Tuesday, June 11, 2019

kuliah ke-14(muhammad hafizuddin b aminudin)

Asalamualaikum, episode kita kali berkaitan Terjemahan Teks Puisi.

Sebelum kita pergi lebih mendalam mari kita kenali maksud definisi puisi itu.  Apa itu puisi?

Definisi Puisi ialah Setiap teks bahasa yang menggunakan dengan gaya penulisan yang kreatif melalui cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. 

 Contoh teks puisi ialah, syair, pantun, gurindam dan prosa seperti cerpen dan novel.

Qudamat ibn Ja،far mendefinisikan al-syi،r sebagai: قول مَوْزون مُقَفَّى يدل على معنى  iaitu Kata-kata yang berwazan, berqafiyah, dan menunjukkan kepada makna.

Disamping itu puisi ada ciri-cirinya,antaranya adalah:

1.       Puisi mengungkapkan tentang suatu perkara dengan emosi dan perasaan yang kuat.
2.       Kata-kata yang digunakan dalam puisi perlu dipilih dengan betul dan teliti. Sekiranya topik yang dibicarakan menyangkut tema ghazal (cinta), maka perkataan yang dipilih seharusnya lembut, halus dan sesuai dengan tema tersebut. Ciri pertama dan kedua ciri ini dipersetujui sebulat suara.
3.       Puisi disusun mengikut susunan muzik atau bunyi yang khusus, yang diungkapkan melalui wazan/rima.
4.       Puisi Arab terikat dengan qafiyah, terutamanya puisi klasik.
5.       Puisi lirik (terutamanya dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Pashto) yang umumnya bertemakan cinta dan arak, biasanya mengandungi lima hingga dua belas bait yang kesemua rimanya sama.

Penterjemahan Puisi,

Mereka yang ingin menterjemah puisi perlu melengkapkan diri dengan kelayakan yang sepatutnya iaitu:
a) Mahir dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran, mengetahui teori terjemahan, sasaran pembaca dan lain-lain.
b) Seterusnya mempunyai bakat penyairan yang tinggi dan mantap.
c) penterjemah tahu menikmati dan menghayati puisi – karya sastera disamping dia sangat meminati puisi.
e) Lebih baik bagi penterjemah adalah penterjemah tersebut seorang penyair.


Kaedah Terjemahan Puisi

Andre Lafevere yang mengemukakan 7 cara untuk menterjemahkan puisi, iaitu

1-Terjemahan fonemik adalah cuba mencipta kembali bunyi yang terdapat dalam teks asal ke dalam teks sasaran, dan pada masa yang sama cuba menghasilkan satu parafrasa yang boleh diterima.
2-Terjemahan literal. Secara kata demi kata yang mengakibatkan karya terjemahan yang terhasil tidak boleh difahami dengan baik, malah isi dan sintaksis asal juga turut terpesong.
3-Terjemahan metrikal. Mencipta semula metre puisi asal dalam puisi terjemahan.
4-Menterjemahkan puisi ke bentuk prosa. Berlaku sedikit pemesongan dari segi makna terjemahan akan tetapi tidak seteruk literal dan metrikal.
5-Terjemahan berima. Apabila kaedah ini digunakan, penterjemah akan terjebak dalam metre dan rima.
6-Terjemahan ke bentuk rangkap tanpa rima. Menterjemahkan teks asal ke bentuk rangkap tanpa rima. Menjadi masalah untuk mencari atau memilih struktur yang sesuai.
7-Interpretasi

Manakala Safa’ Khalusi telah mengemukakan kaedah terjemahan kepada 3 iaitu

1.Terjemahan tafsiriyyah (parafrasa).

 Iaitu dengan menterjemah teks asal ke prosa. Menggunakan bahasa yang mudah untuk dijelaskan kepada pembaca. Menterjemah ayat demi ayat bukannya perkataan demi perkataan. Penterjamah boleh menggugurkan apa perkara yang tidak perlu supaya pertejemah dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pembaca. Jika perkataan dalam puisi tersebut mudah difahami maka ia boleh dikekalkan dan ayat yang panjang boleh dipotong menjadi ayat pendek agar pembaca dapat faham.

2. Terjemahan talkhisiyyah.

iaitu terjemahan yang menjaga isi teks asal dengan mengekalkan ungkapan dan ayat-ayat inti/penting. Baca teks asal dengan cepat untuk mengetahui isi kandungannya kemudian membaca 2 atau 3 kali secara pelahan-lahan untuk mendapat kefahaman yang jelas. Tulis point-point yang penting simpan dalam ingatan. Kemudian penterjemah menulis semula puisi tadi dengan kefahaman beliau (terjermah). Ringkasan boleh dibuat dengan menggunakan kata ganti nama ketiga. Tetapi perlu menjaga ringkasan terjermah agar maknanya tidak lari jauh.

