-3 kalau diikutkan dalam takwim kuliah. Fuh, sekejap je dah masuk minggu ke-4. Kelas macam biasalah kan. Pukul 2 petang. Memang waktu mengantuk lah waktu tu. Ustazah datang lewat sikit sebab nak siap-siap untuk hantar anak ustazah ke sekolah agama. Sekitar jam 2.45 petang, ustazah pun masuk kelas. Masuk-masuk ustazah terus mengajar kami. Minggu ni ustazah ajar tentang syarat-syarat utama nak jadi penterjemah. Pehh, bukan senang nak jadi penterjemah sebenar tau. Bukan sekadar copy ayat selaps itu paste dekat google. Google translate pun kadang-kadang ada yang tak betul jugak. Ish3. Mari nak  beritahu sikit syarat-syarat utama nak jadi penterjemah.

1. MENGETAHUI BAHASA SUMBER
Haa, nak bahasa sumber ni, kita kenalah tau sesuatu bahasa tu secara mendalam. Kita juga dapat membezakan makna sesuatu bahasa tu. Yang paling penting kita kena tafsir bahasa tu dengan tepat dan mengikut kesesuaian bahasa.

2. MENGETAHUI SASARAN BAHASA
Sebelum nak cakap tu, kenalah tengok kita cakap dengan siapa. Kalau kita cakap dengan Mat saleh, takkanlah nak arab dengan dia pulak kan. Melainkan dia belajar bahasa arab.

3.  MENGETAHUI TOPIK / SUBJEK YANG HENDAK DITERJEMAHKAN
Kalau kita tahu subjek atau topik apa yang kita terjemahkan, pasti dan pasti ia akan menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Maksudnya kalau kita nak terjemah “eat” sebagai subjek yang nak diterjemah, pertamanya kita kena tahu apa subjek itu menggunakan bahasa apa. Dan benda ni sangat penting tau dalam penterjemahan teks-teks khusus.

4. MENGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
Bahagian ni kita kena ada teori dan cara atau kaedah ilmiah yang betul untuk menterjemah sesuatu bahasa. Bukan copy paste seperti yang telah diucapkan kat atas tadi.

5. MENGETAHUI SASARAN PEMBACA
Sebelum nak terjemah tu, kita kena tengok dulu sapa yang nak baca terjemahan tu. Kalau budak-budak, mestilah sesuai dengan dorangkan. Takkan kita nak guna bahasa susah-susah kan. Tak laku lah nanti.

Dan ada lagi syarat lagi syarat tambahan. Tapi, tula kan, ruang tak cukup. Hehehe. Apapun, semoga bermanfaat!

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

M2 TAKLIMAT MUASKAR LUGHAWI (HASANUDDIN)


TAKLIMAT MUASKAR LUGHAWI



Minggu ni cukup menggerunkan.. yelakan kena pergI kem muaskar lughawi.. semua macam tak seronok bila ustazah bag taklimat kat depan. Kami semua dipecahkan kepada 8 kumpulan.. aku dapat kumpulan bayda’.. masing-masing tak kenal lagi kecuali yang laki-laki lah. Segan pun ada juga. Huhu. Tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan. Kami pun buat kumpulan. Kumpulan aku ada 10 orang ahi, 3 laki , 7 perempuan… kami disuruh membuat lakonan untuk program nanti. Kumpulan masing-masing dapt tajuk yang diberikan oleh ustzah Suhaila.

Selepas ustazah abis memberi taklimat dekat depan dewan kuliah, kami pun berbincang tentang tajuk yang dberikan oleh kami. Setiap mesti amik satu watak dalam cerita masing-masing. aku disuruh jadi pembeli.. oh lupa, tajuk kami “Juha…Pembeli Sutera”. Hehe. Best tak tajuk kami? Apapun berlakon memang bukan bidang aku. Hahaha. Jadi, aku memang tak pandai berlakonlah . orang kata “kayu”… hahaha. Takpa apa lah.. nak buat macam mana lagi kan? Kena lah terima seadanya walaupun hakikatnya tidakku merelakan diri ini menerimanya. Cewah … hahaha.. akhir kata selamat menjalani program hujung minggu ni kawan-kawan!

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta (A171740)

M1 PENGENALAN DIRI (HASANUDDIN)


PENGENALAN DIRI



Assalamualaikum w.r.b.t. Ismi Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta. Eceh, mentang-mentang subjek terjemahan arab-melayu –arab terus nak cakap arab kan. Hahaha. Nak kenalkan diri ni, nama aku Muhamad Hasanuddin bin Mohd Hatta. Korang boleh panggil Hasan sebab kalau panggil Din ramai sangat pulak kan. Umurku sudah 22 tahun. Muda lagi kan… lahir masa tahun 1997 dulu. Budak-budak tahun 90-an lah katakan. Aku tinggal di Kajang, Selangor tapi lahir di Terengganu. Haa, macam mana tu? Nak cakap budak ganu, terlalu fasih sangat cakap tu. Hahaha.

