Sunday, April 28, 2019

M9 MENTERJAMAH UNSUR BUDAYA (HASANUDDIN)


MENTERJAMAH UNSUR BUDAYA


Assalamualaikum! kuliah minggu kita belajar menterjemah unsur budaya. Haa, apa yang menariknya minggu ni bukan dr Maheram yang ajar tapi pelajar yang mengajar tau dan sayalah salah seorangnya. Haha. Tidak mengapa, kita sama- sama belajar.
.
Perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu, ‘buddhayah’. Menurut kamus dewan pula, budaya bermaksud tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), kemajuan (akal budi), kebudyaan, manakala kebudayaan pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain.
.
Budaya terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. BUDAYA EKOLOGI – iaitu mengkaji makhluk hidup di habitatnya. Menurut Saberi Othman (1986), mengatakan bahawa ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi itu.

2. BUDAYA SOSIAL – iaitu berkait dengan adat resam dan kepercayaan sesuatu masyarakat. nama pakaian, kenderaan, lauk-pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat arab adalah berbeza dengan apa yang ada dalam masyarakat melayu dan sebaliknya. Sebagai contoh, makanan, nasi lemak, di arab tiada nasi lemak di sana.

3. BUDAYA IDEOLOGI – iaitu ia berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Kebiasaannya, hal-hal ini lebih sukar untuk diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.
.
                Oleh untuk menterjemah sesuatu unsur budaya, perlulah bergaul dan bertanyakan kepada masyarakat di sana berkaitan dengan budaya mereka atau menggunakan kamu. Akan tetapi, tidak semua kamus menterjemah dengan maksud yang lengkap. Itu sahaja. Semoga bermanfaat !

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

M8 MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (HASANUDDIN)


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT 



Asssalamualaikum semua ! pada kuliah kali ini, dr. Maheram ajar tentang fungsi ayat. Haa, ayat pun ada fungsi tau apatah lagi kita,berfungsi ataupun tidak. Hehe. Gurau-gurau. Baiklah, mari kita mulakan perkongsian kita pada minggu ini.
                Ayat ada 2 fungsi, iaitu bentuk dengan fungsi. Sebagai contoh, “Siapa kata saya penakut?” di sini kita dapat lihat bentuknya adalah pertanyaan dan fungsinya adalah cabaran.
.
Ayat ada beberapa jenis:
1. AYAT MAKLUMAT – tujuan ayat maklumat adalah untuk memberitahu sesuatu dan ianya paling penting dalam fungsi bahasa.
2. AYAT ARAHAN – terdapat cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu sama ada suruhan atau perintah. Ayat jenis ini yang kedua terbanyak diterbitkan oleh manusia.
3. AYAT PERASAAN – dalam kajian makna, perasaan bermaksud sejenis makna. Ayat ini sejenis yang sukar untuk diterjemahkan. Hal ini kerana, setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif tersendiri.
.
Kemudian, Ayat dalam bahasa Arab dibahagikan beberapa jenis:
1. JUMLAH IKHBARIYAH – iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya.
2. JUMLAH ISTIFHAMIYAH – iaitu ayat yang digunakan untu bertanya atau menyoal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa, dan sebagainya.
3. AYAT TA’JUB – iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kajum atau teruja terhadapa sesuatu.
4. AYAT SURUHAN – iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
.
Oleh itu, semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian agar makna yag dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hatta (A171740)

Friday, April 26, 2019

KULIAH 23/4/2019 : MENTERJERMAH UNSUR BUDAYA (FAUZUL AZIM)



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI. 

Pagi sabtu yang barakah ini, diberi kekuatan illahi untuk yang berkongsi ilmu berkaitan penterjermahan. Terima kasih kepada Dr. Maheram Bt. Ahmad. Semoga di Rahmati oleh Allah SWT. 

        Hari ini saya ingin berkongsi tentang "Menterjermah Unsur Budaya". Bahasa sumber dan bahasa sasaran adalah dua bahasa yang berbeza dari segi bahasa dan melibatkan budaya bahasa sumber dan sasaran. Budaya berasal dari bahasa sanskrit iaitu "Buddhayyah" dan culture yang berasal dari bahasa latin "Colere"bermaksud berkerja atau bertani. Menurut kamus dewan, budaya ialah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi). Kebudayaan, pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) . 

       Kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat (Edward B. Tylor 1974). Budaya dipelajari oleh anggota masyarakt ia tidak boleh terima oleh baka atau warisan kerana ia dipratik secara bersama oleh anggota masyarakat. Fungsi budaya adalah menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat, meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar dan perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya (Abdul Rahman Nawas dll, 1995).

 Apakah kaitan budaya dengan penterjermahan iaitu:

1. Bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan.
2. Perterjermahan tidak dapat dipisahkan dengan budaya.
3. Memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan. 

Hal ini kerana, pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks asal. 

Dua aspek yang perlu diperterjermahkan secara berbeza iaitu bahasa dan budaya. 

1. Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.
2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.

budaya dibahagikan kepada 4:

1. Budaya Ekologi 2. Budaya Sosial 3. Budaya Ideologi 4. Material

Budaya Ekologi ialah berkaitan suasana persekitaran di sesuatu tempat itu atau geografi. Contohnya, suhu, muka bumi dan makanan asasi dan lain-lain. Hal ini, menterjermah akan melibatkan perkara tersebut. Contohnya permukaan bumi antara negara Arab yang kering dan berpadang pasir manakala Malaysia hutan tropika dan taburan hujan yang tinggi.

Budaya Sosial ialah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan. Lauk pauk, kenderaan, buah-buahan, sayur-sayuran pakaian dan lain-lain namanya digunakan berbeza dalam masyarakat. Contohnya masyarakat melayu "Pulut Kuning" dan orang Arab "Syawarma". 

Budaya Ideolgi juga berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik akan tetapi ia agak rumit kerana ia melibatkan emosi. 

Kaedah untuk menterjermah unsur budaya iaitu, sama ia dikekalkan contohnya "Pulut Kuning" yang ingin diterjermah ke arab. Selain itu, unsur budaya itu disesuaikan semula atau dihilangkan. Akhir sekali, budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir. 

      Kesimpulannya, bagi menterjermah unsur bahasa dari bahasa sumber ke sasaran perlu mengikut kesesuaian mengikut teks itu sama ada ingin diterjermahkan kepada kanak-kanak atau golongan dewasa. Ia perlu meneliti kepada peringkat umur mereka yang ingin membaca penterjermahan tersebut. Sekian Terima Kasih.
K
H

Monday, April 22, 2019

M7 MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA (HASANUDDIN)


MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA


Assalamualaikum semua ! apa khabar ? hehe. bertemu kembali kita pada minggu ni. kali ni kita nak cerita tentang menterjemah kata ganti nama. haa, semua dah bersedia ke ? jom sama- sama kita baca !

Kata ganti nama bermaksud, kata yang digunakan untuk menggatikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang. Contohnya, dia, saya dan kamu.



Kata ganti nama dalam arab ada 2:

i- bariz (nyata)
ii mustatir (tersembunyi)

Pada bahagian bariz ada 2 pula:

i- bariz munfasil (terpisah)
ii- bariz muttasil (bersambung)

Manakala pada mustatir pula, ada 2 juga , iaitu:
i- wajib al- istitar
ii- ja'iz al-isititar


Jika dalam bahasa Melayu pula, terdapat 2, iaitu: 
i- kata ganti nama diri
ii- kata ganti nama tunjuk

kata ganti nama diri pula ada 2, iaitu:
i- kata ganti nama diri tanya 
ii- kata ganti nama diri orang sama ada untuk orang pertama, kedua atau ketiga.

demikian sedikit perkongsian pada hari ini. semoga bermanfaat !

Disediakan oleh: Muhamad Hasanuddin Bin Mohd Hata (A171740)



Wednesday, April 17, 2019

K8 MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (AMIR NAJMI)

MENTERJEMAH 
FUNGSI AYAT

AYAT BAHASA MELAYU

Setiap ayat mempunyai fungsi ia yang tersendiri. Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi

Contoh 1: Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ? 
Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
Fungsi: Suruhan
Contoh 2: Siapa kata saya penakut ? 
Bentuk: Tanya
Fungsi: Cabaran

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. 
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. 

Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. 
Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ).

1) AYAT MAKLUMAT

Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu. 

Ayat maklumat terdiri daripada:

1) Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
Contoh: Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.

2) Ayat pernyataan.
Contoh: Ada virus dalam komputer.

3) Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan.
Contoh: Angin ialah udara yang bergerak.

4) Ayat Tegasan
Contoh: Benar bahawa manusia mempunyai roh.

5) Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
Contoh: Baiklah, awak boleh pergi sekarang.

6) Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
Contoh: Saya tidak pernah berkata begitu.

7) Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
Contoh: Benarkan semua bangau putih?

8) Ayat tanyaan termasuk soalan.
Contoh: Apa khabar ayah awak?

9) Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
Contoh: Perbuatan mencuri adalah berdosa.

10) Ayat sudut pandangan.
Contoh: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.

11) Ayat syarataan.
Contoh: Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.

12) Ayat cerita termasuk pemerian.
Contoh: Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana datang lambat.

13) Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
Contoh: Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.

2) AYAT ARAHAN

Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah. Sebagai contoh, dalam BI bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John? Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.  Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?

Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. 
Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya). 

Jenis Ayat Arahan:

1) Ayat perintah
Contoh: Serang! Hapuskan mereka !

2) Ayat suruhan
Contoh: Ambilkan secawan kopi.

3) Ayat larangan termasuk tegahan.
Contoh: Jangan pijak rumput di laman itu.

4) Ayat panduan.
Contoh: Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.

5) Ayat amaran termasuk ancaman.
Contoh: Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.

6) Ayat undangan.
Contoh: Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.

7) Ayat silaan.
Contoh: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.

8) Ayat ajakan.
Contoh: Marilah kita melabur untuk masa depan.

9) Ayat gesaan.
Contoh: Cepatlah bawa budak itu ke hospital.

10) Ayat tawaran.
Contoh: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.

11) Ayat peraturan.
Contoh: Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C

3) AYAT PERASAAN

Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan. Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri. 

Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu

Contoh ayat perasaan:

1) Ayat marah.
Contoh: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.

2) Ayat gembira.
Contoh: Alamak! Seronoknya dapat hadiah.

3) Ayat sanjungan.
Contoh: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.

4) Ayat ejekan.
Contoh: Hai! Ular lidi hendak jadi naga?

5) Ayat dukaan.
Contoh: Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong.

6) Ayat sindiran.
Contoh: Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.

7) Ayat cacian.
Contoh: Kucing kurap tak sedar diri! Ada hati nak meminang anak kita.

8) Ayat kutukan.
Contoh: Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai.

9) Ayat cabaran.
Contoh: Kalau berani, mari kita bertumbuk sekarang.

10) Ayat kejutan.
Contoh: Masya Allah, apa yang dibuatnya dengan duit sebanyak itu?

11) Ayat sesalan.
Contoh: Oh! Tuhan, ampunkanlah dosaku selama ini.

12) Ayat sumpahan.
Contoh: Aku sumpah kau jadi batu.

13) Ayat pujukan.
Contoh: Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

PERASAAN

Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana dua faktor: 
1) Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.
2) Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.

Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. 
Sebagai contoh, ungkapan My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi lima bentuk:
Ibuku kuat.
Ibuku perempuan yang gagah.
Emak saya wanita yang kuat.
Ibu saya perempuan yang kuat.
Ibu saya teguh pendiriannya.
Mak saya gagah.

AYAT BAHASA ARAB


Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur: apa yang dimaksudkan oleh penutur? Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu? Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi ( al-tasnif al-nafsi ).

Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks? Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?. Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:

1) Ayat Maklumat (Jumlah Ikhbariyah)

Ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:
 سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
 أقدرك وأحترمك (perasaan )
 من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
  لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian ).

2) Ayat Jumlah Istifhamiyah

Ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
 من فعل هدا ؟ ( individu )
  متى جاء ؟( masa )
 أين وجدته ؟  ( tempat )
 بما قطعته ؟ ( alat )
لماذا تأخرت ؟ ( sebab )
كيف أجاب ؟ ( keadaan )

3) Ayat Takjub

Ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:
ما أجمل هذه الشجرة ؟

4) Ayat Suruhan / Permintaan

Ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح الباب .
نم مبكرا .