3.       Terjemahan wazaniyyah (metrikal).

iaitu kaedah terjemahan yang dilakukan berdasarkan wazan teks asal. Maknanya, penterjemah akan menterjemahkan teks asal (misalnya puisi Arab) ke bentuk puisi juga dalam bahasa sasaran dengan cuba memakaikan wazan teks asal itu kepada teks sasaran.

kuliah ke-13(muhammad hafizuddin b aminudin)


MAKNA DALAM TERJEMAHAN

Makna terjermahan dipengaruhi kepada 3 iaitu:

1) Posisinya dalam ayat    2) Bidang ilmu    3) Situasi pemakaian dan budaya penutur

Contohnya "Chair":

      He sat on the chair. = Dia duduk di atas kerusi.
      He has the chair of philosophy at the university. = Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
      He will chair the meeting. = Dia akan mempengerusikan mesyuarat itu.

JENIS-JENIS MAKNA
1) Makna rujukan ialah makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat.

 Contoh: Rumah → rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang, rumah kampung dsbnya

Contoh lain:

۱- عَيْنُ الطِفْلِ تُؤَلِّمُهُ . menunjukkan mata penglihatan
۲- في الجبلِ عينٌ جارية .  menunjukkan tentang mata air iaitu air mata air
۳- هذا عينُ للعدوِّ . menunjukkan kepada mata-mata/ pengintip
۴- العينُ الساحرةُ وسيلةٌ لمعرفة الطَّارق .   lubang cermin yang dipasang di pintu
۵- ذلك الرجل عينٌ من الأعيان .  menunjukkan kepada ketua kaum

2) Makna leksikal Ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya.
Juga disebut makna kata seperti yang terdapat dalam kamus.

Misalnya, perkataan bad membawa makna jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap, busuk.

3) Makna gramatikal Juga disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya.

Contoh: can → dapat, tin, mengetinkan.
1. They can the fish (berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja (mengetinkan).
2. He kicked the can hard (berfungsi sebagai objek ayat).

4) Makna konteks Ialah makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa.

Contohnya: selamat pagi! (Boleh diterjemahkan kepada keluar! Apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat).

5) Makna sosio-kultural adalah makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa.

Contohnya: marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik.
Terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu.
Jadi, tidak perlu diterjemahkan. Tinggalkan sahaja dan buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya. 

6) Makna konotasi adalah makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan.
Contoh:

Babi → membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu-bukan Islam dengan Melayu-Islam.
Perempuan, wanita, betina → makna konotasinya adalah berbeza.

Contohnya: a) Isteri saya, b) bini saya, c) orang dapur saya, d) orang rumah saya, e) perempuan saya
→ membawa konotasi berbeza dan melibatkan emosi.

7) Makna emosi adalah emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan.
 Contohnya:

 Madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang → mendatang emosi yang pelbagai.
Ada kalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut → makna pantangan.
Contohnya:

a) Buaya → sang bedal   b) Harimau → pak belang   c) Jamban → bilik air / tandas

8) Makna figuratif

Simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile → ungkapan bersifat figuratif.
Makna figuratif mesti diingat dan disimpan dalam ingatan.
Contoh: -AYAM

a) kaki manusia dalam kaki ayam  b) orang dalam ibu ayam, ayam tambatan.                                     c) penyakit dalam rabun ayam.      d) tidur dalam tidur-tidur ayam.                                                       e) kuih dalam cakar ayam.              f) bunga dalam tahi ayam.                                                      
g) sikap dalam resmi ayam.             h) makanan dalam nasi ayam             

 Sekian, Terima kasih.

kuliah ke 12 (muhammad hafizuddin b aminudin)

PERTERJERMAHAN AL-QURAN

Menterjermah Al- Quran merupakan satu topik yang penting kerana ia melibatkan Al-quran Karim. Aktiviti menterjermah Al-Quran dibincangkan secara formal oleh ulama turki dan mendapat pandangan yang serius dikalangan orang Islam di Mesir.  Aktiviti menterjermah Al-Quran dilakukan sampai hari ini.  Hal ini kerana ia penting bagi umat Islam untuk memahami Al-quran kerana Al-Quran di turunkan dalam Bahasa Arab tetapi ia bukan asbab utama untuk kita tidak mempelajari bahasa Arab.