Masa kecik-kecik dulu, aku belajar dekat tadika dekat dengan rumah. Tak ingat nama apa. Selepas tu, dah besar sikit, masuklah sekolah rendah. Sekolah pagi dengan petang. Fuhh, memang penat ah. Tapi, kalau nak nama budak, memang tak rasa lah penat tu. Hehehe. Ok sambung balik, nama sekolah tu SK Desa Putra dengan SRA Desa Putra. Sebelah-sebelah je sekolah tu. Sekolah sampailah darjah 6 kat situ. Masa tu ada 2 exam besar, UPSR dengan PSRA. Alhamdulillah boleh tahan gempak jugak lah result time tu. Hahaha


Selepas tu, masuk pulak sekolah menengah. Sekolah dekat-dekat je. sekolah dekat SAM Sungai Merab Luar dari form 1 sampai Form 3. Masa form 3, ada pulak exam PMR, boleh tahan jugak lah result time tu. Hahaha. Lepas abis PMR tiba-tiba ayah kena pindah kerja ke Sarawak. Pening jugak lah masa tu, nak ikut ke tanak kan. Last2, ikut juga. Sambung dekat SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Fuhhh, panjang betul nama sekolah ni kan? Sekolah ni orang salu panggil SHOAW je. hehe. Belajar kat sini dari form 4 sampailah SPM.

Lepastu sambung pulak dekat Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dekat Kuching. Amik diploma kat situ. 3 tahun jugak lah kat situ. Hehe. Lepastu, sambung UKM sampai lah sekarang. Sekarang baru tahun 1 kat sini. Junior lagi. Apapun, Selamat Berkenalan !

Disediakan Oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

Wednesday, March 6, 2019

Kuliah 5.3.2019 ( Definisi Terjemahan dan Kelayakan Penterjemah )


Kuliah 5.3.2019 ( Definisi Terjemahan)
Disampaikan oleh: Dr. Maheran Ahmad.
Muhammad Fauzul Azim bin Abdillah




Pada hari Selasa  bertarikh 5,3,2019 bertempat di dewan ATMA iaitu merupakan pertemuan kami yang kedua bersama Dr. Maheran. Kalau di ikutkan ia merupakan pertemuan kami yang ketiga tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakan kuliah kami yang bertarikh 30.2.2019 dijadikan sebagai taklimat untuk kem Muaskar Lughwi.

Kuliah kali ini Dr. Maheran telah memberi syarah berkaitan tajuk Definisi Terjemahan. Beliau member satu kenyataan dimana setiap manusian dimuka bumi ini dicipta dengan pelbagai rupa, warna kulit (bangsa/kaum) dan bertutur dalam pelbagai bahasa dan persoalan pertama bagaimanakah manusia berkomunikasi sedangkan bahasa mereka tidak sama? 

Maka dengan itu, penterjemahan amat penting kepada kita semua untuk mengetahui sesuatu perkara terutama berkaitan ILMU dan berkomunikasi bersama. Menterjemah ini penting untuk mengetahui sesuatu teks yang berlainan bahasa dan tidak dapat difahami kecuali dengan menterjemah. Disamping itu, aktiviti perterjemahan ini penting untuk mengetahui sesuatu maklumat dan ilmu dimana tidak dapat tidak perlu kepada perterjemahan.

Definisi terjemahan memiliki dua aspek iaitu kamus dan pandangan sarjana:

Kamus Dewan (1993); hlm 1351
Terjemah; Menterjemah : Memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan.

Terjemahan: Hasil daripada mempertejemahkan yang telah diterjemahkan. Atau cara, gaya atau kaedah menterjemah.

Perterjemahan: Prihal atau kerja usaha untuk menterjemahkan.

Dalam definisi inifokus makna yang pertama adalah tindakan atau proses yang berlaku (the act, the rocess or instance of translating ), iaitu aktiviti penterjemahan atau pemindahan maklumat yang berlaku terhadap teks sumber. Fokus yang kedua ialah produk terjemahan yang dihasilkan oleh penterjemah.

Pandangan Sarjana tentang perterjemahan ini antarannya:
Catford 1965, Finlay 1971, Nida dan Taber 1974, Brislin 1976, Newmark 1981, Larson 1984 dan Bell 1991.