PENGECUALIAN

Ayat-ayat BA tidak boleh semata-mata dibahagikan kepada jenis-jenis itu sahaja, bahkan ada kalanya ayat Tanya/soalan mengandungi fungsi lain, seperti menyatakan atau memberitahu sesuatu. Ada kalanya ayat Tanya mengandungi fungsi suruhan, ayat takjub mengandungi maksud menyatakan juga. Lihat contoh-contoh yang berikut:

لماذا تأخر الطبيب ؟ Di sini ada soalan mengenai sebab kelewatannya, tetapi pada masa yang sama ayat ini mengkhabarkan kepada pendengar bahawa tabib itu lewat . ( istifham + ikhbar ).

ألا يمكن أن تفتح النافذة ؟ 
Di sini ada istifham, tetapi pada masa yang sama ayat ini juga mengandungi permintaan secara beradab. ( istifham + talab )

ما أجمل السيارة ! 
Kagum dan menceritakan kerata itu cantik
   ( ta`ajjub + ikhbar )


KESIMPULAN

Semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat. Bentuk ayat ada kalanya berubah, walapun seboleh mungkin, bentuk juga perlu dikekalkan dalam  terjemahan.

SEKIAN .. TERIMA KASIH...

Penulis: Amir Najmi Bin Ahmad Noh (A171808)



Kuliah 8 (16/4/2019) MENTERJEMAH FUNGSI AYAT (Muhammad Fauzul Azim Bin Abdillah (A171710)


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Assalammualaikum... tengah hari tadi baru jer selesai satu kuliah bersama Dr.Maheram. Alhamdunillah banyak ilmu yang bermanfaat yang di kongsi oleh beliau. Hari ini kami belajar tentang "Menterjemah Fungsi Ayat". Mari aku kongsikan apa yang aku dapat masa kuliah tadi.


Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang
sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.


MENTERJEMAH FUNGSI AYAT DALAM BAHASA

MELAYU  .


Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Sudut makna ayat terbahagi kepada 3 jenis: 

Ayat maklumat (informatif)
Ayat perasaan (emotif) 
Ayat arahan (imperatif)


       - Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah.
        - Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun   tulisan.
        - Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu atau sebagai menghantar maklumat. 


Ayat maklumat ini terdiri daripada 14 jenis:
1Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
    Contoh ayatDengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi                               selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air                               yang secukupnya.
2. Ayat pernyataan.
   Contoh ayat: Ada virus dalam komputer.

3. Ayat takrifan termasuk penerangan, definisi dan penjelasan.
    Contoh ayat: Angin ialah udara yang bergerak. 

4. Ayat tegasan. Contoh Ayat: Benar manusia mempunyai roh. Tidak syak lagi zaid yang                    mencuri.

5. Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
    Contohnya: Baiklah, kamu boleh beredar sekarang. 

6. Ayat penafian, bangkangan, bantahan dan tentangan.
    Contohnya: Saya tidak pernah berkata begitu. Ini tidak adil! Saya tidak makan makanan            kamu.

7. Ayat sangsian termasuk prangsangka @ keraguan. Contohnya: Betulkah, kamu pergi ke kelas?        Benarkah semua bangau itu berwarna putih?

8. Ayat tanyaan termasuk soalan. Contoh: Apa Khabar emak kamu? Berapakah harga sekilo              beras?

9. Ayat menilai. Contoh: Perbuatan zina merosakan keturunan. 

10. Ayat Syarat. Contoh: Belikan kereta BMW kepada saya baru saya akan kahwin dengan                awak.

11. Ayat cerita termasuk pemerian. Contoh: Pada cuti pertengahan semester, saya tidak pulang ke        kampung kerana terdapat banyak tugasan yang belum disiapkan.


13. Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
      Contoh: Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil                          peperiksaan.

14. Ayat sudut pandangan. Contoh: Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah                    membawa faedah besar pada pengguna.


  • Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.
  • Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John? Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.
  • Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?
  • Ayat arahan adalah ayat kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. 
Ayat arahan mempunyai beberapa jenis antaranya:

1. Ayat Perintah. Contoh > "Serang! Hapuskan Hassan."

2. Ayat Suruhan. Contohnya, "Amir, tolong amikkan saya secawan kopi."

3. Ayat larangan termasuk tegahan. Contohnya, "Jangan hisap rokok. Jangan main judi."

4. Ayat Panduan. Contohnya, "Pertama panaskan kuali, kemudia letak minyak."

5. Ayat amaran Atau Ancaman. Contohnya, " Kalau kamu turun lambat lagi, aku tinggalkan kamu."

6. Ayat Undangan Atau Jemputan. Contohnya, " Jemputan ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Kami pada 30.07.2022."

7. Ayat Silaan. Contohnya, "Jemput masuk. Saya berada didalam rumah. Makanan sudah disediakan atas meja. Sila jemput makan. Selamat menjamu selera." 

8. Ayat Ajakan. Contohnya, "Mari kita menunaikan solat secara berjemaah".

9. Ayat Gesaan. Contohnya, "Cepat bawa saya ke hospital!"

10. Ayat Tawaran. Contohnya, "Esok pagi kalau awak tidak ada kenderaan untuk pergi kerja, Marilah tumpang kereta saya pergi kerja bersama-sama."

11. Ayat Peraturan. Contohnya, " Pelajar lelaki diminta makan di meja B manakala pelajar wanita makan meja A."

> Ayat yang memgambarkan perasaan seseorang itu sama ada SEDIH, GEMBIRA, & MARAH.
> Ayat yang tidak mempunyai maklumat & tidak ada suruhan.
> Cirinya ialah, nada dan intonasinya suara mengiringi pengucapan ayat ini.

1. Ayat Marah.  Contohnya, "Kalau ikutkan hati, Sekarang juga saya bunuh kamu". 

2. Ayat Sedih.  Contohnya, "biarlah aku bersendirian tanpa cinta. Dari menyaksikan sebuah kepuraan...".

3. Ayat Sindiran.  Contohnya, "Sedangkan binatang sayangkan anak, manakan manusia yang diberi akal fikiran."

4. Ayat Ejekkan.  Contohnya, "Wah! Ular lidi nak jadi naga."

5. Ayat Dukaan.  Contohnya, "Saya tidak sanggup hidup kalau mata saya buta sebegini."

6. Ayat Cacian.  Contohnya, "Dasar orang miskin! Ada hati nak kahwin dengan aku. Cermin diri kau dahulu."

7. Ayat Kutukan.  Contohnya, "Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai."

8. Ayat Cabaran. Contohnya, " Aku mencabar orang kampung untuk membunuhku."

9. Ayat Kejutan. Contohnya, "Subahanaallah, Cantiknya kamu wahai isteriku pada malam ini."

10. Ayat Sesalan. Contohnya, "Ya Tuhanku! Ampunkan dosa-dosaku."

11. Ayat Sumpahan. Contohnya, "Aku sumpahkau jadi cantik".

12. Ayat Bujukan. Contohnya, "Sabar wahai anakku. Ramai yang lagi susah daripada kita."



MENTERJEMAH FUNGSI AYAT DALAM BAHASA ARAB.


# (Al-Tasnif Al-Nafsi ).
Pembahagian ayat dalam b. Arab ada dua iaitu TUJUAN DAN MASUK penutur.

Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu? Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi 

(Al-Tasnif Al-Tarkibi.)
Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks 
Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat 
pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?. Pembahagian berdasarkan perkara ini 
boleh dipanggil 
(Al-Tasnif al-Awwali.)
Pembahagian berdasarkan permulaan ayat. Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat?Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama? Pembahagian jenis ini dipanggil 

Ayat maklumat ( Jumlah Ikhbariyah )
 Iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:
سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
أقدرك وأحترمك (perasaan )
من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian )

Ayat Jumlah Istifhamiyah
Iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
 من فعل هدا ؟ ( individu )
 متى جاء ؟( masa )
أين وجدته ؟  ( tempat )
بما قطعته ؟ ( alat )
لماذا تأخرت ؟ ( sebab )