Hukum Menterjermah Al-Quran:
1. Mengharamkan kerana, ingin memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan dan perubahan dan ia merupakan tanggugjawab umat Islam.

Ulamak yang mengharamkan ialah: Manna', Qattan & Rashid Rida. Hujah mereka:
1.Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali bahasa Arab.    
2. Al-quran disusun secara Mu'jiz
3.Terjermahan sejarah harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kerana mereka akan menanggap terjermahan itu Al-Quran.

2. Mengharuskan kerana, menyampai dan menyebarkan ajaran al-Qur’an dengan menggunakan bahasa yg boleh difahami oleh semua bangsa yang ada di dunia ini juga merupakan kewajipan yg tidak boleh diabaikan.

Ulamak yang mengharuskan ialah: al-Zaqarani, al-Shatibi dan al-zamakhshaari.
Pendapat mereka:
- Al-Quran merupakan sumber rujukan dan perlu diterjermah agar semua bangsa dapat memahami.
- Dapat menjaga akhidah umat Islam.

Syarat Penterjermah Al-Quran:
1. Memahami syarat umum penterjermah.        2. Setia dan jujur pada teks sumber.
3. Teks terjermah dianggap satu teks baru.         4. Alim
5.  Berakhlak mulia


Kaedah Penterjermahan Al-Quran ada 2:
1.Harfiyyah
Harfiyah Iaitu menterjermah dari satu perkataan ke satu perkataan secara satu persatu tanpa menggubah apa-apa bentuk, tarkib, susunan dan lain-lain

2.Tafsiriyyah
Iaitu terjemahan yang tidak menjaga keserupaan/kesamaan (dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan) dengan teks asal. Yang pentingnya adalah sampai maksud yang ingin disampaikan dengan jelas dan lengkap.

Syarat Penterjermahan Harfiyyah:
Ulamak telah meletakkan 2 syarat iaitu:

1. Adanya perkataan / kosa kata dalam bahasa sasaran yang menyamai bahasa sumber.
2. Dua bahasa itu mestilah sama dari segi dhmir (kata ganti nama) dan kata hubung yang menghubungkan kedua-dua bahasa.

*Penterjemah akan menganalisis teks sumber, membaca dan memahaminya,kemudian menggantikan setiap perkataan bahasa sumber itu dengan perkataan bahasa sasaran yang membawa makna/maksud yang sama, meletakkan perkataan itu di tempat yang sama dengan perkataan asal, di samping menjaga susunan/tarkib ayat dan uslub yang digunapakai oleh teks sumber. Makna sebenar akan hilang.

Syarat Penterjermahan Tafsiriyyah.

1.Terjemahan hendaklah dilakukan secara tafsiran, yang hanya boleh diguna pakai sekiranya ia bergantung kepada hadis, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu syariat Islam yang lain.
2.Penterjemah pula hendaklah seorang yang berakidahkan akidah ahli sunnah wal jamaah, mengikut manhaj al-salaf al-salih.
*Mestilah fasih dan pakar dalam kedua-dua bahasa tersebut.
*Ayat Al-Quran ditulis dahulu diikuti tafsirannya kemudian baru diikuti terjermahannya.

Salah Tafsir Al-Quran:
1. kekeliruan terhadap ayat mutasyabihat           2. tidak mahir akan tenik dan kaedah tafsir al-quran
3. tidak menguasai bahasa arab                             4. mentafsir al-Quran secara ikut ikuatan
5. tidak memiliki anugerah kebijaksanaan            6. ada sikap atau niat yang tidak baik.

AL- KHITAM
•Tugas menterjemah al-Qur’an tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah
perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan/tafsiran yang dihasilkan tidak
menyeleweng daripada ajaran dan isi kandungan al-Qur’a

KULIAH KE-11(MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AMINUDIN)


Perbincangan kita pada episod kali berkaitan tajuk PADANAN TERJEMAHAN

1.1.  KONSEP PENTERJEMAHAN

konsep penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran menurut Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981).

1.2. KONSEP PADANAN

1.Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.
2.Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.
3.Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.
Pernah dibincangkan oleh Nida (1964), Catford (1996), Wills (1982), Bassnett-McGuire (1991) bahawa untuk menerangkan konsep ini, pelbagai istilah digunakan – menunjukkan tiada persepakatan dan persetujuan antara mereka.

1.3. ISTILAH PADANAN TERJEMAHAN

diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi.

Nida (1964) memperkenalkan jenis padanan kepada 2 iaitu padanan formal dan dinamis

Padanan Formal
·   
  1.       Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.
  2.          Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal, tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota kaki utk lebih difahami.
  3. ·         Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.
  4. ·         Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.