Catford 1965: "A Linguitic Theory of Translation" : The replacement of the textual material in one language ( Source Language) by enquivalent textual  material in another language.
"pengantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dengan bahasa lain (bahasa sasaran).

Finlay (1971), Bell (1991), dan Hatim dan Munday (2004):
A) The process of turning an original or “source” text into a text in another language, dan
b)  A translated version of a text.
Daripada definisi ini difahami bahawa individu atau program komputer yang bertindak memindahkan teks daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dinamakan sebagai penterjemah (translator), manakala disiplin ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal penghasilah terjemahan dikenali sebagai kajian penterjemahan (translation studies).
Finlay (1971) menekankan elemen bertulis apabila mendefinisikan ‘terjemahan’ dan membezakan antara ‘terjemahan’ dengan ‘interpretasi”:
Translating is A presentation of a text in a language other than that in which it was originally written . The word ‘written’ should be stressed, since it distinguishes translating from intrepreting, which may be defined as the presentation of statement in a language other than that in which it was originally spoken.

Syarat Penterjemah:
1. Mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang asli dari sesebuah teks. Contohnya Bahasa Arab adalah bahasa sumber. Manakala bahasa sasaran ialah bahasa yang ingin diterjemahkan contoh bahasa melayu.
2. Mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemahkan.
3. Mengetahui subjet atau topik yang ingin di terjemahkan. 
4. Mengetahui teori penterjemahan.
5. Mengetahui sasaran atau khalayak pembaca. Jika sasaran itu golongan kanak-kanakmaka cara perterjemahan mesti mengikut 

Mengetahui bahasa sumber iaitu selok belok bahasa, dapat membezakan makna dengan baik dan dapat mentafsirkan dengan tepat. Mengetahui bahasa sasaran dengan baik atau lebih baik daripada bahasa sumber.


Syarat tambahan iaitu mempunyai minat yang mendalam, kuat ingatan, kuat ingatan, boleh berkerja sendiri serta jujur dan amanah dan berfikiran terbuka dalam pelbagai aspek iaitu minat membaca untuk mengetahui isu-isu semasa dan lain-lain.

Sampai disini sahja untuk hari ini, minggu depan insyaAllah saya akan update post baru tentang perterjemahan ini. sekian 

Terima Kasih, Xièxiè, Naṉṟi.








Tuesday, March 5, 2019

BIODATA FAUZUL AZIM.

ASSALAMULAIKUM. 

Alhamdunillah, syukur kita kepada Allah Swt dengan izin-Nya telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan diri ku yang tidak seberapa ini yang hanya meminta belas kasih dari-Nya. 


Nama diberi Muhammad Fauzul Azim bin Abdillah, berasal dari Alor Setar Kedah dan berumur 23 tahun. Lahir pada 30. Julai. 1996 M/ 14 Rabiuawal 1417 pada hari Selasa waktu 7 pagi. Saya memiliki 10 adik beradik di mana saya adalah anak yang ke-7. Saya memiliki 3 orang abang, 4 orang kakak dan 3 orang adik perempuan. Maaf boleh tak aku membahasakan diri "aku"? Mestilah boleh, ni blog aku. hahaha. ok sambung. Makanan ke sukaan aku semua jenis buah dan sayur kecuali petola sebab rasa dia... hahaha malas nak bincang dekat sini. Selepas itu, aku adalah peminat kucing. Sehari tak tengok video tentang kucing tak boleh duduk.

Aku mempunyai seorang hero dan seorang heroin. Hero aku bernama Abdillah bin Saad tidak pernah mengeluh dalam mendidik dan mencari rezeki kepada kami. Sampai satu ketika, dia tidak memikirkan tentang keperluan dirinya. Kalau nak sambung lagi, boleh menangis aku seorang diri di sini. Manakala "Heroin" aku mesti lah bonda pujaan hati anakanda Haslina bt Hashim. Asal usul aku dekat dunia ini dari rahim dia. Syurga aku dan restu Allah dekat aku juga melalui dia. Beliau hanya suri rumah tangga sepenuhnya. Masakan dia memang tip top. 


Selanjutnya, latar belakang pendidikan aku. Aku bertadika di Tadika Kemas ketika berumur 6 tahun selepas itu, aku melanjutkan pelajaran aku ke SK Taman Rakyat 7-12 tahun. Ketika peringkat menengah aku belajar di SMA Al- Maahad Addini Sultan Abdul Halim dari tingkatan 1 hingga 5. Selepas SPM aku sambung STPM di sekolah daerah Klang Selangor. Selepas tamat tingkatan enam aku isi upu dan alhamdunillah dapat sambung juga belajar di UKM, Bangi Selangor.