كيف أجاب ؟ ( keadaan )

Ayat Takjub 
iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh:
ما أجمل هذه الشجرة ؟
Ayat suruhan atau permintaan 
iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
إفتح الباب 

نم مبكرا 


SAMBUNGAN


Sekian, sampai disini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat kepada semua. 😉😉











Tuesday, April 16, 2019

KULIAH 2 KELAYAKAN SEBAGAI PENTERJEMAH (Muhammad Hafizuddin B Aminudin)


Assalamualaikum ,sebelum kita jadi seorang penterjemah apakah syarat atau kelayakan sebagai penterjemah. Adakah kita sudah layak dipanggil penterjemah jika hanya mampu kuasai dua bahasa sahaja. Macam mana pula jika dengan hanya menggunakan pakcik “google” atau"google translate" adakah kita sudah layak dianggap sebagai penterjemah?Jom kita bahas bersama di bawah.

SYARAT UTAMA NAK JADI PENTERJERMAH :

1) MENGETAHUI BAHASA SUMBER
  • a)Dapat menguasai bahasa sumber secara mendalam.
  • b)Boleh menguasai selok belok keganjilan dan keistimewaan bahasa 
  • c)Boleh membezakan makna.
  •  d)Boleh mentafsir maksud dengan tepat.
2) MENGETAHUI BAHASA SASARAN
  • a)Bahasa sasaran Iaitu bahasa penerima.
  • b)Lebih baik daripada bahasa sumber ataupun sama baik dengan bahasa sumber.    
3)MENGETAHUI BIDANG ATAU SUBJEK
  • a)Kita boleh menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
  • b)Penting untuk penterjemah teks-teks khusus dan teks-teks sastera.
4)MENGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
  • a)ada teori dan kaedah ilmiah sendiri.
  • b)Pindahkan idea, maklumat dan gaya perkataan.
  • c)Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

5)MENGETAHUI SASARAN PEMBACA
  • a)Sesuai dengan sasaran pembaca
  • b)Selaraskan bahasa sumber dengan bahasa sasaran.

Selain itut, terdapat banyak lagi  syarat lain untuk jadi penterjemah yang boleh kita nilai  dan kaji. Banyak juga faktor yang mempengaruhi penterjemah. Kesimpulannya, penterjemah bukanlah pekerjaan yang mudah tetapi penterjemah perlulah bersiap sedia dengan pelbagai kelayakan untuk menjadi penterjemah yang profesional.

Monday, April 15, 2019

M5 K7 MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA BAHASA ARAB (AMIR NAJMI)

Assalamualaikum .. saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai cara menterjemah frasa dan peribahasa.


MENTERJEMAH FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)
Contoh Frasa

Dalam bahasa Arab frasa dipanggil al-`ibarahataupun al-tarkib terbahagi kepada enam iaitu: 

1) Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi.
🔰Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab. Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus (Yu'il Yusuf ،Aziz et. al 1981: 43;

🔰Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
›Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan makna جَرَى وهَرَبَ (lari / melarikan diri).
›Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
›Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه dengan makna كُلِّه وجَميعه (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)  

🔰Contoh lain: frasa رَغِبَ عَنْ (tidak sukatidak gemarbenci) dan  رَغِبَ فِي  (gemarsuka).
Tidak boleh diterjemahkan secara katawi. Ia akan memberikan satu bentuk terjemahan yang bukan sahaja janggal pada pendengaran orang Melayu, bahkan tidak boleh diterima sama sekali. Makna umum عن ialah dari dan daripada, manakala makna في  ialah didi dalamdalam dan padaJika diterjemahkan secara katawi, akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam. Terjemahan ini janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.

🔰 Contoh lain: أخذَ بِيَد (فلانdengan makna أعانه وساعَده (membantu dan menolongnya), (فلانطويل اللسان dengan makna بذيء وفاحش في القول (kasar dan buruk kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ (mengabaikannya). 