Padanan Dinamis

  1. ·         Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
  2. ·         Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
  3. ·         Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
  4. ·         Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
  5. ·         Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
  6. Padanan Sejadi Yang Terdekat


·         Nida (1964) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.

·         Beliau menggariskan bahawa padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
·         Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
·         Gaya masih dikekalkan – gaya puisi cthnya.

Selain itu beliau juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:
  1. ·         satu lawan satu
  2. ·         satu lawan banyak
  3. ·         banyak lawan satu
  4. ·         satu lawan tiada


1.4.  STRATEGI MENCARI PADANAN

·         Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan bahawa mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep drp Bahasa sumber kepad Bahasa sasaran dan setelah konsep berpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.

·         Label linguistik yg dipilih sbg padanan dlm Bahasa sasaran mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg sama dlm Bahasa sumber. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.

Sekian episode kita kali ni… jumpa lagi di episode akan datang. Asalamualaikum

KULIAH KE-8(muhammad hafizuddin b aminudin)


Asalamualaikum kepada pembaca, topik episode kita kali berkenaan Menterjemah Fungsi Ayat.

Teori Penting adalah: Teori Fungsi Ayat manakala Ayat ada dua fungsi: Bentuk dan Fungsi
Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?

1.Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan       2. Fungsi: Suruhan

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu 1. ayat maklumat (informatif),2. ayat perasaan (emotif) dan 3. ayat arahan (imperatif).
1.Ayat Maklumat
a. Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah. Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan. 
b. Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat.
c. Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.

Jenis ayat maklumat terdiri daripada:

·         Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan. Contohnya:
Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.
·         Ayat pernyataan. Contohnya: Ada virus dalam komputer.
·         Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan. Contoh: Angin ialah udara yang bergerak.
·         Ayat Tegasan. Contohnya:Benar bahawa manusia mempunyai roh!.
·         Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan. Contohnya: Baiklah, awak boleh pergi sekarang.
·         Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.Contohnya: Saya tidak pernah berkata begitu atau saya tidak setuju.
·         Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka. Contoh: Benarkan semua bangau putih?
·         Ayat tanyaan termasuk soalan. Contoh:Apa khabar ayah awaka atau Ada berapa inci dalam satu kaki?
·         Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa. Contoh: Perbuatan mencuri adalah berdosa.


2. Ayat arahan

a) ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia.
b) Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).

Jenis ayat arahan terdiri daripada:

·         Ayat perintah.contoh:Serang!/Hapuskan mereka !
·         Ayat suruhan.Contoh :Ambilkan secawan kopi./Hantarkan kereta sekarang juga.
·         Ayat larangan termasuk tegahan.Contoh: Jangan pijak rumput di laman itu/Jangan hisap rokok.
·         Ayat panduan.Contoh: Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
·         Ayat amaran termasuk ancaman. Contoh: Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.
·         Ayat undangan. Contoh: Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.
·         Ayat silaan. Contoh: Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.
·         Ayat ajakan. Contoh: Marilah kita melabur untuk masa depan.
·         Ayat gesaan. Contoh: Cepatlah bawa budak itu ke hospital.
·         Ayat tawaran.Contoh: Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.
·         Ayat peraturan. Contoh: Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C.

3. Ayat perasaan

a. Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
b. Wajib disalin semula dalam terjemahan.
c. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri.
d. menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
e. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu.
f. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu

Jenis ayat perasaan terdiri daripada:

ü  Ayat marah.contoh: Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.
ü  Ayat gembira.contoh: Alamak! Seronoknya dapat hadiah.
ü  Ayat sanjungan.contoh: Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.
ü  Ayat ejekan.contoh: Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
ü  Ayat dukaan.contoh: Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong.
ü  Ayat sindiran.contoh: Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.

Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana dua faktor:

1. Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.
2. Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.

Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. Sebagai contoh, ungkapan 

My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi enam bentuk:
i-Ibuku kuat.   ii-Ibuku perempuan yang gagah.    iii-Emak saya wanita yang kuat.
iv-Ibu saya perempuan yang kuat.      v-Ibu saya teguh pendiriannya.     vi-Mak saya gagah.

Ayat Bahasa Arab
Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat:

1.Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur
-apa yang dimaksudkan oleh penutur? Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu?
-Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi (al-tasnif al-nafsi).

2. Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat.
-Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks dan Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?.
-Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

3. Pembahagian berdasarkan permulaan ayat.
-Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat? atau Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama?
-Pembahagian jenis ini dipanggil al-tasnif al-awwali.