2)Tarkib Idafi.
🔰 Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.
وعي المسلمين
kesedaran umat Islam
مراجعة النفس
muhasabah diri
استعمال الكلمة
penggunaan perkataan



3)Tarkib wasfi (Sifah wa Mawsuf)
Contoh 1: السلطان التقليدي 
Terjemahan: kekuasaan tradisional

Contoh 2: البيت الكبير 
Terjemahan: rumah (yang) besar

Contoh 3: اللغة العربية 
Terjemahan: Bahasa Arab

Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.

🔰 Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. Sebagai contoh:
Contoh 4: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya: sistem etika yang bersih

Contoh 5: النظريات السياسية المختلفة
Terjemahannya: teori politik yang pelbagai

Contoh 6المجتمعات الإسلامية العادلة
Terjemahannya: masyarakat Islam yang adil

🔰Contoh-contoh tadi mewakili na`at hakiki, manakala na`at sababi pula boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:

Contoh 1: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya: Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang

Contoh 2: رأيت هندا الثاقب فكرها
Terjemahannya: Saya melihat Hindun yang berfikiran cerdas / cerdas fikirannya.



4)Taukid.
🔰 Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan  عامة.
🔰 Kata نفس وعين diterjemahkan kepada sendiriكل diterjemahkan kepada masing-masingجميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya / kesemuanya. Lihat contoh:  
Contoh 1: ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.

Contoh 2: الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
Terjemahannya: Umat Islam seluruhnya bersatu hati.

Contoh 3: كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.



5)Badal wa Mubdal minhu.
🔰 Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal. Cara menterjemahkan badal boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:
Contoh 1: سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة
Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.

Contoh 2: طبع الكتاب جزؤه الأول
Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)

Contoh 3: سرّني الشارع نظافته
Terjemahannya: Kebersihan jalan itu membuatku gembira.



6)`Ataf wa Ma`tuf Alayh
🔰 žFrasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti danatautetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini. 
Lihat contoh 1:  هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية والاستعمارية
Terjemahannya: Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme. 

Contoh 2: فرّ العدوّ حتى القائد
Terjemahan: Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.

Contoh 3: نقل الخبر محمد أو علي
Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu

Contoh 4: جاء المستعمرون ثم المستشرقون
Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.

🔰 Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja. Lihat contoh:

Contoh 1: وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر
Terjemahannya: Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.

Contoh 2:  ستحدث في جزيرة العرب الثورة القومية أو المحلية أو المحلية الخاصة
Terjemahan: Revolusi Nasional, revolusi dalaman atau revolusi dalaman khusus akan berlaku di Semenanjung Tanah Arab.

Contoh 3: ي يومنا الآن من المهم أن نفهم الكثير من الأفكار الفلسفية والاجتماعية والسياسية

Terjemahan: Pada masa sekarang, kita perlu memahami pelbagai pemikiran; falsafah, sosial dan politik. 

MENTERJEMAH PERIBAHASA

Peribahasa Arab

🔰 Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah: kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu.

Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas. 

3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka. 

Peribahasa Melayu

🔰 Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).

1) Perumpamaan:
🔰 perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan.

contoh:
Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).
Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)

2) Simpulan bahasa:
🔰 ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut. 

Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.

3) Bidalan: 
🔰 peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. 

Contohnya:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

4) Pepatah/perbilangan:
🔰 ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu. 

Contohnya:
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).

Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seperti dalam bahasa sasaran.

Contoh:
 جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
 قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.

Contoh:
 ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.

Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية 

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:
 هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

Langkah seterusnya

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
Gunakan kamus

Kamus yang boleh membantu:
عبد المجيد عابدين . 1956؟. الأمثال في النثر العربي القديم . القاهرة: دار مصر للطباعة .
محمد علي أبو حمادة . 1404/1984. الأمثال العامية الفلسطينية . د.م : مكتبة المحتسب .
الشيخ أبراهيم بن السيد علي الأحدب الطرابلوسي الحنفي . د. ت.  فرائد اللاعال في مجمع الأمثال. د. م : د . ن .
علي أكبر دخدا . 1363هـ . امثال حكم . نـ 1-4 . طهران : شافخانا يي سيفهر .

SEKIAN TERIMA KASIH...

Penulis: Amir Najmi bin Ahmad Noh (A171808)