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:
Ayat maklumat (jumlah ikhbariyah), iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh:

 سافر والدي أمس  ( ikhbar )
تتكون المادة من الذرة   ( maklumat)
 أقدرك وأحترمك (perasaan )
 من الأفضل تأجيل السفر ( pendapat)
  لا بد من الوحدة العربية ( mawqif/pendirian ).

KULIAH 3A(muhammad hafizuddin aminudin)


Asalamualaikum,selamat kembali dan bersua kembali kita dalam segmen terjemahan arab-melayu-melayu-arab.
Episod kita kali adalah berkaitan dengan Alat bantu terjemahan.Seperti kita maklum,untuk menerjemah sesuatu Bahasa sumber kepada Bahasa sasaran kita memerlukan rujukan yang dinamakan sebagai kamus.

Kamus dari segi definisi adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna. Kamus diperlukan kerana ia membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
Penterjemah biasanya menghadapi dua masalah iaitu bila ada perkataan yang berkait dengan linguistik dan perkataan yang berkait dengan adat resam

Kamus ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu
-Kamus ekabahasa
Menggunakan satu bahasa (kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama) dan penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus(takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat). Cth: Kamus Dewan, Qamus al-wasit.
-Kamus Dwibahasa
Menggunakan dua bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain). Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan
-Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa
Sekurang-kurangnya menggunakan tiga Bahasa Misalnya: Kamus Melayu-Cina-Inggeris
                Kamus buleh didapati dalam pelbagai saiz antaranya mini, kecil dan besar. kamus mini Dikenali juga dengan nama kamus saku, dan tebalnya kurang daripada 2 sm manakala kamus kecil ia bersaiz kecil dan biasa ditemui serta mudah dibawa.Contoh: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris). Dan kamus besar ianya bersaiz besar, tidak sesuai untuk dibawa ke sana sini. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa. Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.

kuliah ke-6(MUHAMMAD HAFIZUDDIN B AMINUDIN)


Dalam kuliah kali ke-6 yang diterangkan oleh Dr Maheram dapat kita bincang kan dalam episode kali ini iaitu berkenaan Kata Ganti Kata Nama.

DEFINISI:
Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu.
Kata ganti nama dalam Bahasa arab ada dua bahagian iaitu Bariz (Nyata) dan Mustatir.
I-Bariz (Nyata) ada dua pecahan iaitu
i.Munfasil (Terpisah) dan ii.Mutassil(Bersambung)

II-Mustatir (Tersembunyi) pun ada dua pecahan juga iaitu
 i.Wajib istitar dan ii.Jaiz istitar

Kata Ganti nama dalam Bahasa Arab ada dua jenis iaitu Muzakkar(lelaki) dan Muannath(perempuan)

Kata ganti yang digunakan untuk muzakkar iaitu   أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم
Kata ganti yang digunakan untuk muannath iaitu   أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ

Manakala Kata Ganti Nama dalam Bahasa melayu ada dua bahagian iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk

Bagi Kata ganti nama diri dia ada dua pecahan iaitu

i.kata ganti nama diri tanya dan ii.kata ganti nama diri orang.
Dalam kata ganti nama diri orang ada 3 pihak iaitu pihak pertama, pihak kedua dan pihak ketiga

Menterjemah kata ganti Bahasa arab kepada Bahasa melayu dan kegunaan ganti nama tersebut

أنا أحترم الكبير
Padanan أنا: saya, aku, beta, patik, hamba
Terjemahannya:
Saya (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Aku (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Beta (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Patik (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Hamba (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.

نحن نحترم الكبير
Kami (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
Kita (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.

أنتَ تحترم الكبير
Awak / kamu / anda / engkau (lelaki) menghormati orang tua.

أنتما تحترمان الكبير.
Awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan) menghormati orang tua

. أنتم تحترمون الكبير .
Awak / kamu / engkau / anda (ramai / lelaki) menghormati orang tua.

أنتِ تحترمين الكبير
Awak / kamu / anda / engkau (perempuan) menghormati orang tua.

أنتما تحترمان الكبير.
Awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan) menghormati orang tua

أنتنَّ تحترمن الكبير .
Awak / kamu / engkau / anda (ramai / perempuan) menghormati orang tua.

هو يحترم الكبير.
Dia (lelaki) menghormati orang tua.

هما يحترمان الكبير.
Mereka (berdua – lelaki) menghormati orang tua.

هم يحترمون الكبير.
Mereka (ramai - lelaki) menghormati orang tua.

هي تحترم الكبير
Dia (perempuan) menghormati orang tua.

هما تحترمان الكبير.
Mereka (berdua - perempuan) menghormati orang tua.

هنَّ يحترمن الكبير
Mereka (ramai - perempuan) menghormati orang tua.